5

100 8 2
                                    

Bangun pagi, aku menggeliat dulu. Erghhhh penatnya. Lepak badan kena belasah.

Aku capai tuala untuk mandi. Namun langkahku teberhenti di hadapan cermin di bilik.

"Wah hensem jugak aku ni even kena belasah sekalipun."

Sambil tersenyum. Ecehwah menyedapkan hati sendiri aje mampu. Padahal hampir satu muka ni lebam. Warna warni ewah. Dah macam pelangi. Lantas aku terus ke bilik air untuk mandi dan bersiap untuk study.

^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*

Siap mandi je aku call Feeq.

Oncall.

F; Hello

H; haa gayboy datang lah rumah den. Den dah kelaparan ni.

F; haa ye kejap lah. Mummy masakkan maggi goreng kau.

H; wah mummy kau masakkan? Wahh lebih sikit eh cakap Mummy.

F; boleh je tapi kan kau makan lah semua sebab aku takut bodoh lah kalau makan maggi ni. Sebab dia makanan sege-

H; maggi tak buat kau bodoh pun, yang bodoh tu hang dah tau nak exam tapi liat nak study. Firaun yang tak makan maggi tu pun bodoh hang tau dak?

F; wah dah sembang firaun sekarang. Ni haa mummy dah bungkuskan. Aku otw ni. Kk geraklu satgi sampai cek roger naa

Call ended.

^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*

Pantas aku keluar bilik dan turun bawah. Terus tunggu kat luar. Niat nak lepak makan kat luar. Yelah kang kalau kat dalam teringat peristiwa kena belasah terus jadi tak selera nak makan.

Bunyi hon dibunyikan. K mamat ni melampau aku nampak lah kereta baru kau. Saja je flashback kisah semalam dan termenung. Oh ya, serta bermonolog sendirian.

"Assalamualaikum bro." Tegur Feeq.

"Waalaikumussalam".

"Taknak jemput masuk ke."

"Mana sarapan aku? Kita sarap sini je eh do."

"Ada ni haa. Takpa aku paham. Tapi ready gila kau sampai siap buat air milo pinggan ada sudu semua."

"I'll do anything for food."

Maka mereka pun mula makan di luar rumah Han. Bapanya sudah tiada di rumah. Dah keluar untuk bekerja. Tu yang Han rilek semacam. Dia tahu Feeq perasan lebamnya teruk. Daripada riak wajah Feeq semasa datang dia dah perasan. Cuma dia buat endah tak endah aje.

^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*

Usai makan mereka masuk ke rumah lalu membasuh pinggan dan semua alatan menghidang yang telah digunakan. Ye ye author ambik KH-ERT. 😂

Selepas itu, mereka naik ke bilik Han untuk mengulang kaji pelajaran mereka. Subjek biology menjadi keutamaan Han kerana dia terlalu tidak senang kalau belajar dengan Cikgu Jane maka dia tidur sahaja seoanjang kelas biology.

^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*

Feeq's P.O.V.

Aku kesian sebenarnya tengok keadaan Han ni. Ye, dia baik. Tapi dia lupa pada Allah.

Walaupun hati dia keras, tapi ada kelembutan sebenarnya pada diri dia. Seseorang yang dia betul sayang je mampu ubah dia.

Dan aku rasa orang tu,

Jeng

Jeng

Jeng

Kak Hanis.

Tapi masalahnya, dia taktahu pun Han ni tak jaga solat semua. Dan dia percaya adik dia baik. Dan aku ni pulak siapa nak bercerita pasal Han dengan Kak Hanis.

Apa yang aku boleh buat sekarang? Aku hanya boleh berdoa semoga Allah melembutkan hati Han untuk kembali ke jalan Allah. Tu lah doa aku tiap kali aku solat. Di setiap sujud terakhir, dan nama dia lah yang akan aku sebut dalam doa aku selain Mummy and Daddy aku. Itu je yang aku mampu buat sebagai satu satunya sahabat yang dia ada.

Salam sayang sahabat, Adrian Rafeeq.

Han.Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang