warning : typo everywhere , cursing , ayat pelik , drug use..
...
Tap Tap TapTae .. Tae ..
Taehyung membuka matanya perlahan apabila suara itu tidak henti-henti bergema mengganggu ketenangan tidurnya .
Dahlah dirinya sukar untuk tidur di lantai penuh kotoran itu . Udara dalam ruangan itu langsung tidak membantu . Sangat terkedap langsung tiada cahaya matahari .
Bunyi derapan tapak kaki semakin menghampirinya .
Walaupun kepalanya sedikit pening kerana terpaksa mencelikkan matanya .
Nak tidur dalam penjara ni bukan senang . Pagi-pagi lagi dah kena buat kerja yang membebankan . Tanpa kehadiran Namjoon mungkin Taehyung takkan sekuat macam sekarang ni . Lelaki itu sedikit sebanyak membantu menaikkan semangat Taehyung .
" ehem "
Taehyung menggosok matanya . Bayangan lelaki di hadapannya itu kelihatan samar-samar .
" Tae , bangunlah "
" Jay kau buat apa kat sini?! "
" Shuh , jangan bising . " ujar Hoseok dalam nada berbisik .
Jari telunjuknya diletakkan di bibir tanda isyarat senyap . Hoseok memakai topeng mukanya semula . Sepertinya Hoseok telah menyamar menjadi salah seorang pengawal penjara .
Taehyung mengerutkan keningnya .
Kenapa dia panggil aku Tae ?! Jangan cakap nama V pun sama macam nama aku ?!
" Woi budak baru , kau diarahkan untuk jaga banduan 17 . Bukan banduan psychopath tu " ujar seorang pengawal yang berteg nama Jack . Cis siapa yang menggunakan nama Jack dalam Korea ni .
Hoseok tersenyum ke arah pengawal itu seraya menundukkan badannya tanda maaf .
" Budak baru memang selalu buat masalah . Bodoh . Sama macam banduan 12 tu . Dia selalu kena seksa dengan Tuan Bang tapi dia tetap tak nak mengaku bersalah . Kalau aku - "
" - berhenti bercakap "
Dingin . Suara Hoseok berbaur kemarahan dan kebencian yang semakin memuncak . Kalau tak disebabkan keadaanya yang mendesak dia pasti akan koyakkan mulut puaka pengawal penjara itu .
" What ? Wait .. kau baru je kurang ajar dengan aku ?! Hoi budak hingusan , aku ni sunbae kau !"
Hoseok menggigit bibirnya menahan kemarahan yang hampir membuatkan rancangannya gagal .
Tanpa berlengah , Hoseok mendekati Jack . Pisau tersedia di belakangnya.
" Hei budak aku cakap dengan kau lah ! Kenapa kau pakai topeng muka ? Kau menya- "
" Aku adalah mimpi ngeri kau . Suprise motherfucker "
Dengan satu hayunan , pisau itu tertusuk tepat di perut Jack . Hoseok menekup mulut Jack untuk menghalang jeritan Jack. Rancangannya boleh musnah .
Hoseok menyedari lelaki itu takkan mati dengan mudah . Dia menarik keluar pisau tersebut dan menyasarkan ke leher lelaki itu pula .
Darah terpercik keluar . Akhirnya , tubuh Jack mulai lemah . Hoseok meletakkan badan lelaki itu atas kerusi berdekatan dengan perlahan .
Sementara Taehyung tidak berkelip . Apa yang disaksikan di hadapannya itu hanya berlaku di filem aksi .Tapi hari ni dia dapat tengok secara langsung .
Hoseok pula langsung tidak terkesan walaupun cecair merah itu terkena wajahnya . Reaksinya hanya datar . Tiada eksperesi . Hoseok mengambil kunci di poket Jack dan terus berlalu pergi ke arah Taehyung .
YOU ARE READING
[ON-EDITTING] Different ( World )
Mystery / Thrillerkim taehyung , 21 tahun . hidupnya dihantui suara misteri yang tidak berhenti mengganggu hidupnya . pemilik suara itu wujud . dia pernah munculkan diri dan tidak berdarah apabila ditikam . what is he? a psycho monster from different world. [H.R] #...