Melyn sedang usahakan projek bergenre Romance dan saja je nak buat eksperimen. Melyn nak try gak la buat cerita cinta walaupun memang Melyn ni.. Ermm.. bukan jenis yang quite suka bercinta.
Check out my new story :
Segi Tiga
Aku Sasqia Umar, gadis yang bercita-cita untuk menjadi jurugambar dan kini menetap di London bersama Angelina atau aku panggil dia Angel.
Tujuan aku datang ke London ialah untuk berjumpa kawan baik aku yang bernama Dahlia. Dia mintak aku duduk sana temankan dia sekejap. Last-last, kawan aku tu mati ditetak gangster sebab banyak hutang tak dibayar. Apa salah dia sampai diperlakukan macam tu sekali?
Aku dipaksa untuk selesaikan hutang dalam masa 3 bulan. Mana aku nak cari 90000 pound?
Rumah sewa dia disita jadi aku kena cari tempat lain. Aku sedih akan pemergian kawanku. Telefon aku dah kena rampas dengan gangster jahanam tu. Takpe, ayah aku yang merupakan seorang ustaz selalu pesan agar mintak pertolongan pada Tuhan kalau ada apa-apa kesusahan.
Aku berdoa dan aku jumpa Angelina.
Angelina ialah pemabuk, ratu kelab malam dan banyak ex-boyfriend. Dalam peti ais dia banyak wain dan arak, baju dia singkat dan seksi. Dia anak orang kaya yang kekurangan kasih sayang. Dia kata dia datang ke London untuk cari ibunya tapi mula-mula dia kerja sebagai pekerja kelab malam dan bila dia jadi kaya sebab duit yang ex dia bagi, dia terus berhenti kerja dan niat nak cari ibunya terbantut.
Nak tahu funfact tak? Angelina Natalina ialah gadis Islam dari Malaysia.Ishak, lelaki playboy dan kaya malah sempurna jadi boyfriend terkini Angel. Aku dan dia pernah berjumpa, dia sibuk nak kenal denagn aku sebelum aku naik flight ke London. Kita orang bertiga jadi best friend.
Sampai satu masa tu berlaku sesuatu yang tak menentu.
Dalam satu parti, aku dan Ishak saling berpandangan dan entah kenapa masa tu pandangan aku terhadap dia berubah. Perasaan aku pada dia ni salah! Dia ni boyfriend Angel! Aku tak boleh buat kawan aku macam ni!
Tapi.. Nak tau apa jadi? Ishak mintak aku kapel dengan dia selama sebulan tanpa pengetahuan Angelina. Aku cuba tolak tapi dia janji akan tolong bayarkan hutang Dahlia kalau aku kapel ngan dia. Aku relakan jelah. Aku mula jatuh hati pada dia tapi aku tetap menjauhi perasaan ni. Bila Angel jumpa ibu kandung dia, Angel cakap pasal perkahwinan dia dengan Ishak akan dijalankan sebab dia rasa Ishak ni cinta sejati dia. Aku rasa patah hati dan aku fokus pada misi utama aku.
Takleh citer lebih-lebih. Bacalah kisah kita orang bertiga dalam Segi Tiga nanti. Saksikan bagaimana persahabatan bertukar jadi cinta dan cinta yang akan merosakkan persahabatan. Segi Tiga. Cinta tiga segi memang menyeksakan.
___________________________________Sedutan kisah Senah White..
Ini bukan citer dongeng Snow White tapi inilah kisah Senah yang anggun dan jelita yang menjadi hamba kepada Datin Julia a.k.a Evil Queen yang mementingkan kecantikan dan cemburu akan kecantikan yang dimilik oleh Senah.
Senah ada ramai kawan di sekolah namun keluarganya kucar-kacir. Ayahnya selalu keluar ke luar negara untuk kerja manakala Datin Julia sentiasa mendera dan mengutuk arwah ibunya iaitu Datin Sofea.
Kita tahu yang Evil Queen akan tanya pada cermin tentang siapa paling cantik dan akan keluar muka Snow White, dan Snow White akan dibunuh tapi gagal. Dia larikan diri ke dalam hutan dan berjumpa tujuh orang kerdil dan dibenarkan duduk dalam tu tapi dia makan epal beracun daripada Evil Queen dan akhirnya pengsan. Namun dia sembuh balik selepas dia dicium oleh seorang putera. Kisah Senah pula lain daripada apa yang jadi dalam cerita tu.
Senah akan dihalau dari rumah dan dia kehilangan tempat tinggal dan tinggal di rumah kawannya dan Datin Julia akan mengupah kawan Senah sendiri untuk memberikannya makanan yang beracun dan dia telah dilanggar kereta dan koma. Hanya doa mampu membuatnya sedar namun adakah doa itu akan dimakbulkan? Adakah Datin Julia akan kekal bermaharajalela di rumah Dato Jamal? Adakah kisah perit Senah akan berakhir dengan penamat yang bahagia?
YOU ARE READING
MATI
HorrorMati. Tiada siapa boleh mengelakkan diri daripadanya. Alysia telah gagal dalam SPM dan berniat untuk membunuh diri. Namun apa yang diniatkan tidak berhasil dan muncul seorang wanita berjubah hitam muncul selepas insiden tersebut. Alysia seringkali m...