part 13

1.4K 50 2
                                    


.
“Maaflah, saya tak ada masa.” Dia cuba mengatur langkah kembali, namun langkahnya dihalang. Anak matanya singgah pada seraut wajah itu. Tangisan Asyraf Damsyar semakin menjadi-jadi. Mungkin kerana terkejut apabila dia berlari seperti tadi. Ditepuknya belakang tubuh anaknya itu.
.
“Syhh… jangan nangis sayang… Sorry, mama tak sengaja tadi.” Menitis air matanya melihat kasih sayang Dania terhadap anak kecil itu. Betapa beruntungnya siapa yang dapat menjadikan Dania sebagai isterinya. Perempuan bidadari syurga yang sangat cantik… yang sangat penyayang… yang sangat baik… Sangat perfect!
.
“Awak nak cakap apa? Saya tak ada masa. Saya bagi awak masa seminit.”
Arsyad tersenyum sekejap. Air mata di pipinya disapu perlahan. Dania sekarang sangat jauh berbeza dengan Dania yang dikenalinya dua tahun yang lalu. Dania yang di hadapannya ini sangat keras hatinya! Garang pun iya jugak!
.
“Jom… duduk dulu. Saya tahu awak penat.”
.
“Kan saya dah cakap tadi! Saya tak ada masa! Saya kena susukan anak saya.”
.
“Berapa umur dia?” Apesal dengan mamat ni? Yang dia duk tanya umur Asyraf tu kenapa?
.
“Setahun lapan bulan.” Maksudnya… masa Amsyar ceraikan dia, dia dah mengandung?
.
“Anak Amsyar jugak, kan?” Dia sekadar menduga.
.
“Kalau awak tak ada apa nak cakap, saya nak balik.”
.
“Saya ikut.”
.
“Tak boleh!” Cepat sahaja dia membantah. “Awak… dengan saya… bukan mahram! Awak tak boleh ikut saya!” Tegasnya! Arsyad tersenyum perlahan. Dania… sangat-sangat berbeza! Tegas! Keras hati orangnya! Sangat berbeza dengan Dania
yang pernah dikenalinya dahulu.
.
“Awak dah banyak berubah, kan?” Senyuman masih tidak lekang daripada seulas bibirnya.
.
“Ya, saya memang dah banyak berubah! Pengalaman yang buat saya berubah sampai macam ni!”
.
             
.
ALUNAN bacaan surah Yasin itu kedengaran merdu menghiasi tanah perkuburan itu. Depan kubur bekas suaminya… di sebelah kubur ibu mertuanya. Anak matanya memandang sekilas ke arah suaminya yang sedang mengalunkan bacaan ayat suci Al-Quran itu bersamanya. Senyuman berbalas senyuman. Selepas menghabiskan bacaan surah Yasin, dia menadahkan kedua belah tangan. Mengaminkan doa yang sedang dibaca oleh suaminya itu. Bibirnya tersenyum lagi. Sejuk hatinya melihat suaminya yang boleh menyebut dan membaca Al-Quran dengan lancar itu. Inilah suami yang aku impi-impikan… Inilah suami yang aku perlukan… Seorang suami yang menjadi pembimbing hidup di dunia dan di akhirat.
Anak matanya masih tepat memandang seraut wajah itu. Abang… Nia sayang abang sangat-sangat. Ya Allah… sesungguhnya aku benar-benar bersyukur di atas segala nikmat dan kurniaMu. Abang… terima kasih.
.
“Sayang… Jom!” Tangannya dihulurkan kepada isterinya yang seolah-olah susah untuk berdiri itu. Senyuman manis dihulurkan.
.
“Terima kasih. Sayang abang sangat-sangat!” Tangan kanannya menyambut huluran tangan suaminya itu.
.
“Abang pun. Sayang Sayang sangat-sangat!”
.
“Hmm… doakan kebahagiaan mereka di sana juga.” Dia mengingatkan suaminya. Kepalanya diangguk perlahan. Isterinya ini tak pernah berhenti menyuruhnya mendoakan mereka yang telah kembali ke rahmatullah. “Hmm… pastinya.”
.
             
.
PANDANGANNYA dihalakan ke arah lautan yang meluas itu. Agungnya ciptaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Berkuasa. Begitu cepat masa berlalu. Sudah lebih setahun arwah Amsyar kembali ke rahmatullah. Dan sudah hampir setahun juga dia mendirikan rumah tangga. Rumah tangga yang disinari dengan cahaya kebahagiaan. Yang disinari dengan cahaya keimanan. Terima kasih, Ya Allah… untuk segala kenikmatan yang telah Engkau kurniakan. Kata orang, di sebalik kesempitan itu akan terbentang satu keindahan. Di sebalik kesusahan itu ada hikmah yang menanti. Dan inilah hikmahnya… Inilah keindahannya…
.
             
.
“Dua tahun saya berusaha cari awak, Dania.”
.
“Kenapa awak perlu berusaha susah payah untuk cari saya? Saya ni cuma seorang yang tak penting langsung dalam hidup awak. Hanya seorang yang menyusahkan!”
.
“Awak silap Dania. Awak adalah orang yang paling penting dalam hidup saya.”
.
bersambung ....

Perempuan Bidadari SyurgaWhere stories live. Discover now