SATU

12.9K 528 40
                                    

"Pergi mati."

"Mati cepat."

"Jangan tunggu aku muncul."

Alysia bangun dari tidur.Dia tercungap-cungap.Dia menarik nafas panjang sebelum menghembusnya semula.Alysia melihat jam dinding di dalam biliknya.

"Fuhh..aku mimpi apa tadi?" gadis bertudung itu menyoal dirinya sendiri.

Bangun sahaja sudah kelihatan serpihan kaca bersepahan di atas lantai.

"Sape punya keje ni?"bisik hatinya.

Tiba-tiba dia teringatkan wanita bergaun labuh berwarna hitam yang seringkali muncul pada waktu dia bersendirian dan selalu cederakannya.

"Keje pompuan tu ke?"soalnya lagi.Dia bangun dari katil dan mengemas serpihan itu dengan penuh hati-hati.

"Aku tak boleh biarkan benda ni selalu jadi pada aku hari-hari. Aku kena cari orang yang boleh halau dia,"katanya dengan nada tekad.

Dia bangun dan turun ke tingkat bawah rumahnya.Kelihatan ibunya sedang menyiapkan sarapan dan adik-adiknya sedang menjamah roti telur.

"Apa khabar adik-adik akak?" tanya Alysia sambil mengusap rambut kedua-dua adiknya.

"Hai akak!"Adik pertamanya menyapanya.

"Akak busuk!"biasalah,adik yang paling muda ni jujur sikit.

"Nanti akak mandilah,"katanya.

"Makanlah roti telur atas meja tu,Alysia,"ujar ibunya yang sibuk menggoreng telur dadar.

"Okey!"katanya lalu duduk di atas kerusi.Dia mengambil sekeping roti telur dan menjamahnya lalu meneguk secawan teh.

"Macam dah berjuta tahun kebulur je akak ni,"kata adik pertama yang dipanggil Angah.

"Perli nampak?"sahutnya.

"Akak dah siap kerja sekolah ke?" tanya Acu yang juga adik kedua Alysia.

"Dah..Akak bukannya pemalas macam Angah ni..asyik perli orang je keje dia,"kata Alysia.

"Well..perli orang menampakkan Angah hebat."

"Hishh..Angah baru 12 tahun, tak payah nak perli lebih-lebih macam nenek 80 tahun,"Alysia enggan mengalah.

"Whatever."

"Habiskan roti telur tu.Akak nanti teman mak pergi kedai ya? Masuk sekolah petang kan?" soal ibunya.

"Yupp..boleh je,"jawab Alysia.

"Angah tolong jaga Acu,"kata ibunya.

"Hmm..kalau rajin,"katanya.

"Kita kan kakak Acu,mana boleh malas jaga adik sendiri,"pesan Alysia.Angah mencebik.

"Okey..Angah akan rajinkan diri jaga Acu,"kata Angah.

"Macam nilah adik akak."

Mereka semua menghabiskan makanan masing-masing.Alysia pergi mandi dan bersiap untuk menemani ibunya pergi ke kedai.

"Mati.."

Alysia yang sedang menyikat rambut itu menoleh ke arah pintu.

Wanita bergaun labuh hitam itu memunculkan diri.

"Kau nak apa ha?!"

"Aku nak kau mati."

"Macam mana kalau aku tak boleh mati?"Alysia mencabar wanita itu.

Wanita itu diamkan diri.

"Aku nak kau berambus dari rumah aku!"

"Ni rumah akulah bodoh!" Wanita itu mencekik leher Alysia dengan kuat dan mengangkat gadis muda itu.

"Lepaskan.."nafasnya menjadi sesak.

Pintu biliknya diketuk.

Wanita itu terus lesap.Alysia dilepaskan dan jatuh ke lantai.

"Mak!!"

Dia keluar dan peluk ibunya.

"Dia ada dalam tu?"soal ibunya.

"Akak tak sanggup lagi.."

Dia menangis dalam pelukan ibunya.Ibunya memeluk dia erat.

                          *****

                         FIRAS

Sudah empat bulan kematian Umairah.May sudah kelihatan okey tapi aku dapat rasa dia masih lagi merindui kawan baik dia tu.

Kelab Deria Keenam dah terima pelbagai kes pelik dan mistik berkaitan hantu.

Ada hantu yang rasuk orang, ada hantu yang tinggal dalam rumah usang dan ada hantu yang ganggu orang lain.

Macam-macam keslah aku dapat. Rimas jugak kekadang jalankan siasatan ni.

Semua kes yang kita orang dapat setakat ni tak adalah susah sangat.Setakat nak halau hantu atau pulihkan orang yang kena rasuk tu senang je.Nampak tak kepoyoan aku?

Semuanya senang sampailah budak yang namanya Alysia ni datang.

                        *****
"Ada kes baharu ke?"tanya Cikgu Hakim.Dia nilah pengganti Cikgu Kumari yang terpaksa bertugas di sesi pagi.

Cikgu Hakim ni ambil berat dan lebih sporting dari Cikgu Kumari mungkin sebab dia lelaki dan tahan lasak.

"Entahla.May yang suruh kita orang berkumpul kat sini,"kata aku.

"Hmm..Fiz,apsal senyap je?"soal Nazri kepada gadis itu.

"Takde apa-apa.Naz,kau ada rasa tak apa-apa yang buruk akan berlaku?"tanya Fiz,perhatikan Nazri dalam-dalam.

"Benda buruk?"tanya Nazri balik.Aku dengar je perbualan diorang.

"Mesti ke ulang apa aku cakap?" tanya Fiz dengan nada garang.

Nazri mula tumpukan perhatian dan pejamkan mata.

(Wanita bergaun hitam,katil yang selerak,budak-budak menjerit,pisau dan serpihan kaca).

Itu apa yang dia nampak.

"Apa kau nampak?"tanya aku.

"Ada pompuan ni..pakai gaun hitam labuh lepastu ada cermin pecah..aku dapat dengar jeritan budak dan pisau dan katil yang dah teruk keadaannya,"ujarnya.

"Bayangan yang kau nampak tu macam pelik je,"kata Fiz.

"Bayangan aku tak pernah salah tau?"kata Nazri balik.

"Cikgu nak kamu hati-hati dalam kes yang seterusnya.Ikut apa yang Nazri nampak,cikgu tak rasa kes kali ni sama level dengan kes sebelumnya,"ujar Cikgu Hakim dengan nada gusar.

"Tak apa cikgu.Kita orang boleh jaga diri sendiri,"ujarku.

"Tu May!"kata Fiz.

May masuk ke dalam sambil mengukirkan senyuman dan di belakangnya terdapat seorang gadis yang freehair dan berbadan average.

"Apa khabar semua?Kita ada kes baharu dari pelajar ni,"kata May dengan cerianya.

"Khabar baik.Apa kes tu?" kata Nazri.

"Ni Alysia.Dia kata rumah dia dihuni hantu dan hantu tu selalu sakitkan dia,"kata May.

Aku tergamam dan aku terus memandang pelajar perempuan itu.

"Hai Alysia.Boleh beritahu masalah awak?"tanya Fiz.

"Huh?Awak semua kena tolong saya!"katanya dengan nada cemas.

Aku terkejut.

"Apasal ni?"soalku.

"Dia nak saya mati."

MATIWhere stories live. Discover now