FIRAS
Ramai orang kata kasih dapat mengatasi segalanya.
Aku tak faham apapun tentang kasih sayang dan cinta ni semua.
Bagi aku semua manusia nak hidup dan pentingkan diri.
Mana ada perasaan dalam diri manusia.
Kasih senang datang namun juga senang dihancurkan.
Aku tak pernah percaya yang manusia ada perasaan sayang. Mak aku jaga aku sebab tanggungjawab bukan sebab dia sayang aku pun.
Sekarang kat depan aku ni ada dua insan yang kehilangan orang yang paling dikasihi.
*****
Alysia dah berjaya dipulihkan dan wanita bergaun hitam labuh yang dikenali sebagai Syakilla tu dah pergi dari rumah ni atas kuasa aku.Sehari sebelum keluarga Alysia pindah ke rumah ni,telah berlakunya sebuah kemalangan di hadapan rumah ni.
Syakilla dan anak perempuannya Balqis telah mati dilanggar oleh ayah Alysia yang memandu untuk berjumpa dengan tuan rumah ni yang bernama Bob. Ayah Alysia pula mati dilanggar lori ais yang sedang memandu selepas dia cuba mengelak daripada melanggar Syakilla dan Balqis namun terlambat.
Syakilla kacau Alysia sebab ayah dia dah bunuh anaknya.
Dendam dan perasaan sedih mengenangkan anaknya bercampur dalam diri Syakilla.
Gaun berwarna hitam dan berkain labuh adalah gaun terakhir yang dipakainya bersama anaknya untuk menghadiri sebuah parti hari yang bertemakan 'Halloween'.
Bob pulak tunaikan permintaan terakhir Balqis walaupun anak Syakilla tu dah mati dengan menyampaikan hadiah pada kawannya bernama Hana.
Itulah kisah di sebalik kekacauan yang melanda Alysia.
Aku pun turut bersimpati atas apa yang menimpa pada dia.
"Alysia kau okey?"tanya May.
Dia dah sedar daripada pengsan yang lama dan sekarang dia baring di atas katil.
"Aku tak apa-apa."
Dia cuba bangun dan ibunya cuba menolongnya.
"Alysia.."kata ibunya. Dia dan Alysia saling berpandangan. Air matanya mengalir.
"Maafkan mak dan ayah.." Ibu Alysia memeluk anaknya itu.
"Maaf?Untuk apa mak?"soal Alysia.
"Untuk apa yang terjadi pada kamu.Kalau mak temankan ayah kamu pergi jumpa Bob hari tu, pasti semua ni takkan terjadi," kata ibunya dengan penuh rasa serba salah.
"Mak.."Alysia memegang pipi ibunya.
"Bukan salah mak dan ayah dan bukan salah Syakilla jugak. Dia cuma nak tuntut bela kematian anaknya. Ni semua Tuhan dah tentukan untuk Alysia,"ujarnya lembut.
Mereka berdua berpelukan dan menangis pada bahu masing-masing.
"Mak tetap sayang Alysia tak kiralah Alysia gagal dalam pelajaran atau jadi pelajar tercorot kat sekolah sebab Alysia tetap anak mak dan mak bangga atas usaha kamu,"kata ibunya lagi.
Suasana dalam bilik dah bertukar pilu dan sebak.
"Terima kasih korang semua sebab tolong Alysia. Kalau bukan sebab bantuan korang,tak mungkin Alysia akan dapat tahu tentang kematian ayah dan sebab Syakilla ganggu saya,"kata Alysia.
"Sama-sama,"kami berempat jawab bersama.
"Sekarang kes dah selesai kan?" soal Nazri.
"Tapi kita masih tak tahu tentang Anaklah Ayam tu,"kata aku.
"Hmm..aku pun tak ada idea tentang benda tu,"kata May.
"Kenapa kita selalu dapat teka-teki yang aneh?"tanya Fiz.
"Korang tak nak balik ke?"soal Alysia.
"Hah?Balik?Uhmm.."getusku.
"Mak ayah kamu tak risau ke? Tak apalah,dah tengah hari ni, biar makcik masakkan sesuatu," kata ibu Alysia.
"Makcik la makcik paling baik kat dunia ni!"puji Fiz.
"Alysia tak nak join ke?"soal May.
"Tak apalah. Saya nak rehat sekejap,"kata Alysia lalu baring.
"Nanti saya bawakkan sesuatu untuk awak okey?"soal May lagi.
"Baiklah,"jawabnya.
Kita orang tinggalkan Alysia sendirian di dalam bilik tu dan biarkan dia rehat untuk seketika.
*****
"Masakan makcik memang sedap!"puji May.Atas meja ada hidangan ayam masak merah,ulam raja,telur dadar dan sup.
Sedap lah gak kan?
Lepastu May tadi tolong makcii dengan buatkan jus mangga.
Sedapnya!
"May kau yang buat jus mangga ni?"tanya Fiz.
"Yelah..nak harapkan kau dengan dua lelaki ni?Aku yakin korang buat tak sesedap aku punya," kata May.
Huh,kembang-kempis hidung dia. Buat jus mangga je bukannya menang pilihan raya.
"Hei aku pun reti buatlah," kata Fiz.
"Dah tak baik bergaduh depan rezeki,"aku tegur. Diorang terdiam dan makan je. Makcik senyum melihatku.
"Tahun depan ambik SPM kan?" tanya ibu Alysia.
"Ya makcik,"kita orang semua jawab.
"Belajar rajin-rajin tau?Jangan hancurkan hati mak ayah dan jadilah anak yang berjasa,"kata makcik.Kata-katanya buat kita orang terdiam.
Sekarang kita orang tingkatan empat dan tahun depan kita orang dah nak masuk tingkatan lima dan pastinya kita orang akan sibuk dengan pelajaran dan pelbagai aktiviti berkaitan akademik.
Apa akan jadi dengan Kelab Deria Keenam lepasni?
Kita orang pasti akan ikut haluan masing-masing ikut kerjaya yang kita orang nakkan.
Aku nak jadi engineer sebab semua lelaki dalam keluarga aku jadi engineer.
May pulak aku tahu dia nak jadi pramugari sebab tulah dia sopan je dengan semua orang.
Nazri nak jadi usahawan dan berhasrat nak buat perniagaan.
Fiz pulak nak jadi lain dari dua abangnya yang nak jadi doktor. Well guess what?
Fiz nak jadi hairstylist.
Pendandan rambutlah orang kata kan dalam bahasa Melayu. Dia nak buka salon sendiri dan serikan kecantikan asal wanita.
Aku pun tak sangka gadis sekasar dia ada impian camtu.
Well manusia tak boleh diduga dan hanya Tuhan Maha Mengetahui.
Tapi sekarang ni kita orang masih lagi tingkatan empat jadi relakslah sekejap.
Fokus terhadap kelab ni dulu.
"Aku?Kau lupa ke?"
Siapa tu?Macam pernah dengar suara tu...
Umairah?!!
"Hai Firas..lama tak jumpa."
Aku cuba cari kelibat dia kat ruang makan tu tapi tak ada.
Tu betul-betul suara dia atau aku je yang dah gila?
YOU ARE READING
MATI
HorrorMati. Tiada siapa boleh mengelakkan diri daripadanya. Alysia telah gagal dalam SPM dan berniat untuk membunuh diri. Namun apa yang diniatkan tidak berhasil dan muncul seorang wanita berjubah hitam muncul selepas insiden tersebut. Alysia seringkali m...