BAB 11

48 2 0
                                    

Emira berbual di kantin bersama Syima, di meja yang selalu dia dan Misha duduki. Sudah seminggu pemergian Misha. Kesedihan masih tidak dapat dihapuskan.

"Emira." panggil satu suara. Emira mengangkat muka.
"Takziah, Emira. Saya tahu awak amat rapat dengan arwah Misha dan pasti awak sekarang dalam kesedihan. Bersabarlah. Saya juga turut simpati." ucap Khairul, rakan sekelasnya.

"Terima kasih, Khairul." jawab Emira dengan sayu tetapi tetap mempamerkan senyumannya.

"Boleh saya sertai kamu?" tanya Khairul.
"Boleh. Silakan." jawab Syima.
Khairul mengambil tempat bersebelahan dengan Syima.

"Saya terkilan." luah Emira.

Khairul dan Syima memandang Emira. "Maksud awak?"

"Sebelum Misha kemalangan hari tu, dia ada mengajak saya untuk temankan dia makan kat kantin ni. Dia bersungguh-sungguh mengajak. Tetapi saya tolak sebab hari tu saya terpaksa pulang awal ke rumah kerana telah berjanji dengan emak untuk membantu membersihkan halaman rumah. Kalaulah saya tahu itu adalah hari terakhir pertemuah kami, saya pasti tidak akan menolak permintaanya itu. Malah saya tak akan pulang ke rumah saya. Saya mahu bersama-samanya." Kesedihan masih terpahat kemas di wajah Emira.

Khairul cukup maklum, Emira begitu rapat dengan Misha. Tidak hairanlah sekarang Emira begitu berduka melebihi rakan-rakan yang lain.

"Sudah takdir, Mira. Kita tak boleh buat apa-apa lagi." kata Khairul.
"Saya rasa saya bersalah."
"Tak ada sesiapa pun yang bersalah. Kita semua hamba-Nya. Tak ada kuasa yang dapat menghalang takdir yang menimpa diri kita, diri rakan-rakan kita dan diri orang lain. Bersabar, itulah sahaja sebaik-baik amalan." nasihat Syima.

Emira menarik nafas. Memang betul apa yang diucapkan oleh mereka. Tetapi entahlah, rasa terkilannya masih juga terasa.

Meja inilah yang diduduki oleh Misha pada hari terakhirnya itu. Seakan masih terbayang Misha di matanya pada hari itu. Misha duduk seorang diri di sini. Kenapalah aku meninggalkannya? Tidak sepatutnya berbuat begitu. Misha sahabat baikku. Kawan yang paling rapat. Sepatutnya menemani dia makan pada hari itu.

"Emira, sudahlah. Yang dah pergi tetap pergi. Apa yang boleh kita buat hanya berdoa. Ya, berdoa semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Itulah yang sebaik-baiknya, Emira." pujuk Khairul. Syima bersetuju dengan kata-kata Khairul.

Seperti Emira, mereka juga amat terasa dengan kehilangan Misha.

Di dalam kelas dulu, Misha sering datang ke meja mereka. Datang bertanya itu dan ini. Datang bercerita atau kalau tidak pun, Misha akan mengusiknya seperti Misha mengusik rakan-rakannya yang lain. Ya, Misha memang seorang kawan yang disukai oleh rakan-rakan yang lain. Misha seorang gadis yang sentiasa riang.

Sekarang, meja itu telah kosong. Tidak ada sesiapa pun antara kawannya yang mahu duduk di tempat Misha. Aduh, sedihnya apabila memandang ke arah meja itu. Tempat itu telah terbiar kosong tanpa tuannya.

"Korang.." panggil Emira.
"Hmm?"
"Saya rasa saya mahu pindah ke sekolah lain."
"Kenapa?!"

-----------------------------------------------
. . . . . b e r s a m b u n g . . . . .
-----------------------------------------------

PERSAHABATANWhere stories live. Discover now