BAB 7

73 2 0
                                    

Pagi itu tiba sahaja di perkarangan sekolah, mereka terus mendapatkan Syima.

"Hai, tak sangka ya!" Misha mula mengusik. Syima yang masih tidak mengerti apa-apa itu tercengang.

"Makan free tak?" Emira mula sertai Misha mengusik.

"Makan free apa?" Jelas Syima benar-benar tidak mengerti apa yang diperkatakan oleh kedua-dua rakannya itu. Wajah Syima benar-benar nampak hairan.

"Ala Kota Belud, Sabah nie bukanlah luas sangat macam Kota Kinabalu dan negeri yang lain banyak tempat boleh pergi. Kalau kat sini, kita pergi mana je pasti terserempak. Kalau pergi sana boleh terserempak, pergi situ pun boleh terserempak." Misha menyampuk lagi. Emira tersenyum penuh makna. Syima masih juga belum faham. Gelagat kedua-dua temannya itu sering membuat dia pening kepala.

"Cuba cakap terus terang! Jangan buat saya pening. Apa maksud kamu dengan makan free?" Syima sudah tidak senang dengan gelagat kedua-dua rakan sekelasnya itu.

Misha dan Emira tergelak. Suka benar mereka melihat Syima marah.

"Saya serius ni. Jangan nak main-main pula"

"Semalam awak ke pekan?" Emira sudah mahu berterus terang.

"Ya, saya temankan adik saya"

"Tapi kami tak nampak adik awak. Yang kami nampak..." Misha menjeling kepada Emira. Dia menjeling penuh makna.
"Yang kami nampak....."
"Abang adalah!" Serentak Misha dan Emira bersuara. Abang yang mereka maksudkan itu ialah lelaki yang mereka lihat itu, tapi..

"Memang abang saya pun pergi. Dia lah yang bawa kereta. Kenapa?" Jawab Syima.

'Abang? Misha dan Emira berpandangan. Syima hairan lagi. Apa yang terjadi dengan rakannya itu?

"Abang awak?" Misha kembali memandang wajah Syima. Syima mengangguk.
"Maksud awak...lelaki yang berjaket lusuh tu?" Emira menambah. Sekali lagi Syima mengangguk.

Misha kembali memandang wajah Emira. Tidak mampu bersuara beberapa detik. Kemudian kedua-dua tergelak. Sah mereka dah tersilap.

"Apa dah jadi kat korang? Tadi bukan main lagi serius. Sekarang ketawa macam pontianak pula." Ketawa mereka berdua makin bertambah. Lucu dengan kata-kata Syima. Beberapa orang pelajar turut menoleh ke arah mereka. Syima masih tidak faham dengan gelagat rakannya. Sehinggalah pada waktu rehat tengah hari itu.
"Sebenarnya kami sangka lelaki itu cuba nak mengusik awak." Misha menjelaskan perkara itu kepada Syima.

"Abang saya tu?" Syima terkejut.
"Ya." Jawab Misha dah Emira serentak.

Syima juga mahu ketawa. Patutlah kedua-dua rakannya itu ketawa sakan.

"Kami tak tahu lelaki itu abang awak. Tak pernah nampak." Kata Misha.
"Sebab abang saya tengah belajar kat luar negara." Syima menjelaskan. Emira dan Misha terlopong.
"Awak tak pernah ceritakan pun kat kami." Emira bersuara setelah terlopong seketika.
"Sebab korang tak ada tanya." Misha dan Emira menjuihkan bibir.

"Awak nak tahu?" Misha kembali membuka mulut.
"Apa lagi?" Tanya Syima malas hendak melayan.
"Sebelum tu abang awak telah cuba nak mengusik kawan kita ni." Misha menunjukkan telunjuknya ke arah Emira yang duduk di sebelahnya. Emira tersenyum seperti selalu.

"Ya ke?" Syima terlopong.
"Tak percaya? Kalau tak percaya, balik nanti awak tanyalah abang awak tu." Emira mengesyorkan. Misha bersetuju.

"Ha, baru saya ingat!" Misha mendadak pula menepuk bahu Emira tiba-tiba.
"Apa dia?" Syima kembali hairan.
"Emira, kalau tak salah saya awak pun ada abang yang belajar kat luar negara kan?" Ujar Misha tersenyum lebar. Emira mengangguk.
"Untunglah korang berdua, ada abang yang belajar kat luar negara. Saya sorang yang tak ada abang." Sayu pula suara Misha.

Syima dan Emira memandang Misha. Misha menundukkan wajahnya. Wajahnya tiba-tiba berubah menjadi sedih.

"Misha tenanglah. Kami berdua pun bukannya bertuah kerana yang berjaya masuk ke universiti tu hanya abang kami. Saya sendiri belum tentu lagi. Begitu juga dengan Emira. Tak ada bezanya dengan awak, Misha." Syima memujuk. Emira mengangguk.

Kenapa lah tiba-tiba sahaja temannya yang periang ini bersedih macam ni?

Misha kembali mengangkat muka. Dia bertentang mata dengan Emira dan Syima. Perlahan-lahan Misha tersenyum.

"Ya, betul kata kamu." Ujar Misha, gembira semula. Syima dan Emira tersenyum. Semanis gula.

-----------------------------------------------
. . . . . b e r s a m b u n g . . . . .
-----------------------------------------------

PERSAHABATANWhere stories live. Discover now