BAB 9 : Sakit Arsyad, Sakit..

3.4K 117 0
                                    

Aku mencelik mata dan melihat jam di skrin telefon bimbitku. 7.30 pagi. Aku sudah bangun pada pukul 6 oagi untuk menunaikan solat subuh. Kemudian, macam biasa, tidur balik hehehhe. Awal lagi ni, nak tidur balik lah rasanya walaupun awal pagi tadi pun tidur balik tapi hmm harini belajar memandu pula! Aku terus bangun dan merenung dinding seketika. Biasalah, orang tengah mamai.

Tiba tiba, telefon bimbitku berdering. Aku mengundurkan diri dan mencapai telefon di atas katil. Tanpa melihat siapa pemanggilnya, aku terus menjawab.

"Assalammualaikum siapa ni?" aku bertanya sebaik sahaja mengangkat panggilan dalam keadaan yang masih mamai.

"Good morning Cik Arisha selekeh, today awak ada belajar memandu untuk dapatkan lesen kan? Goodluck" kata seorang lelaki yang memecahkan suasana. Aku terus melihat siapakah pemanggilnya. Boss aku ni buang tabiat ke apa?

"Tuan Aidil call saya pagi pagi ni kenapa? Semata mata nak wish goodluck? Heh, tak payahlah" jawab aku.

"Eh, kira beruntung la saya wish goodluck untuk awak. Saya ambil berat pasal pekerja saya tau. Dahlah kacak, caring pulak tu" kata Tuan Aidil masih mahu memenangkan diri.

"Hah yelah, terima kasih. Bye, saya nak bersiap siap. Lambat pulak nanti"

"Ehhh kejap"

"Apa lagi Tuan nak?" menyusahkan betul la mamat ni kacau orang pagi pagi.

"Esok saya takde dua hari. Nanti saya letak fail atas meja awak, awak tolong siapkan. Kalau tak tahu, tanya Azlina, staff saya. Ok bye" dia terus mematikan panggilan. Wahh semudah tu ya? Haih bertimbun la kerja aku.

-------------------------------------------------------------

"Harini kau belajar memandu ke dik? Goodluck. Jangan langgar kon pulak" kata kakak yang sedang mengunyah. Tak senonoh betuk mulut tengah penuh lepastu bercakap.

"Haah. Mama dengan ayah balik esok kan kak?" soal aku.

"Yep. Aku pergi ambil diorang dekat airport besok, kau nak ikut tak?" soal kakak. Melepas lah aku kalini nak ikut pergi airport.

"Kerja lah kak oii. Kalau boleh memang nak hmm" jawab aku sedikit merajuk.

"Hahahaha, nanti esok balik kerja, kau peluk lah mama dengan ayah puas puas" kata kakak. Rindu betul dengan mereka. Seminggu bukannya sekejap.

"Hm yelah kak. Aku pergi dulu. Dina dah sampai tu kat depan rumah." kata aku kepada kakak. Tetapi belum sempat aku keluar kakak memanggilku semula. Aku terus memalingkan pandanganku.

"Dik! Jap! Arsyad apa khabar?" soal kakak. Aku hanya memandangnya sekejap dan terus beredar tanpa jawapan. Sakit hati semalam masih ada, masih ada.

-------------------------------------------------------------

"Dina Dina, dulu masa kau ambik lesen, senang tak bawak kereta?" soal aku sebaik sahaja kami sampai di tempat semalam.

"Em boleh tahan susah jugakla, aku takut jugak dulu. Sekarang takde hal dah nak travel jauh jauh" jawab dina berserta segaris senyuman di bibirnya.

"Aku takut lah Dina. Ngeri tau tengok kemalangan yang selalu berlaku tu err" kata aku. Sekali lagi, otakku mula mengimbas kejadian kemalangan.

"Alah, takde apalah. Lagi kau fikir negatif, lagi buruk kau bayangkan nanti. Jomlah, nanti lambat pulak kau ni pun" Dina mematikan enjin kereta dan terus keluar.

-------------------------------------------------------------

"Cik, ini kereta auto ya. Kami galakkan cik guna kereta auto dulu. Cik cuma perlu lepaskan handbreak dan tukar pada gear automatik tu ya. Okay sekarang ni saya nak cik cuba drive dahulu. Macam yang saya cakap, lepas handbreak, tukar gear, dan tekan minyak perlahan lahan"
Kata seorang lelaki yang usianya dalam 30an dari luar tingkap kereta kancil auto yang sedang aku duduki didalamnya sekarang.

Mr Kayangan Impianku!Where stories live. Discover now