BAB 10

47 2 0
                                    

Misha! Adakah itu Misha? Dua orang attendant membawa keluar sebuah troli. Di atas troli itu menutupi sekujur tubuh dengan selimut putih.
'Ya Allah, tolonglah bukan Misha yang mereka bawa keluar.'

Emira dan Syima berpandangan.
'Bukankah troli yang baru sahaja dibawa keluar itu membawa mayat? Mayat Misha?' Mereka terlihat orang tua Misha, doktor dan jururawat. Semuanya berwajah muram.
'Misha! Mustahil awak tidak dapat meneruskan dugaan itu.' air mata Emira tiba-tiba melimpah. Mak Cik Maimunah dan Pak Cik Khalid, orang tua Misha juga menangis.

Syima dan Emira mendapatkan mereka.
"Mak cik, Misha..."

Tidak mampu lagi untuk bersuara. Kesedihan yang membaluti diri menghalang segala-galanya. Mak Cik Maimunah hanya mampu memandang kedua-dua teman anak gadisnya itu. Apa yang berlaku ini telah menceritakan segala-galanya.

"Misha telah pergi..." jawab Mak Cik Maimunah sambil menangis.

Kesedihan Emira tidak dapat ditahan olehnya lagi. Troli yang dibawa tadi memang membawa Misha. Ia adalah mayat Misha!

"Misha!!!!!" Tanpa menghiraukan sesiapa lagi, Emira terus mengejar troli tadi. Mengejar dan menangis. Syima turut menangis. Dia memburu dari belakang mengekori Emira.

-----------------------------------------------
. . . . . b e r s a m b u n g . . . . .
-----------------------------------------------

PERSAHABATANWhere stories live. Discover now