FIRAS
Hari inilah Gerhana Matahari akan berlaku. Menurut Fiz, hari nilah kita orang akan kehilangan kuasa untuk sementara waktu iaitu sepanjang Gerhana Matahari berlaku.
Masa ni jugaklah pemburu sixth sense akan datang dan membunuh kami semua.
May dan keluarga dia dah pergi ke balai cerap kat Kuala Lumpur, nak tengok gerhana secara dekat katanya.
"Apa-apa call aku tau?" katanya.
Aku turutkan sahaja. Aku masih lagi terkenang kejadian Amanina mencabut kepala ayah dia dan tendang sehingga meretakkan tingkap pejabatnya.
Aku tak sangka Amanina ada kuasa yang cukup dahsyat.
Lepas kita orang buat projek balas dendam kat ayah Amanina, kita orang tak berjumpa. Nazri ramalkan yang kalau kita orang berkumpul, makin senang pembunuh tu nak hapuskan kita orang semua.
Aku duduk di rumah sendirian. Mak ayah aku pergi kerja hari ni. Aku tonton televisyen yang keluarnya berita. Bosan betul. Aku meneguk jus oren di atas meja dan tukar siaran TV lain dengan remote control.
"Gerhana akan berlaku tak lama lagi. Ramai orang dah berkumpul di balai cerap untuk menyaksikan fenomena gerhana ini. Mereka tidak mahu melepaskan peluang melihat gerhana Matahari yang berlaku sekali atau dua kali setahun," kata wartawan berita tu. Apalah yang best tengok gerhana tu? Sebab matahari jadi hilang? Sebab tak pernah tengok gerhana? Sebab matahari jadi hitam?
Manusia memang suka susahkan diri untuk benda yang tak penting.
Masa-masa nilah aku tak boleh guna kuasa aku. Benci betul! Entah kenapa aku rindu kuasa aku..
Mungkin sebab aku takut nak jumpa atau bersemuka dengan sang pemburu sixth sense tu. Aku tak tahu apa dia nak tapi kuasa aku cuma hapuskan hantu dan takde kena-mengena dengan manusia.
Macam mana aku nak kalahkan dia ni? Hish!
Aku malas lagi nak fikir pasal tu. Aku pun terlelap sekejap.
Haduyaii.. penatnya.
"Hai Firas."
Umairah?!!
Kali terakhir aku dengar suara dia adalah kat rumah Alysia. Kenapa aku dapat dengar suara dia ni? Orang takleh pun.
"Umairah?" soalku walaupun memang tak ada orang kat ruang tamu masa tu. Aku je.
"Hai."
Aku pandang sebelah kiri sofa.
Dia dah kembali.
Selepas berbulan meninggal dunia.
"Kau.. buat apa sini?" soalku.
Dia senyum. Muka dia tak seram macam hantu lain. Mungkin sebab dia ni hantu innocent kot?
"Aku ada pesanan untuk kau."
Dia lesap dan tiba-tiba dia duduk sebelah aku.
"Terkejut mak!" aku melatah.
Dia ketawa kecil.
"Takyah gelakkan aku!" kata aku.
"Sorry."
"Apa pesanan yang kau nak bagi ni?" tanya aku.
"Jaga May baik-baik. Dia ialah tulang belakang seluruh umat sixth sense kat dunia ni."
Aku jadi pelik. Tulang belakang seluruh umat sixth sense? Di seluruh dunia pulak tu?!
"Maksud kau?" tanya aku lagi.
Dia cuma senyum.
"Ingat ni. Selepas semua ni tamat, lindungilah May ibarat kaulah bidadari dia. Sebab dialah yang tentukan nasib dunia ni."
Ni dah jadi macam filem 2012 pulak ni. Apa yang dia maksudkan?
"Jangan cakap benda yang buat otak aku susah nak hadam boleh?" soalku geram.
"Semoga kita berjumpa lagi."
Dia dah nak pergi?!
"Tunggu! Aku masih tak faham! Apa yang kau cuba nak sampaikan sebenarnya?" soalku.
Dia senyum dan dia berubah jadi debu yang berkilauan di dalam ruang tamu.
Lesap dalam udara.
"Umairah, apa yang kau nak cakap sebenarnya?" fikirku.
Aku duduk atas sofa dan meneguk lagi jus oren.
Malaikat? Umat sixth sense? Apa benda semua ni?
Aku macam ada dalam cerita Harry Potter sekarang ni.
"Hai Firas."
"Ha Umairah, baik kau cakap.."
Bukan suara Umairah. Aku pandang ke kiri sofa.
Sharnaaz.
(Melyn akan tulis sambungan cerita GILA dan MATI dan mungkin cerita ketiga ni kisah terakhir dalam siri Kelab Deria Keenam. Habiskan dulu kisah ni. K bye)
YOU ARE READING
MATI
HorrorMati. Tiada siapa boleh mengelakkan diri daripadanya. Alysia telah gagal dalam SPM dan berniat untuk membunuh diri. Namun apa yang diniatkan tidak berhasil dan muncul seorang wanita berjubah hitam muncul selepas insiden tersebut. Alysia seringkali m...