Special Part 3

3.3K 134 5
                                    

Dahsyat ah sampai ada special part 3, idea datang melimpah so Melyn nak jugak share kisah Melyn kat wattpaders sekalian.

Melyn sekali lagi menulis sebuah kisah cinta bertajuk Housemates Mencari Cinta. Bukannya dah tak minat ataupun lali dengan genre seram ataupun fantasi tapi Melyn naklah buat yang lain daripada yang lain.

Apapun jenguk2 la kisah baru ni. Bacalah sedutan di bawah.
____________________________________

Aku Linda, perempuan berbadan gempal berusia 26 tahun. Aku menetap dalam rumah sewa yang boleh dikatakan mewah la jugak bersama empat kawan karib aku sejak sekolah menengah lagi.

Kawan-kawan aku ialah Dyana, minah tomboi dan juga mata duitan. Dia ni ada dua abang yang macam gengster dan dia sendiri memang garang dengan orang lain. Tapi aku tahu, dia ni manusia yang baik dan mulia. Kita orang berdua dah lama berkawan sejak dunia dicipta lagi. Cehwah, gurau je. Sejak sekolah menengah tingkatan satu ajelah.

Lepastu aku berkawan dengan seorang model yang mempunyai wajah bak Angelina Jolie iaitu Kartini yang sememangnya fashionista dan juga pujaan jejaka di luar sana. Badan tinggi, wajah jelita, suara merdu, model pulak tu, dia ni memang sempurna la. Dia ni asalnya dari keluarga kaya tapi dia tak suka duduk dengan keluarga dia sebab dia nak berdikari kononnya.

Lastly aku ada kawan ni namanya Hanim. Dia mirip Hantu Kak Limah Balik Rumah, rambut panjang, berkulit putih, lebih cerah dari kami semua, matanya besar dan pakaiannya berwarna pudar. Dia tak suka menonjol agaknya. Sedikit pendiam dan juga kalau nak ke mana, pasti diari berwarna hitamnya akan ada sekali. Entah apa yang dicatatnya dalam tu, aku nak tahu jugak.

Mak aku dan kakak aku desak aku untuk cari jodoh. Begitu juga ahli keluarga kawan-kawan aku ni. Misi kita orang ialah nak cari calon suami sebelum kita orang naik umur 30 tahun. Kalau tak, kita orang akan dilabel andartu.

Tau andartu tu apa? Gi google.

Well lama jugalah sebelum aku berjumpa dengan Danial, jejaka yang dah menawan hati aku. Dia ialah pengarah syarikat Cosmic Holdings dan sememangnya dia lelaki yang terlampau sweet!
Kawan-kawan aku pun ada peminat dan jejaka pilihan hati yang tersendiri.

Tapi tak sahlah kisah cinta tanpa kehadiran rintangan dan ujian yang menyusahkan kami semua sebagai pasangan bercinta. Entah mana sesatnya datang pulak gadis yang lebih cantik daripada aku cuba menarik perhatian Danial.

Adakah cintaku akan selamanya kekal ataupun sekadar angan-angan Minah Jenin?

MATIWhere stories live. Discover now