part 7

1.1K 60 0
                                    


.
DAUN pintu dihempaskan kuat setelah isterinya itu terkeluar daripada pintu bilik. Puas hati aku!.
.
Anak matanya memerhatikan ruang tamu itu. Macam mana ni… takkanlah aku nak tidur sini malam ni? Macam mana kalau mama atau sesiapa nampak? Lagi teruk aku kena marah jap lagi! Papa… mama tak benarkan papa tahu. Habis tu… aku nak tidur mana?
.
.             
MALAM ini dia terasa sangat haus. Tidurnya terganggu. Jam di atas meja dipandang sekilas. Baru pukul sebelas malam. Kaki dilangkahkan ke dapur. Niatnya untuk mencari seteguk air. Terkejut bukan kepalang apabila melihat satu lembaga sedang termengguk di atas kerusi. Siapa? Dania ke? Perlahan kakinya dilangkahkan menghampiri gadis itu. Seraut wajah itu diperhatikannya lama. Sungguh, dia sangat kasihan melihat gadis ini. Walaupun dia masih belum tahu perkara yang sebenarnya, namun dia sudah mula mengagak sesuatu. Kenapa dengan Dania sebenarnya? Apa yang berlaku sebenarnya?
.
Petang tadi sewaktu balik daripada kerja, dia ternampak Dania terlentok di tepi peti ais dengan wajah pucat. Dia mengambil keputusan untuk mencempung Dania ke biliknya. Langsung Dania tak terjaga. Penat sangat agaknya. Sebaik sahaja meletakkan Dania di atas katil, anak matanya ternampak betis Dania yang terselak kainnya. Ada kesan lebam yang banyak di situ. Kemudian dia teringatkan kesan lebam di pergelangan tangan Dania seawal pagi tadi. Diselaknya sedikit lengan baju Dania. Ya, memang kesan lebam. Kenapa dengan dia? Kenapa badannya dipenuhi dengan lebam-lebam? Siapa punya angkara? Dan Dania… macam takut sangat dengan semua orang dalam rumah ni. Termasuklah suaminya sendiri.
Dan malam ini… sekali lagi dia melihat Dania keseorangan meringkuk tidur di atas kerusi dapur. Apa sebenarnya yang terjadi? Apa sebenarnya yang dia tidak tahu? Pernah juga dia bertanya kepada mamanya, namun amarah mama yang diterimanya. Papa? Papa sikit pun tak tahu apa-apa.
.
“Dania…” Terkejut sangat-sangat apabila mendengar suara menyebut namanya. Makin terkejut apabila terpandangkan tubuh di hadapannya. Jangan-jangan… Amsyar datang nak marah aku lagi sebab tidur kat sini? Eh, tapi… bukan Amsyar yang dilihat berdiri di hadapannya itu. Tapi Arsyad! Kenapa lelaki ini boleh ada kat sini?
.
“Awak nak apa?” Keluhan kecil dilepaskan. Suara itu kedengaran sangat tidak berpuas hati dengan kewujudannya di sini.
.
“Saya nak awak ceritakan semua yang terjadi. Apa sebenarnya? Dan kenapa dengan awak, Dania?”
Dania meneguk liur perlahan. Jangan-jangan… dia dah tahu ke? Bukan ke mama pernah cakap yang Arsyad tak patut tahu? Sama macam papa!
.
“Apa awak cakap ni? Saya tak fahamlah.”
.
Seraut wajah itu dipandangnya lama. Ya, Dania seperti sedang menyembunyikan sesuatu!
.
“Tak payah nak berselindung lagi Dania. Pagi tadi saya nampak kesan lebam kat tangan awak. Petang tadi masa saya angkat awak ke atas, saya nampak kesan lebam kat kaki awak. Dan malam ni… awak tidur kat sini. Apa semua ni Dania?” Bulat matanya memandang seraut wajah itu. Kenapa dia nak baik sangat dengan aku? Kenapa dia nak risaukan aku sangat? Aku tak suka! Aku tak suka dengan semua ni!
.
“Jadi… awak yang angkat saya atas katil petang tadi?” Kali ini dia sudah mengeluh berat. Lelaki bukan mahrimnya telah menyentuh tubuhnya walaupun berlapik. Lelaki bukan mahramnya telah melihat rambutnya. Jadi… bagaimana lagi untuk aku menjadi perempuan bidadari syurga seperti yang diperkatakan oleh Amsyar?
.
“Saya tak faham… Saya betul-betul tak faham dengan apa yang dah berlaku dalam rumah ni! Dan Amsyar… saya nampak dia langsung tak hiraukan awak. Awak seolah-olah orang gaji dalam rumah ni.” Dia meluahkan apa yang dirasanya.
.
Ya Arsyad. Saya memang orang gaji dalam rumah ni. Saya memang isteri yang tak pernah dianggap. Saya bukan siapa-siapa pun dalam rumah ni.
.
“Dania… saya…”
.
“Dania!!” Suara kuat itu benar-benar memeranjatkan dirinya. Suara siapa lagi kalau bukan suara suaminya. Melaung dari tingkat atas. Nak apa agaknya menjerit malam-malam macam ni? Tadi bukan main dia halau aku? Sekilas anak matanya singgah pada seraut wajah Arsyad. “Er… saya naik dulu." kakinya terus melangkah tanpa berpaling ke belakang lagi .
.
bersambung ..

Perempuan Bidadari SyurgaWhere stories live. Discover now