Balik rumah je aku terfikir pasal Anaklah Ayam tadi tu.
Ada kaitan ke dengan kes Alysia?
Aku cuba search kat Google.
Lirik dia macam ni..
Anaklah ayam..
Anak ayam turun sepuluh
Mati seekor..mati seekor
Tinggal sembilanDan lirik tu berulang serta bilangan anak ayam tadi berkurang sehingga semua anak ayam mati.
Ada-kena mengena dengan kita orang?Ni petunjuk untuk apa sebenarnya?
Walaupun begitu,aku tak rasa benda alah ni ada kaitan dengan wanita bergaun hitam labuh daripada cerita seram Alysia tu.
Setelah aku buat kajian,wanita yang Alysia definisikan sebagai hantu tu tu hanya muncul depan Alysia dan cuma berada di dalam rumah.Alysia tak cerita yang dia dikacau wanita tu di luar rumah.
Aku syak wanita tu ada kaitan yang rapat dengan rumah tu.
Mungkin dia pernah menghuni rumah tu?
Ataupun dia kena bunuh kat situ?
Maybe rumah tu disumpah oleh dia?
Ada banyak kemungkinan dalam kepala hotak aku yang pada masa yang sama,aku fikir tentang hal Anaklah Ayam tadi.
Ya aku sebenarnya rasa lawak jugak."Misteri" sungguh kes Anaklah Ayam tu.Tapi yang sampai dicakar-cakar tu aku rasa benda ni penting?
Kalau benda remeh macam soalan "dah siap kerja sekolah?" ataupun "nenek kau okey?" tu takdelah aku kisah sangat.
Tapi petunjuk ni macam Najib akan arahkan seseorang untuk menembak pesawat dari Arab. (Bukan nak kutuk Najib okey?)
Ternyata benda Anaklah Ayam ni sama penting dengan kes Alysia tu.Hmm..masalahnya pulak Alysia tak ingat langsung pasal sehari sebelum keluarga dia pindah ke rumah tu.
Hmm..benci betullah!
Aku ingat semua benda senang tapi kes ni menyusahkan sampai kena pergi ke rumah dia.May tak segan ke pergi sana?
Kalaulah Umairah masih hidup.
Hmm..apesal aku rindu dia ni pulak?!!
Aku pun sibukkan diri dengan buat kerja sekolah yang aku tak tahu entahlah bila boleh siap semua benda alah ni.
Aku bukannya jenis manusia yang rajin macam May.
Tapi aku boring.
Kalau aku asyik fikirkan benda ni takkan siap kerja sekolah aku yang lagi banyak daripada bilangan baju aku dalam almari tu.
*****
ALYSIA
Aku jalan ke dalam bilik dan menghela nafas lega.
"Terima kasih Tuhanku.Kau dah makbulkan doaku."
"Apa yang kau gembira sangat ni?"soal wanita itu lagi.
Dia muncul tanpa sebarang kejutan dan tanpa sebarang kecederaan terjadi pada aku.
"Nak tahu kenapa aku gembira?" soalku balik.
"Apa?Cakap dengan aku," katanya.
"For your information,kau akan berambus dari rumah aku ni malam Sabtu nanti,"kataku dengan nada kejam.Saja nak mainkan perasaan dia.
"Tak guna!Sia-sia je usaha kau. Tak ada siapa boleh pisahkan aku dan rumah ni,"dia bersuara.
"Hmm..macam mana kalau usaha aku berjaya?"aku mencabarnya.Saja nak tengok reaksi wanita aneh ni.
"Kau nak mati ke ha?Jangan cabar aku,"katanya.
"Tahu tak..akhirnya kau akan dibuang dari hidup aku dan aku tak payah lagi kena seksa dengan kau!"jeritnya.Cermin di biliknya pecah lagi.
Lehernya dicekik wanita dan lidah wanita itu dijelir terhadapnya.Lidahnya kelihatan berkudis dan bernanah.
"Aku betul-betul akan bunuh kau,"kata wanita itu.
"Lepaskan aku!"jerit Alysia.
"Aku takkan.Terimalah balasannya,"katanya.
Tiba-tiba lidahnya terbakar dan berubah menjadi hitam. Wanita bergaun hitam labuh tadi lesap selepas menjerit dengan suara yang bergema di dalam bilikku.
"Alysia okey ke?"soal ibuku dari luar.
Aku buka pintu dan terus memeluknya erat.
"Dia muncul lagi."
"Takpe jom makan.Bila kawan-kawan Alysia yang boleh halau dia ni nak datang?"soal ibuku lagi dengan nada khuatir.
"Malam Sabtu ni."
"Okey kalau macam tu."
"Tadi wanita tu lesap terus dalam bilik..apa mak dah buat?"soalku.
"Baca ayat suci la."
Hashtag deepnya mak aku.
Aku tak sabar nak makan malam dengan ahli keluarga aku.
Hmm..cepatlah datang korang semua..aku nak hapuskan pompuan tu dari hidup aku.
YOU ARE READING
MATI
HorrorMati. Tiada siapa boleh mengelakkan diri daripadanya. Alysia telah gagal dalam SPM dan berniat untuk membunuh diri. Namun apa yang diniatkan tidak berhasil dan muncul seorang wanita berjubah hitam muncul selepas insiden tersebut. Alysia seringkali m...