SEPULUH

4.1K 269 5
                                    

"Bye Alysia.Semoga kita berjumpa lagi,"ucap May.

"Bye korang. Terima kasih banyak-banyak sebab sudi tolong Alysia. Tanpa korang,Alysia pasti kena ganggu lagi,"ujarnya.

"Tak ada apalah. Apa salahnya bantu-membantu sesama manusia?"kata May. Kesopanan dia memang kalahkan senyuman Anzalna Nasir.

"Kalau dah tak ada apa,kita orang balik dulu,"ujar Nazri pula.

"Siapa hantar kamu balik?" tanya ibu Alysia.

"Kakak ipar Fiz ni datang ambil kita orang nanti,"kata aku. Nampak tak,betapa prihatinnya aku terhadap hal keluarga Fiz?

"Oh,selamat pulang. Jalan hati-hati ya?"pesan ibu Alysia lagi.

Kita orang melambaikan tangan ke arah Alysia dan mak dia sebelum beredar dari situ dengan menaiki kereta kakak ipar Fiz yang merupakan jururawat hari ni.

Shif dia kat hospital dah lama tamat so bolehlah dia ambil kita orang kat depan rumah ni.

"Berjaya ke misi korang tu?"soal Akak Suzana.

"Mestilah berjaya. Kita orang kan profesional,"kata Fiz,megah.

"Tapi malam tu ada yang pengsan tau,akak,"kataku sengaja menyakitkan hati Fiz.

"Pengsan?Siapa yang pengsan?" tanya Akak Suzana.

"Si Fiz lah.Dia pengsan lepas cuba control badan hantu tu," kata Nazri pula.

"Hish..pergi bagitau buat apa!" marah Fiz.

"Fiz okey tak masa tu?"

"Fiz okey je. Mungkin sebab penat sebab terlebih guna kuasa,"ujar Fiz,bela diri yang hakikatnya lemah walaupun kasar dari luaran.

"Esok ada gerhana matahari kan?"soal May. Tiba-tiba je tukar topik ni.

"Ya,kenapa?"soal Nazri.

"Esok aku dengan family nak tengok kat balai cerap,"kata May dengan nada teruja.

"Wow best ke tengok gerhana?" tanya aku.

"Best lah..bukan setiap hari dapat tengok tau. Kat Malaysia ni cuma gerhana matahari separuh aje,"kata May. Cakap pasal sains pulak dalam kereta ni.

"Akak ada lagu best tak kat radio?"soal aku. Aku saja nak elakkan diri daripada dengar fakta sains May yang berlambak tu.

"Jap aku cari channel radio dulu,"kata Akak Suzana yang sedang memandu sambil menekan butang yang berkaitan dengan radio tu.

Tetiba je radio Hot FM muncul lagu kesukaan kita orang..

Kalau korang ada baca kisah kita orang kat GILA,mesti korang tahu betapa syoknya kita orang dengar lagu Kill Em' With Kindness oleh pelakon Disney iaitu Selena Gomez.

"Kill em'!Kill em'!Kill em' with kindness!"syok kita orang nyanyi dalam tu. Kalah konsert Wings tahu tak?

Akak yang memandu pun rasa syok dengar lagu ni.

"Go ahead!Go ahead!Go ahead now!"jerit May dan Nazri yang dah macam duet Faizal Tahir dan Elizabeth Tan dalam lagu Setia.

Aku perasan Fiz tak join langsung dan senyap je bila May sentuh bab pasal gerhana yang boring tu.

Tak apalah dah dia tak nak layan, baik aku layan lagu ni sepuas hati!Bukan senang nak berseronok dengar lagu ni dalam kereta akak Suzana ni.

"Akak dah kahwin. Bila nak dapat anak?"soal May.

Aku perasan ekspresi wajah Akak Suzana berubah terus.

"A..a..anak?"katanya terketar-ketar.

Pipinya kemerah-merahan pulak. Malu-malu betul pengantin baru ni.

MATIWhere stories live. Discover now