Usai sahaja Han berdating dengan Feeq di Dominos Pizza 🍕 terus dia pulang ke rumah. Nak rehat sepuas-puasnya. Acah je! Ngantuk dan penat berjimba kat sekolah tado sebenarnya.
Kegembiraannya mati apabila dia buka pintu dan nampak bapanya sedang berfoya foya dengan seorang perempuan.
Perempuan yang dia kenali.
Perempuan yang dia kerap nampak.
Cikgu.
Cikgu Jane.
Dia hanya berpakaian dalam sahaja.
Dan bapa Han pula hanya memakai boxer.
Han berasa terkejut lalu pergi ke arah bapanya dan menampar bapanya bertubi tubi. Dia kemudian menarik rambut Cikgu Jane dan lagakan ke kepala bapanya. Kemudian bapanya dan Cikgu Jane terduduk dia atas kerusi. Han pantas pergi ke dapur dan menikam bapanya dan Cikgu Jane secara berselang seli dan bertubi tubi.
Tak tipu je. Han tak buat macam tu. Segala apa perbuatan yang dinyatakan di atas adalah bayangan di kepala Han sahaja. Okay? Ni yang betul betul.
Han berasa terkejut dengan keadaan itu. Dia pantas pergi ke tepi rumahnya untuk mengambil beberapa pakaian casual seperti kemeja, t-shirt, seluar jeans dan pakaian dalam semestinya. Lalu dia pergi ke arah kereta dan memandu tanpa arah tujuan.
Telefon dicapai. Nombor telefon Adrian Rafeeq didail.
Oncall.
H; Feeq, kau kat mana? Ada plan nak pergi bercuti ke?
F; Aku kat rumah? Tak tak. Daddy takda dia outstation so aku tunggu dia balik dulu.
H; okay. Aku otw.
Offcall.
^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^
"Assalamualaikum" sapaku.
"Waalaikumussalam Han. Masuklah" jemput mummy Feeq. Untung dia ada mummy.
"Mummy, Han tumpang tidur sini eh?"
Tanya ku. Ya, aku memang panggil mummy member aku yang sorang ni sebagai mummy.
"Eh boleh je, mummy tak kisah" katanya.
"Haa jom naik bilik." Kata Feeq lalu dia mengambil beg ku. Kami naik ke tangga. Apabila aku jejakkan kaki ke satu anak tangga tiba tiba Feeq bersuara.
"You owe me an explanation Han"
^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*
Sesampainya di bilik tetamu di rumah agam itu, aku minta diri untuk memberaihkan badanku yang masih berpakaian sekolah.
Usai membersihkan diri, aku duduk bermenung di birai katil. Aku fikir sama ada patut atau pun tidak aku cerita apa yang aku nampak di rumah petang tadi.
"knock knock mahuku perhatian, tok tok mahuku kau buktikan jangan tersalah jangan tersilap jangan abaikan ku"
Feeq ni 😑
"Panjang bagi salam?" Tegurku.
"Look, you owe me an explanation right? So now explain." Kata Feeq.
Lalu aku menceritakan apa yang berlaku. Dia kelihatan sangat terkejut dengan apa yang terjadi. Tapi dia tidak mampu berbuat apa apa.
"Han, I know it has been a tough day. Have a good rest. You can tidur sini sampai bila kau dah lega nanti. Nanti kalau kau nak balik, I'll accompany you okay? Sepanjang berada kat sini, buat je macam rumah sendiri ye?" Kata Feeq.
Ya, kadang kadang dia ni musibat. Tapi sebenarnya Sahabat sejati yang semua orang sepatutnya ada. Tapi nak buat macam mana? Aku sorang je yang ada. HAHAHA K.

ANDA SEDANG MEMBACA
Han.
Mistério / SuspenseNama aku Han. Nama panjang? Tak perlu tahu. Aku lebih suka orang panggil aku Han. Ini kisah aku. Tak kisah? Jangan hidup.