-18

156 34 7
                                    


" Lepaskan aku !! Yah !! " jeritan Taehyung kedengaran nyaring di segenap ruangan gelap yang langsung tiada cahaya matahari menembusinya .

Taehyung memegang besi yang menghalang tubuhnya daripada terlepas .

Taehyung menarik rambutnya frustasi kerana pengawal bertubuh sasa itu langsung tidak memberi peluang untuk Taehyung menjelaskan perkara sebenar .

Gelap . Kotor . Sunyi .

Ruangan itu hanya ditemani bunyi tikus berdecit . Membuatkan bulu roma Taehyung menegak kerana dia memang fobia akan tikus .

" Boleh senyap tak? Kecoh lah kau ni . Rilek lah . "

Taehyung memandang suara yang menegurnya itu .

Wajah pemilik suara itu agak seiras dengan Yoongi .

" Macam mana aku nak bertenang kalau aku dimasukkan penjara tanpa sebab ? Aku bangun je dari pengsan tiba-tiba aku kat sini . Aku tak buat apa-apa pun !! Yah ! Lepaskan aku lah !! " jerit Taehyung pada pengawal itu sekali lagi . Namun sia-sia kerana pengawal itu hanya menjelingnya sekilas .

Taehyung memejamkan matanya cuba mengingati apa yang berlaku .

Selepas kepergian Jiyun untuk mengambil alatan , kepala Taehyung tiba-tiba pening . Nafasnya sesak . Pandangannya kabur . Taehyung hanya ingat dirinya pengsan .

Macam mana aku boleh dekat sini? Jiyun tipu aku ke . Dia panggil polis untuk tangkap aku ke ?

Taehyung memegang lehernya . Dia dapat rasakan lehernya sudah terjahit .

Kalau dia tipu aku kenapa dia still jahit leher aku?

Bermacam-macam soalan berlegar di benak fikiran Taehyung tanpa henti . Taehyung masih tertanya-tanya apa punca dia boleh ditangkap polis .

Kalau dia nak buat aku tertangkap kenapa dia tak biarkan je Yoongi hyung bunuh aku .. Haih . Pelik lah .

Makin banyak persoalan timbul membuatkan fikiran Taehyung menjadi semakin kusut .

☆☆☆

" Jiyun , aku tumpang takziah atas pemergian Yoongi "

Jiyun menyeka air matanya perlahan seraya memandang wajah sahabat karibnya Kim Hera .

" Hera ... o-oppa mati sebab aku .. semuanya salah aku . kalau bukan disebabkan aku Yoongi oppa mesti hidup lagi . " rintih Jiyun perlahan . Air matanya masih tidak berhenti mengalir.

" dah . Jiyun . Stop nangis . Oppa kau mesti tak suka tengok kau nangis . Lagi satu apa yang jadi bukan salah kau . Kau tak payah lah risau eo . Pihak polis dah berjaya tangkap pembunuh tu . Dia akan terima balasan sebab bunuh oppa kau "

Hera memeluk bahu Jiyun . Jiyun beransur tenang .

Jiyun betul-betul rindukan Yoongi walaupun baru sehari berlalu .

Senyuman Yoongi .

Oppa sayang Jiyun.

Maafkan oppa .

Jiyun mula memeluk patung kumamon pemberian Yoongi kepadanya dengan erat . Gambar Yoongi tersenyum tergantung di halaman rumah Jiyun berserta perkataan rest in peace.

Kalaulah Jiyun boleh putarkan masa balik .. Jiyun takkan halang oppa bunuh lelaki kejam tu . Oppa mianhaeyo ..

☆☆☆

" Nama "

" K-kim Taehyung . "

" Umur "

" 21 tahun "

" Keluarga "

Taehyung terdiam .

Keluarga.

" I dont have any . " ujar Taehyung perlahan . Matanya sibuk memerhati bilik yang kecil yang diawasi beberapa orang yang beruniform polis .

Setelah puas memerhati , matanya mula tertancap pada pemuda yang sedang ralit menulis sesuatu .

Officer Bang Yongguk .

" Ma-maaf tuan , boleh saya tanya kenapa saya boleh ada dekat sini ? "

" Kim Taehyung- sshi , aku akan tanya straight to the point . Apa motif kau bunuh Min Yoongi-sshi ? "

Mata Taehyung membulat .

" Bu-bunuh Min Yoongi ?! Sa-saya tak - "

" Takde orang yang akan mengaku kalau dah bunuh someone . Takde orang pun yang akan mengaku dirinya psychopath . So aku tak nak cakap banyak . Apa motif kau bunuh Min Yoongi-sshi ? "

Taehyung kehilangan kata-kata .

" Y-yoongi hyung dah mati .. "

Taehyung masih lagi dalam keadaan terkejut dengan apa yang disampaikan oleh pegawai polis di hadapannya itu .

" Aku takde banyak masa Taehyung "

" Saya tak- "

" Berhenti menafikan ! Semuanya dah terbukti . Kau yang pegang pisau tu . Look , aku rasa kau takkan cakap selagi aku tak berkeras kat kau . Hm . Daehyun , pegang dia "

Lelaki itu mula menghampiri Taehyung .

BUKK

Yongguk menumbuk muka Taehyung bertubi - tubi membuatkan hidung Taehyung mula mengeluarkan cecair merah . Taehyung langsung tidak boleh melawan kerana tangannya digari tambahan pula Daehyun memegang tubuhnya menyukarkan Taehyung untuk mengelak serangan Yongguk .

Yongguk seperti dirasuk . Dia tidak berhenti sehinggalah tanganya terasa kebas .

" Huh . Kau sepatutnya dah lama diajar ."

" Uhuk .. ka-kau tak boleh buat aku macam ni .. kau polis .. "

" Siapa kesah ? Kau tahukan dalam dunia ni takde siapa yang baik . "

Sinis .

" A-aku tak bunuh yoongi hyung .. " tegas Taehyung masih lagi tidak mahu mengalah .

" Still taknak mengaku lagi ? Kau sengaja tempah maut "

Yongguk menendang perut Taehyung menyebabkan Taehyung hilang kestabilan . Badannya terhentak di permukaan lantai kasar bilik itu .

" Boss , tempoh soal siasat dah habis . Kita kena pergi . Lepas ni peguam bela dia akan datang . " ujar Daehyun

Pergerakan Yongguk terhenti seketika.

" Takpe , selagi kau tak mengaku bersalah . Kau akan jumpa aku setiap hari Kim . Daehyun , angkat dia and lap darah dia . "

-Bersambung-

Why author selalu seksa taetae ಥ_ಥ

Comment ╮(─▽─)╭

makin bosan ke citer ni 😭

[ON-EDITTING] Different ( World ) Where stories live. Discover now