AMANINA
Aku Amanina. Malaikat pencabut nyawa dalam bentuk manusia.
Aku dilahirkan dengan kuasa untuk mengawal nyawa seseorang. Aku boleh cabut atau pun lindung. Macam aku.
Kalau ada orang serang aku, aku akan gunakan kuasa perlindungan di sekeliling aku untuk pertahankan nyawa aku dari melayang.
Satu hari tu...
Aku berada di bangku sekolah menengah. Aku berjalan-jalan bersama rakanku di taman herba di belakang Blok A, sedikit tersorok dari bangunan sekolah yang lain.
Banyak tumbuhan a.k.a herba kat sini. Nama lagi dahsyat, nama yang berbelit aku nak sebut.
"Hibiscus rosa sinensis. Nama saintifik untuk bunga raya," jelas Rossia, kawanku yang nerd dan bercermin mata petak itu.
"Macamlah aku kisah," jawabku selamba.
"Hmm.." dia sekadar mendekatkan wajahnya dengan bunga raya tu. Mesti ke buat macam dalam kartun tu? Nak cium bau bungalah apalah. Macamlah bunga ni ada bau.
"Apasal kau ajak aku datang sini?" soalku. Itu yang aku nak tanya dari awal lagi.
"Kau ada sixth sense kan?" soal dia.
Aku tergamam.
Macam mana dia tahu?
"Erkk..aku tak faham apa yang kau cakapkan sekarang ni," kataku, nak cover kuasa aku.
"Kebenaran dah terbongkar, kawanku," katanya.
Aku makin terkejut. Macam mana dia dapat tahu ni? Matilah aku.
"Kuasa aku tak best. Better kau tak payah amik kisah pasal sixth sense aku," ujarku perlahan.
"For your information," nada suaranya dah macam Detective Conan yang pandai campur dengan Angelina Jolie yang berkarisma,"Aku pun ada sixth sense macam kau," ujarnya.
Rossia ialah orang kesepuluh ada sixth sense. Dia tunjukkan kuasa dia. Dia sentuh bunga raya yang belum mekar tu.
"Watch this."
Dia sentuh bunga raya yang masih terkucup tu dan tiba-tiba ia mekar.
"Power apa kau ni?" tanya aku.
"I have power to make things came back to alive."
"Betul ke? Bukan kawal plants atau anything macam dalam kartun tu?" soalku.
"Aku boleh buat benda yang hidup boleh hidup selama-lamanya dan yang mati boleh hidup balik," katanya sambil tersenyum.
Kuasa dia lebih baik dari aku. Dia penghidup dan aku pembunuh.
"So what is your power?" soal Rossia sambil memandangku.
"Watch this."
Aku pandang bunga raya yang mekar tu. Perlahan-lahan ia jadi layu, mati dan kelopak bunganya hancur dan jadi debu.
Lesap dalam udara.
Rossia tergamam dan dia pandang aku semacam.
"Kau buat benda hidup. Aku buat benda mati."
Aku tundukkan wajahku. Air mata mengalir.
"It's okay."
Aku pandang dia.
YOU ARE READING
MATI
HorrorMati. Tiada siapa boleh mengelakkan diri daripadanya. Alysia telah gagal dalam SPM dan berniat untuk membunuh diri. Namun apa yang diniatkan tidak berhasil dan muncul seorang wanita berjubah hitam muncul selepas insiden tersebut. Alysia seringkali m...