OMG!!!
Akhirnya selepas lama tak meng-update sekuel GILA dan MATI..
Melyn akhirnya publish sambungan dua kisah yang dapat sambutan yang menggalakkan ni iaitu :
ROH.
Jom baca sedutan daripada ROH.
____________________________________Aku May.
Aku ada kuasa sixth sense iaitu membaca fikiran orang.
Kes terbaru kini berlaku pada sekolah aku.
Pengawal sekuriti sekolah mengatakan yang dia nampak roh berlegar-legar di koridor tingkat tiga blok E iaitu tingkat paling atas di Blok E yang ada makmal sains dan makmal komputer.
Makmal sains yang terletak paling belakang dikatakan keras dan berhantu. Banyak kali orang dirasuk di situ. Semuanya disebabkan oleh kisah gadis yang minum cecair kimia dalam tu sebab gagal PT3. Dikatakan mungkin roh yang berlegar-legar adalah rohnya.
Namun ada benda lain yang lebih dahsyat.
Roh Cikgu Asrizal, guru penolong kanan hal ehwal murid telah tertukar jasad dengan manusia lain. Siasatan mendapati roh ditukar dengan cara mistik dan bermotifkan dendam. Orang yang berdendam dengan Cikgu Asrizal pastinya ada ilmu tinggi dalam bidang mistik dan bomoh ni semua. Firas telah disyaki sebagai penyebabnya. Tapi apa motif dia? Dia tak pernah berdendam dengan mana-mana cikgu.
Disebabkan benda-benda ni semua, Cikgu Hakim beri cadangan untuk aku, Firas dan Fiz untuk menghalau hantu tu pada waktu malam. Kami juga bersama pengawal sekuriti dan Ustaz Karim, guru Pendidikan Islam di sekolah kami.
Malangnya roh yang menghantui di sekolah ini bukan satu.
Namun ramai.
Malam itulah malam paling mengerikan dalam hidup aku. Sesungguhnya aku tak nak fikir pasalnya. Orang yang tukar roh Cikgu Asrizal dengan orang lain pun munculkan diri pada malam itu.
Malam itulah korang akan saksikan tandas akan ada bunyi perempuan menjerit, darah akan turun daripada tangga dan juga sekumpulan hantu dalam makmal sains sedang berkeliaran.
Umairah pun tiba-tiba muncul.
Apa akan jadi malam itu?
Adakah ROH tersebut dapat dihalau dari sekolah?
YOU ARE READING
MATI
HorrorMati. Tiada siapa boleh mengelakkan diri daripadanya. Alysia telah gagal dalam SPM dan berniat untuk membunuh diri. Namun apa yang diniatkan tidak berhasil dan muncul seorang wanita berjubah hitam muncul selepas insiden tersebut. Alysia seringkali m...