Jumaat.
Hari cuti nak buat apa? Mereput gais. Study, makan, tidur. Terkurung dalam bilik. Tu je kerja aku time cuti. Nak buat apa lagi?
Solat? Aku tak belajar cara-caranya. Dekat sekolah memang belajar. Tapi aku dah lupa. Aku bukan tak percaya kewujudan Tuhan. Cumanya, aku tak ready nak menunaikan lagi. Ni ke salah satu sebab aku tak bahagia?
Feeq tahu. Dia pun rajin solat. Dia pernah ajak aku solat. Aku tolak pelan pelan. Aku tak ready. Sampaikan satu hari tu tiba tiba dia puji aku berani.
"Han, kau ni berani siaa."
"Asal eh? Kau kenapa tiba tiba?"
"Yelah kau kan tak solat. Orang yang tak solat ni mencabar Tuhan."
Hamikko. Tersentap aku kat situ. Tapi tu lah hati aku keras kan? Aku blah je dari situ. Tak cakap banyak.
^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*
Perut dah berbunyi minta diisi. Aku keluar daripada bilik untuk membuat sarapan. Dan untuk turun ke bawah, terpaksa lalu bilik papa.
"Sayang, enough enjoying me dah pagi"
Suara perempuan. Eh apa sial lah buat kat rumah aku. Pagi pagi mood dah rosak siaa.
Aku capai kunci kereta aku dalam bilik dah bergegas ingin keluar. Serabut betul!
Langkahku terhenti seketika bila lihat makanan terhidang di atas meja. Uish siapa masak? Biasanya masing masing masak untuk diri sendiri?
Aku jengah dapur. Susuk tubuh yang aku kenal. Seorang yang lemah lembut, dan berhijab. Tak lain tak bukan ...
Jeng
Jeng
Jeng"Kak Hanis!" Jeritku.
"Eh Han, adui tak payah lah peluk akak oi" jawabnya.
"Bila akak balik? Kenapa balik? Kan kakak tak suka dengan papa bawak balik betina dan kenapa kakak pakai tudung dalam rumah ni?"
"Uish dik banyaknya soalan awak! Tadi akak balik. Nak jenguk adik kesayangan akak ni. Hahaha Memang kakak tak suka pun yelah akak masuk masuk je rumah tadi dah dengar orang moaning dah. Pening kakak bila fikir awak nak SPM tapi hidup macam ni. Kakak kan baru sampai, tak sempat cabut tudung lagi kakak hidang dulu makanan yang kakak bawak dari rumah. Lagipun, kakak kejap je kat sini nak jenguk awak. Awak makan lah dulu, nanti lepas solat jumaat awak amik akak kita keluar jalan jalan. Rindu adik akak yang sorang ni"
"Okay" lalu aku pun makan ditemani kakak ku yang cantik ni. Sedap! Lazat! Delicious! I'm lovin' it. Terima kasih kak buat Han senyum. Untung siapa dapat akak ni.
Tiba tiba seorang perempuan turun dari atas. Oh, ni mesti yang semalam tu. Dia dihantar ke pintu keluar oleh papa. Lalu papa terus menutup pintu dan naik ke atas untuk mandi. Hari hari kerja. Hari hari jugak lah bawak balik betina.
Kakak hanya diam je. Malas nak cakap. Karang jadi lain nanti susah. Lepas makan aku terus keluar rumah. Aku pesan pada kakak untuk duduk je dalam bilik aku diam diam. Aku taknak papa terkam dia pulak. Susah nanti.
^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*
Aku duduk dekat taman. Yelah katang kakak tahu pulak aku tak solat. Aku whatsapp Rafeeq tanya dia free ke tak.
Whatsapp.
Han; oi pig! Kau free ke tak?
Feeq; maaf maaf bentar. Baru keluar masjid ni. Nak ajak keluar ke?
Han; aah. Teman aku dengan kakak keluar.
Feeq; uik kakak balik? Wah seronoknya!
Han; aah. Ni pukul berapa boleh amik ni?
Feeq; pukul dua suku? Jap eh.
^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*
Dua suku tepat. Aku dah terpacak dekat depan rumah dia. Dari tadi dengar dia dok teriak "kejap" bila mummy dia habaq kitorang dah sampai.
Macam mana dia kenal kakak? Dulu aku penah accident. Lepastu pitam kat tempat kejadian. Dia kelam kabut gila call ambulance pe semua. Sampai sana dia kalut. Kebetulan kakak call nak tanya khabar tu terus dia bagitahu.
Pitam sebab terkejut je. Luka lain ringan ringan je.
"Assalamualaikum kakak! Lama tak jumpa" tersengih sengih.
"Waalaikumussalam Feeq. Terima kasih lah tengok tengok kan adik kak Hanis yang nakai ni"
"Ni member hang ni takmau tegur ka?" Kenapa loghat Kedah yang keluaq? Pasai Feeq punya mak pak orang sana. Dia je lahir Johor. Anak tunggal ni padan nakai gila.
"Hai Han yang manis hensem bergaya intan payung berlian emas periuk kera!" Jerit Feeq sambil memelukku. Gayboy ni pahal?
"Lepaslah halamak. Keluar rumah lambat. Bersiap macam perempuan!" Kataku.
"Ampun Tuanku. Marilah kita berdolan-dolan" katanya. Lalu kami pun menuju ke kereta ku yang dipakir tanpa mematikan enjin di hadapan rumahnya.
Aku mula memandu. Mana kita? CS je. Tengok wayang dulu! Apa apa roger!
^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*
YOU ARE READING
Han.
Mystery / ThrillerNama aku Han. Nama panjang? Tak perlu tahu. Aku lebih suka orang panggil aku Han. Ini kisah aku. Tak kisah? Jangan hidup.