3

114 9 4
                                        

Keluar je dari panggung aku nampak mata Feeq dengan Kak Hanis merah. Ni kes menangis lah ni. Tak sedih pun cerita Bhajranggi Bhaijan.

Kan?

"Awat nangis ni? Over gila, movie je pun." Sengaja aku tekankan perkataan movie tu. Biar mereka sedar bahawa itu adalah cerita rekaan semata mata.

"Sedih la bodoh cerita tu. Kau ni tak menghayati. Hati mana hati?" Jawab Rafeeq.

"Ceritera Han lagi sedih kot. Cerita aku takda orang senyum kalau tahu." Jawabku.

"Aihh gaduh pulak. Dah dah jom pi makan. Kakak belanja awak berdua. Nak makan apa?"

"Makan kakak lah aum" jawab Rafeeq tak tahu malu! Pantas aku cubit lengannya. Kakak gelak je tengok.

"Padan muka hang. Gatai sangat pasaipa?" Kakak memang pro bab bab loghat negeri orang ni. Maklumlah dekat company kawan dia yang dia kerja tu selalu pi outstation je.

"Ampun kak, aye janji tak buat lagi dah" jawab Rafeeq. Padan muka! Noob!

Kami berlalu pergi ke restaurant blendbox. Tempat makan western food.

^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*

Usai makan, kakak ajak pi shopping pulak. Nak beli baju sejuk. Katanya, akhir tahun nanti nak kena outstation luar negara. Untung lah kakak.

Dalam kesibukan kakak memilih baju sejuk, terdapat juga orang lain yang menyibuk pilih baju. Tak lain tak bukan;

Adrian Rafeeq!

Dia pergi kat slot lelaki. Baju t-shirt dia usha. Eh, mesti nak usha promoter sekali ni! Haih budak Feeq ni.

"Weh mana satu lawa? Biru ke pink?"

"C'mon lah Feeq, muka kau ni memang sesuai pakai pink, skirt dan rambut palsu sekali."

Feeq buat muka toye dia. Menyampah aku tengok. Tapi dia ambik dua-dua. Pink dengan biru. Corak sama kot baju tu?

"Yang biru ni baju kau tau? Kita pakai sama sama nanti bila kita dapat hang out sama sama" terkejut aku dia belanja baju. Tapi terasa macam dia ni gayboy pulak siap nak pakai sama sama. Padan ah kalau date dengan perempuan tak lekat. Gay rupanya!

Dia pergi membayar di counter. Baju sejuk kakak pun dia belanja. Aku pulak yang serba salah tak belanja apa apa. Yelah kakak dah belanja wayang dengan makan dia dah belanja baju. Aiseh nak belanja diorang apa ni?

Kakak singgah kedai kasut. Dia cari sport shoes. Laju je dia pilih pasal ada saiz. Aku pun bayarkan je lah kasut dia. At least dah belanja kakak. Tinggal nak belanja Feeq je. Dia ni pulak taktahu aku nak belanja apa.

"Bro, kau taknak beli apa apa ke?" Tanyaku.

"Nak tu nak. Tapi aku rasa nanti dulu kot. Tapi kasut ni lawa lah. Lama aku usha."

"Berapa?"

"200. Hahaha takpalah. Takyah beli lah"

"Pergi check saiz kau ada ke tak. Aku belanja?"

Belanja member lah bajoi. Kan dah kaya. Kenapa aku kaya? Yelah dah papa aku kaya. Kata benci? Kenapa guna duit dia? Dah tu tiap tiap hari tak penah tinggal bagi aku duit. RM 100 sehari. Kalau seminggu dah RM 700. Sebulan dah RM 2800. Kerja dia halal cuma dia buat benda maksiat je. Aku ni haa takyah kerja pun takpa. Tapi tulah, nak duit syaratnya kena tinggal serumah dengan dia dan jangan tegur dia.

Masa kakak blah dulu pun, dia tak marah. Cuma dia kata duit kakak stop sampai situ je lah. Tapi kakak tak kisah, since dia kerja kat company kawan dia, gaji RM 4000 sebulan. Jadi PA member dia. Kak Raisya.

Tapi tulah, kakak duduk rumah berdua je dengan Kak Dyan. Kak Dyan kerja receptionist dengan buat air je kat office tu. Gaji dia pun Rm 2500 sebulan. Kadang aku fikir gak dia ni tak takut ke apa duduk berdua je? Tapi dia mesti akan jawab;

"Tak. Allah kan sentiasa ada. Akak sentiasa berdoa pada Allah agar dilindungi. Lagipun akak tinggal berdua dik"

Usai imbas kembali kisah kakak, aku terus bayar kasut yang Feeq beli. Gembira dia. Aku pun taktahu kenapa dia tak beli sendiri dulu. Yalah, dia pun kaya. Lebih daripada mampu.

"Thanks Han. Aku sebenarnya baru usha kasut tu masa kak Hanis usha sport shoes. Aku try test je nak tengok kau nak belanja aku ke tak. Sekali betul kau nak belanja. Aku pun grab the chance lah!"

Biadap!! Kena tipu lah ni. Takpa lah abang reda.

"Takpalah nyah. Rezeki kau." Jawabku ringkas.

Setelah penat berjalan, kami pun pulang. Aku pandu kereta pergi ke rumah Feeq. Usai menghantarnya aku terus hantar kakak balik. Tak singgah pun rumah dia. Aku bagi alasan penat. Kalau tak, mesti dia nak mintak aku jadi imam solat dia. Bukannya taknak. Tapi tu lah. Aku tak reti sangat bab bab solat ni.

Han.Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang