BAB 6

73 2 0
                                    

Mereka seterusnya membuat keputusan untuk keluar dari perpustakaan awam itu untuk pulang ke rumah. Apa lagi yang hendak dilakukan sekiranya apa yang diingini tidak ada.

Setelah keluar dari perpustakaan awam itu, Emira dan Misha berjalan menuju ke perhentian bas sambil berbual. Langkah mereka seperti sengaja diperlahankan.

"Hei, tengok tu!" Kata Misha sambil menunjukkan ke arah sesuatu dengan jari telunjuknya.
"Apa dia?" Emira cuba melihat ke arah yang ditunjukkan oleh Misha.
"Macam lelaki yang cuba mengusik awak kat library tadi." Jawab Misha. Dia terpandang lelaki yang cuba mengusik Emira.
"Ya lah."
"Memang tak syak lagi"

Lelaki itu sedang bercakap dengan seorang gadis. Cuba memikatlah tu konon. Fikir mereka.

"Ah pedulikanlah dia, itu hak dia. Tetapi siapa pula gadis itu?" Mereka seperti kenal akan gadis itu.
Setelah cuba untuk mengingati, barulah mereka teringat. Ya, gadis itu ialah Syima. Classmate mereka.

Mana tidak mereka kenal, kerana inilah kali pertama mereka ternampak Syima yang berpakaian bebas dan rambutnya 'curly' dihujung rambut dibiarkan lepas. Cantik! Puji mereka. selama ini mereka hanya berjumpa Syima di sekolah dgan berpakaian sekolah dan rambut diikat sanggul yang nampak sungguh kemas.

-----------------------------------------------
. . . . . b e r s a m b u n g . . . . .
-----------------------------------------------

PERSAHABATANWhere stories live. Discover now