Bunyi alarm kedengaran.
Ini lah hidup aku. Bangun pagi sendiri. Siap siap ke sekolah sendiri. Buat sarapan sendiri. Pergi sekolah pun drive sendiri. Dah berlesen pun.
And everyone be like, "mamat muka ketat ni ada kereta sendiri, bahagia siot!"
Silap. Baru ada kereta dah bahagia? Korang tu yang bahagia! Masih dapat kasih sayang mak bapak! Kereta tak bagi kasih sayang lah!
Aku hanya mampu membentak dalam hati. Ye lah, buat apa nak bising bising? Pergi mampus lah nak buat apa. Aku tak kisah.
Tak dinafikan. Aku memang kaya. Kaya pun tak membahagiakan. Bapak aku CEO syarikat keluarga. Selalu takda kat rumah.
Apa yang aku tahu dari aku kecik memang macam tu. Aku dijaga dan diasuh oleh mak angkat. Mak angkat aku meninggal umur aku lima tahun.
Mak betul aku? Meninggal lepas lahirkan aku. Mungkin sebab tu bapak aku tak kisah apa langsung pasal aku. Mungkin dia salahkan aku kot?
Semua orang memang tak kisah pun. Acah workaholic! Sampah! Duit tak bawak masuk kubur lah!
*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*
"Terima kasih cikgu" kami ucap serentak.
Waktu biology dah habis. Fuh ngantuk siaa. Bebel apa je cikgu? Seronok aku tidur kat belakang.
"Han!" Sapa orang dari belakang. Haih mamat ni kalau sehari tak kacau aku meninggal ke?
"Hah kau nak apa Feeq?" Tanyaku. Ni lah satu-satunya member yang aku ada. Adrian Rafeeq. Tengok nama dah tahu kaya, pandai, kacak. Tapi takkan aku nak menagih kasih sayang daripada dia kot? Puih mampus aku bukan gay!
"Aku nampak kau tidur kelas Cikgu Jane tadi. Dapat cikgu muda cun melecun pun kau boleh tidur ek?" Ya, dia ni memang jenis player banyak cakap mulut sweet talker dan celupar. Perangai boleh tahan. Condition elok lagi. Nak pm tepi.
"Aah aku tidur. Asal?" Responku.
"Takda apa, kain dia ketat gila doh! Free show!" Kan? Aku dah kata Adrian Rafeeq memang macamni.
"Dah kalau tunjuk, maknanya murah. Manusia kalau dah murah, dapat nanti mesti takda kualiti." Ujarku. Malas layan.
"Fuh. Zass menusuk kalbu saya. Takpalah Han. Kau tidur lah semua kelas. Markah kau still dalam range 90. Kalau aku pandai macam kau bahagia weh" kata Feeq.
" tu kalau kau. Sepanjang kau kenal aku pun kau tahu kan aku tak bahagia? Berapa kali aku pernah senyum?"
"Bahagia? Tak pernah! Senyum? Kalau aku belanja makan bila kita lepak." Jawab Ad dengan muka bosan. Yelah tiap tiap kali berbual soalan tu je akan sentiasa keluar dari mulut aku.
^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*
Kereta aku meluncur laju keluar daripada perkarangan sekolah. Dan aku tak tak keseorangan harini!
Awek? Sillow pe? Bukan ah. Si Adrian Rafeeq lah. Siapa lagi nak berkawan dengan aku. Muka ketat je.
Boleh pulak dia melambai awek awek. Siap bukak tingkap. Sempat berpickupline bagai. Pakal belum sampai gate lagi kalau tak aku dah speed sampai kepala dia yang keluar dari tingkap tadi tertanggal.
"Bro, dah tumpang buat cara menumpang" zass terkeluar gais. Tak mampu bendung.
"Fuhh zapp gila. Baik tuan. Saya ikut arahan tuan. Saya belanja tuan makan tuan. Tuan nak makan apa? Untuk tuan semua boleh. Ada apa apa lagi selain belanja makan?" Jawab Feeq. Becok!
"Ada. Tolong diam." Jawabku.
"Alolo sayang merajuk ke?" Ew Adrian Rafeeq kau kena sampuk hantu apa sial?
"Serious ni baik kau diam sebelum aku sengaja langgar pokok tepi jalan tu."
^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*
Usai makan aku hantar Feeq balik. Ya tadi masa makan ada ah senyum sikit. Ambik hati member kan? Dah member belanja kan?
Sampai rumah aku bukak kasut terus nak naik tangga masuk bilik. Malas hadap muka orang tua tu. Tak sempat aku nak naik tangga tiba tiba ada seorang perempuan keluar dari tandas bawah dekat dengan dapur.
Aku pandang sekali. Seksi gila! Aku kaku. Aku perhati gerak gerinya. Dia duduk di atas riba papa. Ah tak lain tak bukan perempuan murah! Taktahu malu ke?
Pantas aku masuk bilik. Takkan nak tengok orang bermaksiat. Baik aku mandi, makan lagi dan stay up study untuk exam. Tahun ni dah SPM kan? Study lah kita. Belajar pandai pandai dah berjaya masuk university aku berambus dari rumah ni. Taknak balik dah masa tu. Nak hidup sorang sorang je.
Kalau aku keluar pun keluar dengan Adrian Rafeeq je. Sampai lah Feeq kahwin baru aku tak berkepit dengan dia. Kejap. Dia? Kahwin? Umur berapa lah ek? Flirt sana sini tak berhenti nak kahwin ke?
Tapi aku rasa kalau hidup aku terus menyedihkan macam ni, aku yang takkan kahwin kot?
YOU ARE READING
Han.
Misteri / ThrillerNama aku Han. Nama panjang? Tak perlu tahu. Aku lebih suka orang panggil aku Han. Ini kisah aku. Tak kisah? Jangan hidup.