part 17 (HAPPY ENDING)

1.3K 45 3
                                    


.
“Wahai Tuhan ku, aku tak layak untuk kesyurgamu. Namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu. Kamilah hamba yang mengharap belas kasihan darimu. Ya Allah jadikanlah kami hamba-hamba Mu yang bertaqwa. Ampunkan dosa-dosa kami… dosa kedua ibubapa kami, dosa sekalian muslimin dan muslimat yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.” Amin Ya Rabbalalamin…
.
Selepas mengaminkan doa, Arsyad menarik lembut tangan isterinya. Dania mencium tangan suaminya penuh syahdu. Terima kasih Ya Allah… kerana mengurniakan aku seorang perempuan bidadari syurga. Penyejuk di mata, penawar di hati. Di dunia, dialah penyeri… Di syurga menanti, dialah bidadariku… Hanya Zulaikha Nur Dania binti Muhammad!
Dunia ciptaan Yang Maha Berkuasa ini sangat indah.
.
Diciptanya kesusahan sebelum kesenangan. Diciptanya kekecewaan sebelum kegembiraaan. Diciptakan penderitaan sebelum kebahagiaan. Setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmah yang tersembunyi. Cuma yang membezakannya hanya cepat atau lambat. Dan setiap hambaNya yang bersabar itu, pasti ada hikmah yang hebat.
.
“Berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang pada waktu ditimpa musibah, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah milik Allah, dan kepada-Nyalah kami akan kembali. Mereka itulah yang mendapat keberkatan dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang memperoleh petunjuk.” (Al-Baqarah: 156-157)
.
~ TAMAT ~

Perempuan Bidadari SyurgaWhere stories live. Discover now