FIRAS
Hmm..boleh ke kita orang tolong dia ni?Dia tak ingat langsung tentang kejadian pada sehari sebelum pindah ke rumah tu. Wanita tu macam setia dengan rumah tu.
Aku cuba cari idea walaupun susah benar kepala otak aku nak keluarkan mentol lampu yang bercahaya.
"Hmm..apa kata kita datang rumah dia ni?"cadang May.
"Habislah.."aku tak tahulah siapa yang bisik tu.
"Mak bagi ke?"tanya Fiz.
"Nanti akak bagitau mak akak korang semua nak datang.Buat apa je untuk halau hantu tu! Nak bayar berapa pun akak tak kisah!"ujarnya dengan nada merayu.
"Hmm..kalaulah kita ada ahli yang boleh nampak hantu tu mesti senang lagi keje kita,"kata Nazri.Masa tu aku rasa nak lempang Nazri sebab mulut cakap tak bertapis.
Aku pandang May.Wajah dia yang gembira tadi dalam beberapa saat lepas si Nazri tu menyampuk,wajah dia berubah menjadi sayu.
"Huh,mulut kau ni tak ada insuran betullah,"kata Fiz.
Entahla imaginasi aku ke realiti, yang aku dapat dengar suara Umairah.
"Kau okey kan May?"soalku.
Dia pandang aku sambil senyum.
"Perkara yang dah lepas biarkan lepas.Dia.."May menarik nafas yang amat dalam sebelum menyambung "..dah meninggal kan?Biarlah roh dia tenang kat sana,"ujarnya dengan tenang.
Aku simpati jugak kat si gadis Cina bermata sepet ni.
"Siapa Umairah?"tanya Alysia.
"None of your business,"ujar Fiz dengan nada angkuh.
"Tak apalah Fiz.Umairah ni..ahli kelab ni dahulu.Dialah yang selesaikan kes Mak Tiha dulu. Dia boleh nampak hantu dan May rindu sangat kat dia,"kata May dengan jujur dan tulus.
"Oh..sorry.Saya pun simpati dengan korang,"katanya.
"It's okay la.Dah berapa bulan dah.Kita orang dah biarkan benda ni lepas,"kata Nazri pula.
"So macam mana dengan kes kamu ni Alysia?"tanya Cikgu Hakim yang datang menerpa kami.
"Rasanya kita orang akan bersemuka terus dengan wanita tu dulu,"kata May.
"Jumpa terus?Tak nak cari maklumat dulu ke?"tanya Fiz.
"Memanglah..tapi maklumat pasal sehari sebelum dia pindah ni Alysia tak ingat.Kita kena tanya mak ayah dia dan hantu tu secara bersemuka,"kata May.
"Idea yang bagus tu May,"puji Cikgu Hakim.
"So nak bermalam ke just datang and balik?"soalku.
"Bermalamlah!Aku nak teman si Alysia ni,"kata May.
"Apa yang kau suka sangat tidur kat rumah orang lain?"tanya Nazri.
"Well..kita dapat experience baru kan?"jawab May.
Aku rasa nak gelak bila dengar jawapan tapi baik aku diam je.
"So jadi ke?Nanti tinggal mintak keizinan mak ayah jelah kan?" tanya Alysia.
"Haa..okey!Malam Sabtu kita jumpa!"kata Nazri.Bukan main semangat dia.
"Okey..set.Terima kasih sebab sudi membantu,"kata Alysia sebelum beredar dari bilik itu.
"Korang yakin ke boleh handle kes macam ni?Cikgu rasa kes ni macam berat aje,"kata Cikgu Hakim.
"Tak apa..kita orang profesional," ujar Nazri.Kembang kempis hidung dia.
"Profesional konon.Nak dengar tak kisah pasal budak yang masih lagi kencing malam sampai dia berumur 14 tahun?" tanya Fiz dengan pandangan penuh kejam.
Aku yakin,dia maksudkan Nazri.
"Hei kau jangan bukak mulut pasal tu!"gertak Nazri.
"So kau nak buat apa?Panggil wanita bergaun hitam labuh dari rumah Alysia tu untuk bunuh aku?"sahut Fiz.
"Apalah korang ni?Takyah la macam ni.Kita kan Kelab Deria Keenam,kita kenalah jaga keamanan dan kesejahteraan sejagat,"May mula berlagak jadi tokoh politik.
Tiba-tiba lampu bilik tu tertutup. Suis yang dibuka oleh Cikgu Hakim masih lagi buka.
"Apahal ni?!Tak ada elektrik ke? Miskin betol sekolah ni!"kata Fiz.
"Tolong aku Firas!"jerit Nazri dengan ketakutan.
"Lepaskan tangan aku la!"kataku.
Papan putih kecil yang terletak di belakang meja Cikgu Hakim dicakar.Bunyinya sungguh menyakitkan telinga dan hati.
"Kau nak apa ha?"jeritku. Nilah kali pertama bilik kaunseling iaitu tempat kita orang lepak ni kena kacau sampai camni sekali.
"Tengok tu!"kata May.
Cakaran pada papan putih tu bertulis Anaklah Ayam.
Tu bukan nama lagu rakyat yang akan ada sepuluh ekor anak ayam dan satu-persatu anak ayam mati ke?
Apa yang benda ni nak beritahu?
Lepastu botol air Cikgu Hakim yang terbuka tanpa penutup jatuh ke atas lantai.
Air dalam tu tumpah dan lepastu muncul darah entah dari mana wujudnya.
"Haa?!"jerit Nazri.Penakut benar dia ni.
Keadaan dah jadi normal balik.
Lampu dah terbuka.
"Kalau nak tulis 'Anaklah Ayam' sekalipun tak payahlah cakar.. Kan ada marker atas meja cikgu tu,"kata Fiz.Sempat dia buat lawak?
"Itu macam satu pesanan,"kata May.Dia terlampau genius.
Aku tenung perkataan yang dicakar tu lama-lama.
Tulisan dia cam pernah nampak.
"Hmm..apa yang dia nak sampaikan kat kita sebenarnya ni?"tanya Nazri.
"Ada kena-mengena dengan cikgu ke?"tanya Cikgu Hakim, panik.
"Takde kot."
"Sekarang kita ada dua kes," ujar May.
"Siasat kes Alysia dan siasat maksud tersirat sebalik Anaklah Ayam ni,"kataku.
YOU ARE READING
MATI
HorrorMati. Tiada siapa boleh mengelakkan diri daripadanya. Alysia telah gagal dalam SPM dan berniat untuk membunuh diri. Namun apa yang diniatkan tidak berhasil dan muncul seorang wanita berjubah hitam muncul selepas insiden tersebut. Alysia seringkali m...