BAB 1 : Lelaki Gila Berkot Hitam!

11.6K 163 7
                                    

Selepas mengambil keputusan SPM, Risha telah melanjutkan pelajarannya ke Universiti Shahputra dan mengambil bidang fesyen selama 3 tahun. Dia berjaya mendapatkan kelulusan diplomanya. Kini, Risha sedang mencari kerja yang sesuai dengan bidangnya.

-------------------------------------------------------------

"Mana Risha? Mama dengar semalam katanya dia nak cari kerja" soal Puan Faqisha kepada anaknya yang sulung. Mereka sedang mengemas juadah sarapan selepas Encik Azlan berangkat ke tempat kerja.

"Entahla ma. Qisha pun taktahu dia dah bangun ke belum. Entah entah terbongkang atas katil dia lagi" balas Qisha yang sedang mengelap meja makan.

"Assalammualaikum! Pagi mamaaaa, kakakk!" teriak Risha yang baru saja menuruni anak tangga rumah.

"Baru nak bangun ke anak dara? Ma, tengok anak mama ni. Bagus betul perangai dia. Macam manalah nanti kalau dah kahwin" kata Qisha seakan memerli adiknya itu.

"Kakak Qisha ku sayang, aku ni muda lagi tau. Baru je umur 20. Lainlah kau tu, ha bila nak kahwin dengan Akmal pujaan hati kau tu?" balas Risha.

"Eeee kau kan Risha! Pagi pagi cari pasal. Takpe kau tunggu nantiii ee" balas Qisha yang sememangnya geram dengan adik bongsunya itu. Dia terus melangkah ke ruang tamu.

"Ish kamu berdua ni. Sehari tak bertekak dalam rumah tak sah. Sudah sudah la tu. Ha kamu ni Risha, semalam kata dengan mama nak cari kerja? Bila nak perginya?" soal Puan Faqisha kepada anak manjanya itu.

"Kejap lagi Risha pergi lah ma. Tapi kan ma.. Risha takut lah. Macam mana kalau syarikat tu tak terima permohonan Risha? Risha bukannya bagus sangat pun" kata Risha dalam nada yang sedih.

"Yaallah, apa cakap macam tu Risha? Rezeki Allah tu luas. Yang penting kan Risha cuba? Jangan risaulah, Risha doa banyak banyak" kata Puan Faqisha.

"Lagipun syarikat tu kan syarikat yang mencari orang berseni fesyen macam Risha? Mesti dia orang terpegun tengok hasil rekaan Risha nanti" tambah mama Risha.

"Inshaallah ma, mama doakan Risha tau!" kata Risha kepada ibunya. Sedetik kemudian, terdengar bunyi hon di hadapan rumah mereka.

"Eh mama! Ada orang hon tu. Dina dah sampai kot! Risha pergi dulu tau mama!" Kelam kabut Risha dibuatnya. Dia terus menyalam Puan Faqisha dan bergegas ke pintu rumah untuk keluar.Tiba di ruang tamu, dia melihat kakaknya sedang menonton televisyen.

"Kakak, Sorry tau Iloveyou! Hihihihihihi" ucap Risha kepada kakaknya yang sedang khusyuk menonton televisyen. Dia terus ke luar rumah.

"Eh bertuah punya budak!" teriak Qisha dari jauh.

               -------------------------------------------------------------------------------------------------

"Oiiii! Lambatnya kau keluar rumah" kata Dina merangkap kawan baik si Risha.

"Alaaaaaa sorrylaa Dina. Aku tengah borak dengan mama aku tadii" jawab Risha.

"Ha yelah. Aku jugakla yang jenuh tunggu kat luar ni kan" kata Dina kepada kawannya itu. Dia terus beredar dari situ. Mereka berkawan sejak dari kecil lagi. Jadi, Dina sudah masak akan perangai Risha. 

"Hehehehe, sayang kau! Eh kau tau ke jalan nak pergi syarikat tu?" soal Risha.

"Ala, aku kan queen jalan jalan raya kat KL ni. Biasalah kan, masterpiece. Masterpiece guna GPS sebab sebenarnya aku tak tahu jalan pun Risha hahahahaha" jawab Dina dan terus gelak mengekek kerana dapat mengenakan kawan karibnya itu.

Mr Kayangan Impianku!Where stories live. Discover now