BAB 1

528 15 0
                                    

"Jadi macam mana, Mira?"
"

peluang keemasan tu. Terima saja la."

Fikiran Emira pada masa ini sangat buntu. Surat tawaran ke tingkatan 6 itu dibaca berulang-ulang kali. Difikirkannya sama ada mahu terima ataupun tidak. Fikirannya sekarang ini adalah mengenai impiannya. Yang ingin melanjutkan pelajaran ke menara gading selepas tamat SPM pada usia 18 tahun atau 19 tahun agar dapat menghabiskan pelajaran dengan awal dan dapat pengalaman berkerja lebih banyak. Tetapi dia tiba-tiba mendapat tawaran ke tingkatan 6.

Pelbagai kata-kata semangat yang diberikan oleh keluarganya untuk menerima tawaran itu. Dia buntu. Terima atau tidak?

Setelah memikirkan perkara yang baik dan yang tidak baik, akhirnya dia bersetuju untuk menerima tawaran itu.

Hari ini merupakan hari pertama persekolahan Emira di tingkatan 6. Dia bersiap-siap awal untuk ke sekolah. Ada sedikit debaran dan takut di hatinya. Jarak antara  dan sekolahnya tidaklah terlalu jauh tetapi kerana terlalu terasa teruja dan berdebar, dia terbangun lebih awal dari masa yang sepatutnya 'alarm' nya berbunyi.

Pada hari pertamanya, dia memakai baju kurung tradisional. Padahal kebanyakan pelajar di situ memakai pakaian yang mengikuti perkembangan terkini. Tidak hairanlah ramai yang memandang pelik pada dia.

Sepanjang sesi persekolahan itu, tiada sesiapa yang bekawan dengannya. Dia malu untuk bergaul. Siapa tidak kenal dengan Nur Emira Batrisyia, seorang gadis pendiam dan pemalu. Dalam hati, dia berasa sedikit kecewa. Baru hari pertama persekolahan, dia terasa mahu berhenti sekolah. Namun apabila dia terkenangkan pengorbanan orang tuanya yang bersusah payah mencari rezeki untuk menyekolahkan dia dan abangnya, terpaksa dia membatalkan sahaja niatnya itu.

"Sabar Emira. Sabar." Dia cuba menyenangkan dirinya sendiri.

-----------------------------------------------
. . . . . b e r s a m b u n g . . . . .
-----------------------------------------------

PERSAHABATANWhere stories live. Discover now