.
"Aku terima nikahnya Zulaikha Nur Dania binti Muhammad dengan mas kahwin seribu ringgit tunai." Pengantin perempuan langsung tidak menunjukkan sebarang riak. Gembirakah dia? Sedihkah dia? Seraut wajahnya langsung tidak menggambarkan apa-apa perasaan apabila Tok Kadi mengesahkan akad nikah tersebut.
.
Puan Aminah menitiskan air matanya. Tubuh anak perempuannya itu diraih ke dalam pelukannya. Akhirnya satu-satunya anak perempuan yang dia ada telah sah menjadi isteri orang. Diciumnya anak perempuannya itu dengan penuh rasa kasih dan sayang. Umi akan sentiasa mendoakan kebahagiaan Dania. "Dah jadi isteri orang anak umi ni. Tahniah, sayang. Semoga puteri kesayangan umi ini akan bahagia di dunia dan di akhirat."
.
"Terima kasih, umi." Sungguh, dia ingin menangis semahunya di bahu ibunya itu.
.
.
.
Oh, hati... kuatlah! Sabarlah! Sesungguhnya Allah ada bersama hambaNya yang sabar. Ditahan air matanya daripada menitis jatuh ke pipi.
.
Dania mengukirkan senyuman hambar. Itu ucapan umi sewaktu majlis akad nikahnya. Umi... abah... Dania akan sentiasa mendoakan semoga roh umi dan abah tenang di alam sana. Air mata yang menitis ke pipi disapunya perlahan.
.
Seminggu selepas perkahwinannya umi dan abah meninggal dalam satu kemalangan jalan raya. Kini, tinggalah dia terkapai-kapai keseorangan di dunia yang nyata ini.
.
Bibirnya diketap geram sebaik sahaja terpandangkan sekujur tubuh yang sedang termenung di kerusi batu di luar rumah agam itu. Oh, duduk rehat ya? Senang betul hati kau, kan? Apa kau ingat kau duduk sini free ke? Cepat kakinya dilangkahkan ke arah perempuan itu.
.
"Weh, perempuan!" Telinga di sebalik tudung itu dipiatnya.
.
"Ma... sakit, ma..." Dia mengaduh kesakitan.
.
"Ewah-ewah... best kan duduk sini? Boleh goyang kaki! Apa kau ingat kau tu mem' besar kat rumah ni?" Makin kuat cubitan pada telinga gadis itu kerana sakit hatinya.
.
"Ma... jangan buat macam ni ma... Sakit." Tudungnya yang hampir tertanggal akibat ditarik itu dipegangnya kuat. Janganlah tudung ini tertanggal kat sini. Aku tak nak tanggung dosa lagi!
.
"Oh, tahu pulak sakit! Yang hati aku sakit tengok kau duduk goyang kaki tu kau tak tahu pulak, kan?" Telinga Dania ditariknya lagi.
.
"Dan satu lagi! Berapa kali aku nak cakap pada kau? Jangan panggil aku mama! Aku bukan mama kau pun! Umi kau tu dah lama mampus dalam tanah! Jadi kau dah tak ada mama! Faham!" Jerkahnya kuat!
Menitis air matanya dengan kata-kata hinaan daripada seulas bibir ibu mertuanya itu.
.
"Nia minta maaf Puan..." Tersedu-sedu dia memohon maaf.
.
"Maaf! Maaf! Maaf! Itu aje yang kau tahu, kan? Aku dah naik jemu dengan perkataan maaf kau tu! Sekarang kau pergi masak! Aku dah lapar ni! Jap lagi anak-anak aku balik nak makan! Takkanlah itu pun aku nak kena ajar lagi? Tak reti bahasa lagi ke?"
.
"Ya... Nia tahu..."
.
"Dah kalau kau tahu, tak reti-reti lagi? Sakit betul hati aku dengan perangai kau ni!" Jerkahnya sambil menolak
tubuh itu.
.
Terdampar tubuh kecilnya di atas tanah. Inikah balasan untuk semuanya? Dosa apakah yang telah aku lakukan sehingga aku dihukum sebegini? Jika dari awal lagi aku tahu... aku tak akan pernah bersetuju dengan perkahwinan ini! Sumpah aku tak berkahwin dengan lelaki itu!
Dalam kesakitan, dia bangun! Dia sendiri tak faham... kenapa ibu mertuanya ini terlalu bencikan dia. Amsyar pun... Kenapa?
.
.
.
DATO' Aizril memandang pelik ke arah menantunya itu. Setiap kali makan malam... sekalipun dia tak pernah makan semeja dengan mereka semua. "Nia?"
.
Dania mengangkat muka memandang bapa mertuanya itu. Senyuman cuba dihulurkan. Cuma lelaki ini sahaja yang melayannya dengan baik. Sungguh, dia segan untuk bermasam muka dengan lelaki ini. "Ada apa papa?" Perlahan suaranya. Bimbang jika ibu mertuanya mendengra dia memanggil lelaki itu dengan panggilan papa.
.
"Kenapa duduk tercegat kat situ? Mari sini! Duduk makan sekali." Ajaknya lembut.
.
Bergenang kolam matanya dengan kebaikan bapa mertuanya itu. Sungguh, hatinya benar-benar tersentuh. Bapa mertuanya
ini mengingatkan dia kepada arwah bapanya. Dia terlalu rindukan kasih sayang itu .
(bersambung .....)___________________________________
Kesiannya Nia dapat mak mertua macam tu.. hurmm(>_<).. Tapi dia bertuah jugak mempunyai bapa mertua baik.. auww <(‾︶‾)>
Jangan lupa vote and comment yerr∩__∩@gadis_ungu
YOU ARE READING
Perempuan Bidadari Syurga
JugendliteraturKau curang dengan aku Dania! Aku benci kau! Mulai saat ini bersaksikan mama aku... aku ceraikan kau dengan talak satu! Mulai hari ini, aku haramkan kau pijak rumah ni! Berambus!!" Lantang suara itu bergema di dalam rumah agam itu. . "Abang jan..." B...