9

105 9 4
                                    

"Bro, kau okay?" Tegur Feeq yang sedari tadi melihat aku yang seperti kebingungan. Aku rasa sempit. Rasa tak sedap hati. Aku rasa tak tenang.

Tapi aku gagahkan diri untuk masuk rumah.

"Jom" jawabku. Lalu Feeq membuntuti ku masuk ke rumah.

Senyap. Sunyi.

Aku meluru ke bilik papa. Entah kenapa aku memang tergerak nak pergi situ dulu.

Aku dapati pintu tak berkunci lalu aku membukanya. Aku nampak seorang perempuan terkulai lemah di atas lantai.

Kakak.

Aku berlari ke tempat kakak terbaring.

"Han, jaga diri elok-elok. Maafkan akak tak dapat bertahan dengan Han. Tak dapat nak jaga Han."

Kelihatan kak Hanis seperti tercungap cungap mencari nafas. Han segera merapatkan dirinya dengan kakaknya yang telah dirogol dan dibelasah teruk oleh papanya.

"Asyhaduallaillahaillallah, waasyhaduannamuhammadarasulullah"

Kakak mengucap dua kalimah syahadah itu dengan nafas terakhirnya. Han terdiam lemah di samping mayat kakaknya. Tiba tiba kedengaran pintu bilik air dibuka.

Papa.

Han terus bangkit dan membelasah bapanya sehingga bapanya terkulai lemah.

Dasar binatang sanggup memperkosa anak kandung sendiri. Han menyuruh Feeq menelefon polis.

Han masih bertahan walaupun ternyata dia dalam keadaan yang sangat lemah dek kerana terkejut dengan apa yang baru sahaja berlaku.

^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*

Mayat kak Hanis diserahkan untuk dibedah siasat. Selepas beberapa hari barulah boleh dituntut.

Pengurusan jenazah telah dilakukan oleh keluarga Feeq. Kak Hanis kini selamat dikebumikan.

Papa? Meringkuk dalam penjara dan menerima hukuman mati. Setimpal dengan perbuatan binatangnya.

Syarikat pula harus dipimpin oleh ketua baru iaitu Han Syazrief sendiri.

Han mengambil keputusan untuk tingga di rumahnya. Pada mulanya memang mummy menegah keputusan Han, iyalah emosi nya masuh belum lagi stabil seperti orang lain namun akhirnya mummy bersetuju dan menyuruh anaknya Adrian Rafeeq untuk tinggal sebumbung dengan Han dan menjaga Han.

Khabarnya mummy akan sentiasa melawat mereka apabila ada kelapangan.

Han tidak perlu risau kerana dia telah mempunyai kerja tetap dia mampu membayar bil di rumah namun dia hanya risau terpaksa menangguhkan hasratnya untuk belajar di luar negara selepas menerima keputusan yang akan diterima esok.

^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*

Keputusan SPM Han dan Feeq telah diambil. Mereka berdua mendapat keputusan yang membanggakan. Feeq kelihatan gembira. Han juga begitu.

Namun jauh di lubuk hati Han, dia menyesal kerana tidak memberitahu kakaknya dahulu bahawa dia tidak lagi tinggal dengan papa mereka.

Kalau dia beritahu lebih awal pasti kakak tidak jadi begitu. Namun dia tidak menyalahkan dirinya mahupun takdir.

Dia membuka pintu hatinya agar menerima pemergian arwah kakakknya dengan reda. Semoga kak Hanis tenang di sana.

^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*
Sebulan kemudian,

Han tinggal di rumahnya bersama Feeq menemaninya. Syarikat daddy dan syarikat Han telah menjadi rakan kongsi dan sering bermesyuarat dan melakukan projek dengan jayanya bersama.

Papanya juga digantung sebulan selepas segala peristiwa berlaku. Namun, sekali pun Han tidak pernah datang untuk melawat papanya di penjara. Dia kelihatan sungguh sedih, marah dan kecewa dengan apa yang berlaku.

^*^*^*^*^*^*^*^*^*^**^*^*^*^*^*^*^*^*^*

Author's note;

Hye guys! It has been 10 days without any update from me! Mianhae 🙏🏻 Im kinda busy these days. Thank you for supporting 'Han' vote and drop your comments below!

xoxo, Q.

Han.Where stories live. Discover now