part 5

1.1K 61 4
                                    


.
Sungguh, dia benar-benar tak sempat. Derap langkah yang memasuki ruang dapur membuatkan dia berpaling. Senyumannya cuba dihulurkan. Awal pulak dia hari ni? Jangan-jangan dia bangun solat Subuh pagi tadi?
.
"Assalamualaikum, abang." Dia memberikan salam walaupun dia tahu salamnya pasti tidak berjawab.
.
"Kau masak apa?" Salam tidak dijawab. Soalan sinis meniti di bibirnya.
"Er... hmm... " Ya Allah... takutnya! Ini bukan mama lagi ni! Kalau mama... tak tahulah macam mana! Mesti aku kena pukul lagi nanti.
.
"Saya masak nasi goreng." Tajam pandangannya singgah pada seraut wajah di hadapannya itu.
.
"Itu aje yang kau masak? Kau tahu tak hari ni ramai orang! Cukup ke kalau setakat nasi goreng? Kau ni kan... takkanlah nak kena ajar semuanya? Dah berapa bulan kau kat sini, hah?"
.
"Apa? Masak nasi goreng aje?" Nyaring suara itu memenuhi ruang dapur. Suara itu cukup memeranjatkan dirinya. Terhenjut tubuhnya kerana terkejut. Kepalanya ditoleh ke muka pintu dapur. Entah bila masanya mama muncul, dia sudah tidak tahu. Kot ye pun nak marah, tak payahlah nak jerit sampai macam tu!
.
"Sini kau!" Seperti biasa, dia akan menarik telinga Dania.
.
"Auch... sakit! Nia minta maaf. Nia tak sempat tadi."
.
"Tak sempat kau cakap? Yang kau memekak mengaji pagi-pagi buta tadi sempat pulak, kan? Kau dengar sini baik-baik, Nia! Hari ni kau tak payah makan nasi! Aku tak izinkan! Balasan sebab kau tak dengar kata! Semalam lagi aku cakap, kan? Masak banyak sikit pagi ni! Kau ni tak dengar ke pekak?" Laju tangannya membelasah Dania dengan batang penyapu. Rasakan!
.
"Nia minta maaf. Nia janji tak buat lagi." Laju air matanya menitis jatuh ke pipi. Sakit sungguh tubuhnya apabila dipiat tanpa perasaan seperti itu.
.
Amsyar yang duduk senang lenang di meja hanya buat-buat tak nampak. Langsung tak ada perasaan belas kasihan melihat isterinya dibelasah teruk oleh mamanya.
.
"Jangan nak berjanji kalau tak boleh nak tepati! Berlagak sangat macam bidadari syurga! Kalau kau ingkar lagi kali ni, siap kau! Tahulah apa aku nak buat! Dah! Pergi sana! Basuh pinggan! Hah, jangan lupa pulak... Nanti tolong gosokkan baju Arsyad. Dia akan datang kerja kat syarikat Dato'."
.
Dania mengangguk laju. Cepat-cepat dia menghampiri sinki dan membasuh saki baki pinggan. Air mata yang masih mahu mengalir disapunya perlahan. Dayus sungguh suami aku, kan? Buat tak tahu aje bila aku kena belasah macam tu. Tak adakah sedikit perasaan belas ihsan di dalam hatinya? Tak ada sedikitkah perasaannya untuk melindungi isterinya ini? Kakinya diatur ke arah sinki bersama ketawa perlahan.
.
"Macam mana? Suka? Mestilah kau suka, kan? Ini satu lagi balasan kau sebab memekak pagi tadi." Saki baki nasi goreng di dalam pinggannya ditumpahkan ke lantai dengan sengaja. Biar padan muka dia! Biar dia penat sendiri!
.
Pantas Dania berpaling memandang suaminya. Dia suami aku... Tapi lihatlah! Lihatlah wahai dunia! Inilah kebaikan seorang suami kepada isterinya. Aku memekak pagi tadi kerana Allah. Bukan kerana dunia semata-mata! Rintihnya di dalam hati.
.
"Jangan lupa kemaskan, perempuan bidadari syurga!" Sinis ungkapannya sambil merempuh tubuh kecil itu sebelum berlalu keluar daripada dapur.
.
Hampir sahaja tubuhnya terjatuh kerana rempuhan kuat itu. Mujur dia sempat memegang almari. Ya Allah... jika ini balasanMu untuk hambaMu yang lemah ini, aku redha. Cuma satu doaku kepadaMu, Ya Allah... Bukakanlah pintu hati suamiku untuk melaksanakan perintahMu Ya Allah. Sesungguhnya aku telah mencuba sedaya upayaku. Doanya tidak pernah lekang. Sepanjang hari... setiap masa.
.
.    
.
PINTU bilik itu diketuknya perlahan. Sekejap sahaja sudah terjengul seraut wajah. Dia memandang seraut wajah yang sedang tersenyum ke arahnya itu. Kenapa mamat ni suka senyum? Aku tak perlukan pun senyumannya itu!
.
"Mana baju kerja awak? Biar saya tolong gosokkan."
.
"Hah? Er... tak payahlah. Saya boleh gosok sendiri." Naik segan pula bila kakak iparnya itu menawarkan diri untuk menggosok baju kerjanya.
.
"Tapi... memang tugas saya." Kali ini Dania sudah serba tidak kena. Karang mama akan marah lagi kalau dia tak buat apa yang mama suruh. Mamat ni pulak, susah betul nak ikut arahan aku ..
(bersambung ...)

Perempuan Bidadari SyurgaWhere stories live. Discover now