BAB 3

135 3 0
                                    

Sepanjang hari Emira berjaga hingga ke larut malam kerana ingin menyiapkan tugas yang diberikan oleh Cikgu Hafiz.
"Emira" Emira menoleh. Dia melihat emaknya sedang berdiri di muka pintu.
"Ya mak?"
"Dah la tu. Rehat lah. Mak kesian tengok kamu setiap hari penat tak cukup tidur."
"Takpe mak. Emira kena siapkan juga tugas ni. Minggu depan dah kena hantar."
"Mak faham. Tapi tak elok kamu setiap hari tidur lewat. Nanti kamu jatuh sakit. Mak rasa risau kalau tengok anak-anak mak jatuh sakit. Kamu rehatlah ye."
"Hmm. Baiklah mak."

Puan Aida, mak Emira tersenyum. Lalu dia menuju ke dapur meninggalkan Emira berseorangan di bilik yang sedang menyambung tugasnya.

Kini masuk minggu kedua persekolahan. Tugas yang diberikan oleh Cikgu Hafiz telah siap dan telah dihantar. Cikgu Hafiz berpuas hati dengan tugas yang dilakukan itu.

"Baiklah pelajar. Hari ini cikgu nak umumkan kumpulan mana yang siapkan tugas dengan bagus."
"Kumpulan yang menyiapkan tugas dengan kemas dan padat adalah....." Cikgu Hafiz mengumumkan.
"Kumpulan Aliya dan ahli kumpulanya yang lain!" Semua pelajar memberikan tepukan yang gemuruh.

Emira terkejut.

"Baiklah Cikgu nak Aliya sebagai wakil ketua kumpulan kamu datang ke depan." Aliya yang dari tadi tersengih sengih tampil ke depan apabila dipanggil.
"Tahniah Aliya dan ahli kumpulan yang lain." Ucap Cikgu Hafiz.
"Terima kasih, cikgu."

"Cikgu bangga dengan kumpulan kamu. Semangat berkerjasama. Siapakah diantara ahli kumpulan kamu yang lebih banyak memberikan cadangan untuk menyiapkan projek tersebut?" Tiba-tiba jantung Emira berdegup kencang.

"Sudah tentu saya sebagai ketua kumpulan yang lebih banyak memberikan cadangan kepada mereka. Erna sahabat baik saya juga banyak membantu. Dia bertungkus-lumus mencari maklumat sehingga ke lewat malam. Melly dan Caroline pula banyak mengeluarkan idea kreativiti mereka untuk mengemas maklumat-maklumat tersebut." Jawab Aliya dengan berlagak. Emira terkejut dengan kata-kata Aliya.

"Wah, hebat. Bagaimana pula dengan Emira?" Tanya Cikgu Hafiz.

"Dia?" Aliya berhenti. Dia memandang ke arah Emira sambil tersenyum sinis.
"Dia tiada membantu kami memberikan sebarang maklumat dan cadangan langsung. Dia hanya duduk diam membisu." Sambung Aliya lagi. Emira bertambah terkejut. Dia menundukkan wajahnya. Sampai hati Aliya berkata begitu. Sedangkan dia lah yang bersusah payah menyiapkan tugas itu.

Keesokkan harinya, Emira datang ke sekolah dengan perasaan yang sedih. Matanya bengkak kerana menangis semalaman. Dia masih kecewa dengan pengakuan Aliya.

Namun perasaan itu hilang seta merta apabila cikgu memaklumkan akan ada pelajar baru yang akan masuk ke kelas Emira. Sebenarnya bukanlah pelajar baru, cuma pelajar itu tidak dapat menghadiri kelas pada minggu pertama persekolahan atas sebab tertentu.

Pelajar baru itu duduk bersebelahan dengan Emira. Kebetulan tempat duduk disebelahnya itu kosong. Dia nampak seperti seorang yang peramah. Emira berasa senang dengan pelajar itu. Mereka sempat berkenalan sebelum guru matapelajaran pada masa itu masuk. Namanya ialah Syamisha Khalid tetapi dia lebih senang dipanggil Misha. Hari berganti hari. Sudah beberapa bulan berlalu, Emira dan Misha bersahabat baik. Mereka sering mengulangkaji pelajaran bersama-sama setiap hari. Kini Emira juga semakin rapat dengan rakan kelasnya yang lain atas bantuan Misha seorang yang periang dan mudah bergaul. Dan kini Emira juga tidak lagi dibuli oleh Aliya dan beberapa orang rakannya lagi kerana setiap kali apabila dia dibuli, Misha pasti akan bertindak membantu Emira memarahi mereka. Misha seorang yang sangat garang (jangan sesekali membuat dia marah. Jika tidak, akan ada kecelakaan besar yang akan berlaku dengan anda) dan disebabkan itu ramai yang takut dengan dia.

-----------------------------------------------
. . . . . b e r s a m b u n g . . . . .
-----------------------------------------------

PERSAHABATANWhere stories live. Discover now