.
Pasangan suami isteri ni memang pelik!
.
“Hah? Er… Nia dah makan tadi. Syad makan dengan abang aje.” Cepat-cepat Dania mengelak. Ya Allah Ya Tuhanku… ampunilah segala dosa-dosa aku. Sesungguhnya aku cuba untuk menipu sunat. Menipu demi suamiku…
.
“Kau makanlah sendiri! Aku dah kenyang.” Kakinya terus dilangkahkan meninggalkan Arsyad dan Dania yang masih terpinga-pinga sendiri itu.
.
.
ANAK matanya mencerlung memandang seraut wajah tanpa riak itu.
.
“Kau ada buat apa-apa yang tak elok ke dengan Arsyad tu? Kau ni kan… memang tak tahu diuntung langsung! Sanggup kau buat maksiat di belakang suami kau? Hah? Maksiat? Siapa? Aku ke? Tapi aku tak…
.
“Tak abang! Sumpah, Nia tak buat!”
.
“Iya, Am! Mama nampak dia masuk bilik Arsyad semalam. Bukan sekejap, lama! Lepas tu mama dengar suara bukan-bukan. Macam tengah ‘ehem-ehem’ aje!” Anak matanya menjeling tajam ke arah Dania yang membuat muka tidak bersalah itu. Berkerut dahinya memandang ibu mertuanya itu. Kenapa mama sanggup fitnah dia sampai macam tu sekali? Dengan Arsyad pulak tu! Anak kandungnya sendiri!
.
“Mama… Nia tak buat pun.” Dia cuba menafikan. Dia cuba membela dirinya.
.
Amsyar memandang tajam seraut wajah isterinya itu. Boleh lagi dia menafikannya? Ini ke Perempuan Bidadari Syurga yang selalu aku sebut-sebut tu?
.
“Habis tu? Kenapa kau boleh masuk dalam bilik Arsyad? Kau buat apa Dania?” Lantang suaranya memenuhi ruang rumah agam itu.
.
Terasa jantungnya seperti ingin keluar daripada badan kerana terkejut dengan suara lantang itu.
.
“Masa Nia masuk… Nia tak tahu pun Arsyad ada kat bilik. Nia cuma nak…” Belum sempat dia menerangkan duduk perkara sebenar, ibu mertuanya sudah menyampuk.
.
“Am… jangan percayakan Nia. Pintu bilik tertutup rapat. Mama ketuk pintu bilik tu. Bila pintu terbuka, mama nampak Arsyad pakai tuala aje. Dania ada atas katil dia! Tak pakai tudung pulak tu! So, memang patut mama curiga, kan?” Dia menokok tambah cerita. Padan muka kau Dania! Aku harap Amsyar akan ceraikan kau hari ni jugak!
.
Hah? Atas katil? Tak pakai tudung? Bila masa pulak aku duduk atas katil Arsyad? Dan Arsyad… Ya, dia memang baru sudah mandi masa tu. Tapi… bukan hanya memakai sehelai tuala. Dan siap berpakaian pun masa tu!
.
Pang! Satu tamparan mengenai pipinya. Terpelanting Dania ke tepi meja. Mujur sahaja dia sempat memegang meja itu. Kalau tidak, pastinya kepalanya yang akan jadi mangsa.
.
“Abang… Nia…” Dia masih ingin bersuara walaupun kepalanya pening sangat! Pedih sungguh pipinya ditambar sebegitu rupa.
.
“Aku akan ceraikan kau, Dania! Aku akan ceraikan kau! Tapi sebelum tu… aku nak bagitahu sesuatu pada kau! Perempuan jalang macam kau ni tak akan pernah dapat title perempuan bidadari syurga! Faham! Meh sini kau!” Pergelangan tangan Dania ditarik mengikuti langkahnya ke bilik.
.
“Abang… abang nak buat apa ni?” Terkedu dirinya apabila Amsyar mengucapkan kata-kata seperti itu.
Puan Salina sudah melemparkan senyuman kemenangan. Akhirnya… Akhirnya Amsyar akan menceraikan Dania! Ya, memang itu yang ditunggunya sejak dulu.
.
.
DANIA mengalirkan air mata untuk sekian kalinya. Untuk apa lagi ditangisi perkara yang dah berlalu, Dania? Entahlah! Dia sendiri tidak tahu! Namun apabila melihat seraut wajah yang sedang lena di sebelahnya ini, hatinya seperti diguris pilu. Walaupun dia telah redhakan hatinya dengan ketentuan Yang Maha Esa, namun… dia masih lemah! Lemah untuk diduga sekuat ini. Kerana dia tahu… dia cuma seorang perempuan yang lemah. Setiap kali memandang wajah itu juga, setiap kali itulah kenangan duka itu kembali ke fikirannya.
.
Tangisannya berlagu pilu. Sampai hati Amsyar… Sampai hati Amsyar buat dia macam ni? Macam sampah! Lepas dia dapat apa yang dia nak, dia campak aje aku kat sini. Lepas tu, dengan senang hatinya dia melafazkan talak. Sungguh, hatinya benar-benar terluka. Benar-benar tersiat dengan kekejaman lelaki itu!
.
bersambung ...
YOU ARE READING
Perempuan Bidadari Syurga
Novela JuvenilKau curang dengan aku Dania! Aku benci kau! Mulai saat ini bersaksikan mama aku... aku ceraikan kau dengan talak satu! Mulai hari ini, aku haramkan kau pijak rumah ni! Berambus!!" Lantang suara itu bergema di dalam rumah agam itu. . "Abang jan..." B...