" Kali pertama aku dengar 'suara' misteri tu .. Aku dapat rasakan perkara buruk akan berlaku . 'Suara' tu seperti mengawal minda aku . Aku tak mampu lawan .. 'suara' tu selalu paksa aku buat benda yang aku tak suka .. Aku takut .. "
-12 Feb 2019 -
( 11 September 2016)
" Nampaknya Kim Taehyung akan menjaringkan gol sekali lagi . Bola berada dalam kawalannya . Suasana makin riuh . Taehyung semakin dekat .. AH ! Bola telah dirampas oleh pihak lawan ! Sayang sekali .. Tetapi tidak semudah itu kerana Jungkook telah merampas bola itu dan menendangnya ke arah Taehyung semula . Kerjasama yang amat baik . Taehyung terus mara . Dia berjaya mengelak serangan pihak lawan . DAN GOL !! Nampaknya permainan berpihak kepada pasukan Taehyung . Wisel telah ditiup menandakan tamat permainan . Kerjasama Jungkook dan Taehyung sekali lagi berjaya menyelematkan pasukan mereka . Mereka merupakan wira bola sepak negara yang patut dicontohi . Tahniah sekali lagi !!"
Peluh mula menitik . Taehyung masih dalam keadaan termengah-mengah tetapi dia berpuas hati .
" Good job , Tae hyung .. That was amazing " ujar Jungkook . Dia menghulurkan sebotol air mineral . Taehyung menerima sambil tersenyum lebar.
" Kau pun .. Tanpa kau maybe kita tak menang "
" No prob lah hyung , kita kan best bro forever ! "
Mereka sama-sama ketawa kecil .
" Taehyung .."
'Suara' tu mula bergema di telinga Taehyung . Taehyung terkaku . Walaupun ini bukan kali pertama Taehyung dengar 'suara' tu . Dia tetap terkejut . Tangannya menggeletar .
Dah 2 bulan 'suara' tu tak muncul . Setiap malam Taehyung mengalami mimpi ngeri . 'Suara' itu seolah-olah berada di dalam dirinya . Pada mulanya Taehyung fikir semua tu hanya ilusi semata-mata .
Tetapi tekaannya meleset bila pemilik 'suara' misteri itu tiba-tiba muncul di depan matanya , dia berpakaian serba hitam dan wajahnya ditutupi topeng . Peristiwa itu berlaku 2 bulan yang lalu . Pemilik 'suara' itu menikam lengan kiri Taehyung 2 kali berturut-turut tanpa belas kasihan. Lelaki itu umpama syaitan .
Taehyung langsung tidak dapat mengenal pasti wajah lelaki itu . Luka yang tinggal memberi kesan yang dalam buatnya . Semua orang terkejut bila dia balik rumah dalam keadaan berdarah .
Tetapi dia tidak boleh berikan apa-apa penjelasan sebab apa yang berlaku langsung tak masuk akal .
Taehyung hilang arah semenjak kejadian itu . Dia langsung tidak boleh fokus ketika berlatih dan dia sering dimarahi jurulatihnya menyebabkan dia mengalami kemurungan .
Yang peliknya , selepas tragedi itu 'suara' misteri tidak kedengaran dalam kepala Taehyung lagi . Tetapi hari ini 'dia' muncul semula ?
" hyung ? hyung !! " sergah Jungkook apabila Taehyung tiba-tiba mengelamun .
" Hah ? Ju-jungkook kau patut balik sekarang , dah lewat ni .. "
Jungkook mengerutkan kening . Pelik dengan perubahan sikap Taehyung secara tiba-tiba .
" okey , kalau ada apa-apa beritahu aku " Jungkook mencapai begnya dan berlalu pergi meninggalkan Taehyung keseorangan . Taehyung segera mengunci semua pintu .
Cuba nak selamatkan kawan baik kau tu ? Haha nice try .. Long time no see .. mesti kau rindukan aku . Aku datang untuk berikan kau hukuman.
" Si-siapa kau ?! Kenapa suara kau asyik muncul ! Apa yang kau nak ?! " jerit Taehyung . Kesabarannya semakin menipis.
Kim Taehyung , kau lupa aku pernah cakap yang kau adalah aku dan aku adalah kau ..
" Apa yang kau merepek ? Aku tak kenal pun kau ma-macam mana kau tahu nama aku " suara Taehyung mula terketar-ketar. Lagaknya seperti orang gila yang sedang bercakap sorang-sorang.
Tu tak penting . Yang penting , kau dah buat benda yang aku tak suka dan kau patut terima hukuman. Kau tahukan yang aku tak suka kau kawan dengan orang lain . KAU MILIK AKU
Satu figura lelaki berpakaian hitam dan bertopeng muncul depan mata Taehyung secara tiba-tiba. Tubuh Taehyung berundur kebelakang secara refleks.
Hello there , my little boy , how was your day . Oh ! aku tahu mesti seronokkan sebab dapat jumpa aku ?
Memang tak masuk akal . Pintu semua berkunci . Macam mana lelaki ni boleh muncul tiba-tiba . Bulu roma Taehyung mula meremang .
Kau tak patut tak jawab soalan aku .. hmm.. how about I teach you some lessons huh ?
Lelaki bertopeng itu mendekati Taehyung dan perkara terakhir yang berlaku adalah tengkuk Taehyung telah ditetak kuat. Dunia Taehyung menjadi gelap serta merta. Tubuhnya rebah ke lantai. Hanya bayangan kabur lelaki bertopeng tersebut yang dilihat.
-Bersambung-
YOU ARE READING
[ON-EDITTING] Different ( World )
Mystery / Thrillerkim taehyung , 21 tahun . hidupnya dihantui suara misteri yang tidak berhenti mengganggu hidupnya . pemilik suara itu wujud . dia pernah munculkan diri dan tidak berdarah apabila ditikam . what is he? a psycho monster from different world. [H.R] #...