BAB 2

196 4 0
                                    

"Baik pelajar. Cikgu nak kamu tubuhkan satu kumpulan. Cikgu akan berikan satu topik untuk setiap kumpulan bincangkan nanti." Kata Cikgu Hafiz.
"Ok cikgu nampak ada yang sudah menjeling-jeling dan tersenyum-senyum dengan rakan kamu. Jadi sekarang kamu boleh bergerak ke kumpulan masing-masing."

Emira buntu. Siapakah kumpulannya? Kerana tiada seorang pun yang dia rapat di kelasnya itu.

Lama dia berdiri memikirkan siapakah kumpulannya. Tiba-tiba...
"Emira Batrisyia!" Emira terkejut dipanggil oleh gurunya.
"Apa yang kamu buat dekat sana? Geraklah ke kumpulan kamu."
"Ma..maaf cikgu.. Sa..saya..tiada..kum..kumpulan." Tergagap Emira menjawab. Cikgu Hafiz memandang tajam ke arah Emira. Kemudian Cikgu Hafiz memandang ke arah setiap kumpulan.
"Aliya. Kamu ada berapa ahli kumpulan?" Tanya Cikgu Hafiz kepada salah seorang pelajar.
"Empat, cikgu." Jawab Aliya.
"Baiklah. Sila masukkan Emira dalam kumpulan kamu"
"Emira, kamu masuk kumpulan sana." Emira menurut kemudian dia mengatur langkah ke kumpulan yang dikatakan oleh cikgunya.

*ringgggg*
"Baiklah pelajar, masa dah tamat. Cikgu nak minggu depan projek kamu siap dan tolong hantar kepada saya." Terang Cikgu Hafiz sebelum melangkah keluar dari kelas.

"Emira, kitaorang semua tidak dapat buat projek yang cikgu Hafiz beri. Boleh tak kau yang buat semua tu?" Tanya Aliya dengan kasar.
"A'ah, kitaorang sibuk. Kau tolong buat ye. Lagipun kau kan pintar." Sambung Erna lagi. Salah seorang ahli kumpulannya juga.
"Err.. Baiklah. Ta..tapi..."
"Takda tapi tapi. Kau carilah sendiri. Itu pun susah ke? Kitaorang kan sibuk. Lagipun tak sempat nak bincang, minggu depan dah nak hantar projek tu." Jawab Aliya.
"Hmm.. Baiklah." Emira akur.
"Kitaorang pergi dulu. Bye." Lalu Aliya dan Erna meninggalkan Emira seorang diri.
Setelah jauh meninggalkan Emira, Aliya dan Erna saling berketawa jahat. Mereka sengaja ingin membuli Emira supaya menyiapkan projek itu berseorangan.

------------------------------------------------
. . . . . b e r s a m b u n g . . . . .
------------------------------------------------

PERSAHABATANWhere stories live. Discover now