FIRAS
Aku baring atas katil dan masih lagi fikir pasal Fiz tadi. Muram dia semacam je aku tengok. Dia tak layan langsung kita orang yang riuh macam konsert dalam kereta kakak ipar dia tu.
Ada masalah family ke?
Yang aku risau sangat apahal?!!
Dahlah,aku pun buka phone dan muncul call dari Nazri. Sebelum ni tak pernah pun dia call aku macam ni.
"Ah Nazri.Kau nak apa?"soalku.
"Kau kena tolong aku,"kata Nazri.
"Tolong apa?"
Aku jadi cemas.
"Datang rumah aku secepat mungkin,"kata Nazri dalam nada terketar-ketar.
"Kau okey tak ni?"soalku.
Lepastu "tut tut" daripada telefon tu. Panggilan mati rupanya.
"Apa jadi kat Nazri ini?"
Aku terus keluar dari bilik dan keluar dari rumah.
Aku jalan kaki je ke rumah Nazri memandangkan rumah aku dan dia tak jauh. Kita orang kan duduk satu taman.
"Assalamualaikum?Nazri?" jeritku macam orang gila.
"Buka pintu ni Naz!"tengok aku terpanggil dia Naz. Betapa gelabahnya aku.
"Hai Firas!"kata Nazri sebaik sahaja dia buka pintu tu.
"Kau nak aku tolong apa?"soal aku.
"Masuk dulu,"kata Nazri dengan senyuman aneh.
"Tak..apa jadi kat kau sebenarnya?" tanya aku.
"Masuklah cepat!"katanya lalu menarik tangan aku.
"Haa?May dengan Fiz buat apa kat sini?"tanya aku,seriously aku tak sangka.
"Kita orang ada klu untuk Anaklah Ayam tu,"kata May.
"Kalau ye pun,takyah la berlakon macam ada pembunuh masuk rumah kau,"aku tegur Nazri. Dia tersengih sendirian.
"Well..benda ni cuma boleh sekali dalam seumur hidup,"kata Fiz,membela Nazri.
"Apa petunjuk yang korang dapat?"soalku.
"Lirik lagu tu pasal 10 ekor anak ayam dan satu-persatu mati kan?"soalnya balik.
"Ya?Jadi?"
"Aku yakin...100 percent..kita ialah anak-anak ayam tu,"kata May.
"Kita?Maksudnya?"tanyaku lagi.
"Kita akan mati."
Suasana jadi dingin seketika.
"Jangan buat cerita seram boleh?"kata Nazri ketakutan.
"Dan aku yakin benda ni ada kaitan dengan kuasa sixth sense kita,"kata May.
"Wow how you can think that?" soal Fiz.
"Kita adalah antara anak ayam tu dan kita semua ada sixth sense. Make sense la kan?"
"Hmm..ada betulnya jugak tu," kata aku.
"Aku tak nak mati!"kata Nazri sambil buat muka dramatik.
"Baik kau jangan over-dramatic sangat dalam rumah ni. Kalau tak,aku jual organ lepas kau mati,"kata Fiz.
"Okey..ayat kau sentap,"kata Nazri.
"Guys!Perhatian!"kata May.
Semua pun diam dan pandang May.
YOU ARE READING
MATI
HorrorMati. Tiada siapa boleh mengelakkan diri daripadanya. Alysia telah gagal dalam SPM dan berniat untuk membunuh diri. Namun apa yang diniatkan tidak berhasil dan muncul seorang wanita berjubah hitam muncul selepas insiden tersebut. Alysia seringkali m...