12

35 2 0
                                    

Feeq's P.O.V.

Lepas keluar dengan Dhia tadi aku terus hantar dia balik. Dinner pun sekejap je. Taknak aku lama-lama. Anak dara orang tu.

Balik rumah jengah bilik Han, dia dah tidur. Haih la Han aku harap kau okay je hidup. Aku sejujurnya memang nak kau berubah. Aku dah mintak tolong Dhia sebenarnya tolong tegur kau dah solat ke, tak puasa sunat ke apa ke sebab aku harap cara tu boleh buat kau berubah.

^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*

"Assalamualaikum Hanis Syazriefa Binti Syarif. Han datang harini. Han datang dengan Feeq. Han minta maaf. Han lama tak datang tengok akak. Han minta maaf, Han tak sedia lagi nak terima semua ni. Han minta maaf sangat sangat dengan akak masa tu. Han menyesal, Han sepatutnya ada. Han patut selamatkan akak. Han rasa Han ni macam adik tak guna kan akak? Patutnya Han sempat selamatkan akak. Sepatutnya Han tahu akak nak datang. Sepatutnya Han halang akak datang. Tapi Han lambat. Akak pergi pun sebab Han. Han taktahu akak datang. Han bodoh sebab Han lambat bertindak. Han menyesal. Han rindu akak. Han nak cakap dengan akak. Han nak peluk akak. Kenapa akak tinggal Han? Akak tak sayang Han ke? Kenapa akak pergi jugak akak? Akak kan dah janji akak akan lindungi Han. Akak nak bawak Han keluar daripada rumah tu. Akak tipu Han. Akak memang tak sayang Han kan? Dah 3 tahun akak tinggal Han. Han terkapai kapai lagi nak hidup. Nak hadap dunia ni. Umur Han baru 20 kak. Baru nak masuk 21 tahun depan. Han patutnya tengah sambung belajar. Tapi Han uruskan syarikat sekarang atas tunjuk ajar orang sekeliling dalam pentadbiran syarikat. Susah kak nak buat kerja kerja office. Kan best kalau kakak ada dengan Han, Tapi akak tinggal Han. Han tak kuat." luah Han di hadapan kubur kakaknya. Menangis jangan cakap la, mata dah bengkak. Aku pulak yang taktahu nak buat apa tengok Han.

Han kau kuat.

" Dah Han tak baik meratapi pemergian Kak Hanis macam ni. Kau nak kak Hanis tenang kat sana kan? Jangan macamni. Kita doakan dia eh? Jom baca yaasin ni "

"Feeq, –a.. aku tak reti baca"

" Takpa meh kau ikut je apa aku baca"

^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*

"bro aku tak masuk kerja harini"

Eh mamat ni. Semalam kemain suruh Dhia datang awal la tahu schedule la pandai buat air al segala. Tup Tup dia yang tak kerja. Toyib betul!

"okay aku pun cuti, so mall jom?" pelawaku. Haih la Han si tisu.

"jom! wayang!"

^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*

"Feeq jom pergi situ"

"Feeq aku nak makan sizzling mee tu jadah apa tah kelepot kelepet, haa tu aku nampak ejaan dia claypot! nak tu"

"Feeq nak air kat starbucks yang cappuccino jadah apa nama dia"

"Feeq nak beli baju. Tshirt dengan kemeja. nak nak!"

"Feeq aku nak beli mangga, macam sedap je do."

"Feeq aku nak beli beg baru"

"Feeq tie tu lawa ah! jom beli sama!"

"Feeq sini jap. Cuba kau tengok casing mana lawa"

"Jom makan 🍕 "

"Jom karok weh"

"Nak beli buku la jommmmmmm"

"Weh nak spect baru ah, nampak bijak pakai spect"

Ya, harini Han banyak cakap. Perangai budak budak. Nak hiburkan hati lah tu. Takpa demi member.

Beg duit kempis pun sanggup.

Ya gaiss dia pakai duit aku pasal beg duit dia, dia tinggal kat rumah.

kebabian apa pun aku taktahu. Terbang duit aku dalam 1000 lebih. Beli baju sama lah, Seluar sama lah. Tie sama la, casing la. Senang kata semua duit aku la harini. Bagus Han. Bab habiskan duit aku laju. Apa apa pun nak pesan ni, Makko hijo.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 29, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Han.Where stories live. Discover now