BAB 4

126 2 0
                                    

Emira dan Misha berjanji untuk berjumpa di perpustakaan awam pada hari ini. Mereka ingin mencari sebuah buku yang diminta oleh guru mereka.

Ketika Emira berada di perpustakaan sambil menunggu Misha, tiba-tiba seseorang menegurnya.
"Hai. Boleh berkenalan?" suara itu mengejutkan Emira. Emira segera memandang kebelakang. Tampak seorang lelaki tersenyum meleret. Berjaket yang telah lusuh warnanya.

'Dia hendak berkenalan dengan aku?' Emira seakan tidak percaya. Lelaki itu masih lagi berdiri di sisinya dan masih mempamerkan wajah selambanya. Emira mula serba salah. Inilah pertama kali ada lelaki yang mahu berkenalan dengannya.
"Saya Kamal. Kamalruddin. Nama awak pula siapa?" Tanpa ditanya, lelaki itu memperkenalkan dirinya. Lelaki itu betul-betul mahu berkenalan nampaknya.

Emira menarik nafas. Misha, rakan baiknya itu belum nampak batang hidungnya biarpun mereka telah sama-sama berjanji untuk bertemu di perpustakaan ini tepat jam 12 tengahari.

"Hai, kenapa diam saja? Tak sudi ke?"
'Memang tak boleh dilayan! Baik aku keluar saja.' Bisik hati Emira. Cepat- cepat Emira melangkah keluar dari perpustakaan. Dia berharap lelaki itu tidak mengekorinya. Tetapi sangkaannya meleset! Kamalruddin terus memburunya.

"Hai, Emira. Dah nak balik?" Tiba-tiba Misha muncul. Misha terus mendapatkan Emira apabila dia ternampak Emira keluar dari perpustakaan ketika dia baru sahaja sampai. Emira berasa lega dengan kemunculan Misha.

Kamalruddin masih berdiri di belakang dan Misha telah melihatnya. Misha menyiku tangan Emira sambil mengenyitkan mata.
"Siapa tu?" Misha berbisik. Emira mengangkat kedua-dua bahunya tanda tidak tahu. Memang dia tidak mengenali lelaki itu.

Mereka masuk ke dalam perpustakaan. Mereka terus ke tingkat atas. Emira sempat menjeling lelaki itu sudah tidak mengekorinya lagi.
"Nasib baik awak datang." Emira berasa gembira dengan kehadiran Misha. Mereka duduk di meja yang berada di tingkat dua.
"Lelaki itu cuba nak memikat awak ye?" Emira mengangguk. Misha tersenyum manis.
"Itulah awak. Lawa sangat! Nak datang library pun susah"
"Awak lagi dahsyat!"
"Shhh, jangan cakap terlalu kuat dalam perpustakaan ni."
"Tahu pun"
"Awak yang mulakan" tegas Misha.
"Ye lah. Udah dong" Emira menurut kata-kata orang Indonesia. Misha mahu tergelak, rasa lucu. Pantas Emira meletakkan jari telunjuknya di bibir Misha. Misha tidak jadi ketawa.

Begitulah mesranya persahabatan mereka.

"Awak dah cari buku yang kita nak tu?" Misha kembali serius. Emira mengangkat bahu.
'Soal Jawab Untuk Peperiksaan Am Kerajaan' itulah buku yang disarankan oleh Puan Zaiton, guru mereka.
"Tadi saya dah cari tapi tak jumpa pun" beritahu Emira dengan kesal.
"Kita cari sekali lagi." Cadang Misha.

Mereka terus menuju ke rak-rak buku. Emira menurut sahaja biarpun dia yakin buku itu memang tidak ada.

Mereka mencari dari satu rak ke satu rak lain, tetapi mereka tidak temui buku itu. Akhirnya Misha setuju dengan kata-kata Emira tadi. Buku itu memang tidak ada. Misha mengeluh kecil kerana hampa.

Mereka kembali melabuhkan punggung di kerusi yang mereka duduki sebentar tadi. Apa lagi yang hendak mereka buat?

-----------------------------------------------
. . . . . b e r s a m b u n g . . . . .
-----------------------------------------------

PERSAHABATANWhere stories live. Discover now