BAB 2 : CEO Gila!

4.3K 132 0
                                    

'Yaallah kuatkan jiwaku Yaallah. Sesungguhnya aku takut denganmu tapi mamat ni boleh tahan seram jugak' Doaku dalam hati. Aku takut dengan mamat gila tu. Dahla aku terlanggar dia tadi, lepastu aku jugak yang maki dia Yaallah.. selamatkan aku

"Jemput duduk Cik Risha. Saya P.A Encik Aidil Ashriq, Celine. Boleh panggil Puan Celine. Tak lama lagi saya akan berhenti. Jadi kami ada banyak ruang pekerjaan kosong. Jadi jika Cik Risha terpilih, kami akan tentukan di mana kedudukan Cik Risha. Boleh saya tengok resume Cik Risha?" soal wanita bernama Celine itu.

"Ha? Err.. ni dia puan" aku terus menghulurkan resume kepada Puan Celine itu tapi malangnya, sebelum sempat Puan Celine ambil resume aku, mamat gila yang kukatakan tadi terus merampas resumeku.

'Mamat ni dah kenapa?!' Soal hatiku. Encik Aidil terus menilik resumeku macam nak berlubang kertas kertas di dalam fail tu. Selepas beberapa minit dia terus bersuara,

"Universiti Shahputra je? Ingatkan you belajar Paris or somewhere sebab muka you nampak agak bijak" kata Encik Aidil.

'EEE kau siapa nak kutuk kelulusan aku?! Bersyukur la itu je kelulusan yang aku ada!' jerit hatiku. Tak sanggup la nak cakap macam tu depan dia. Kena ikat dekat pokok pulak nanti huhuhu

"Em, situ je yang paling terdekat saya boleh pergi sambung belajar Encik. Saya tak kaya macam Encik. Ibu ayah saya orang biasa biasa je" Jawabku dengan nada geram. 

"Oh okay then. Eh? You yang langgar i tadi, am i right? So next time watch your eyes okay Cik Arisha. By the way, I CEO syarikat ni. If you want to work in here, you better watch your attitude and the way you answer me" Kata mamat poyo dihadapanku ini.

'Wah.. kena warn lah gais, maaplah cheq tak ketaq kepala lutuitt' kataku dalam hati.

"saya mintak maaf Encik. Saya tak berniat" Aku memohon maaf atas kekasaran yang memang 'sengaja' aku buat tadi.

"I will consider about this. Tengoklah kalau saya tiba tiba baik nak maafkan awak. You may go now. I ada banyak lagi org yang lebih interesting nak diinterview lepas you. If you are accepted, my company will send a letter or message to you"

"Terima kasih Encik. Terima kasih Puan Celine."
'Ee mulut takde lesen betul mamat kurang ajar nii geramnya aku' kataku dalam hati.

Aku bangun dan mengucapkan terima kasih kepada kedua dua mereka. Pelik juga kenapa Puan Celine berdiam diri masa interview. Patutlah.. garang gila kot mamat ni. Aku terus keluar dari bilik berwarna kelabu itu.

"Ha macam mana ? Okay tak?" Soal dina sebaik sahaja aku keluar dari bilik 'keramat' itu.

"Dina.. mamat yang aku langgar tu Dina..." jawab aku dalam keadaan terpaku.

"Kenapa dengan dia? Dia cleaner bilik tu ke? Atau dia P.A CEO syarikat ni?" kata Dina. Amboi mulut kauu.

"Hish! Ada ke cleaner kau cakap! Lagipun jarang lah P.A lelaki" jawab aku. sukaa hati dia je.CEO syarikat, cleaner apa bendanya!

"Hahahaha manalah aku tau. Habistu kenapa dengan dia?" Jawab Dina sambil ketawa 'cover'.

"Dia CEO syarikat ni" jawab aku perlahan lahan.

"MAK DATUK! Kau biar be..betul Risha?!" Soal Dina yang agak terkejut dengan penyataan aku.

"Cik Dina Afiqah" satu panggilan daripada wanita muda yang sama. Belum sempat aku jawab, dah tiba turn Dina ha nasiblah.

"Alamak! Turn aku la! Doakan aku tau Risha. Byeee!" celoteh Dina yang kelam kabut. Dia terus menuju ke bilik dimana adanya mamat berkot hitam itu.

'Haih.. kenapa harini aku malang sangat'

'Macam mana kalau dia tolak permohonan aku'

'Aku ni tak cukup bagus ke untuk bekerja kat sini'

Bermacam macam persoalan bermain di mindaku.

---------------------------------------------------------------

 Kami bergerak ke sebuah cafe selepas interview yang sangat sangat menyakitkan hati.

"Eh Risha, kau nak makan apa ni? Aku boleh orderkan dekat kaunter" Kata Dina.

"Ambik je la apa apa yang sedap. Aku tak memilih soal makanan. Takkisah. Janji air Lemon Tea tau" Kata aku lalu terus melayani fikiranku.

"Ha okay. Tunggu tau jangan pergi mana mana!" kata Dina yang memberi amaran. Aku tahu dia rasa cemas sangat kalau aku hilang tiba tiba. Sedang aku sibuk melayani fikiran, tiba tiba ada suara garau mencelah yang membuatkan aku sedar di dunia nyata.

"Hai" Kata seorang lelaki yang segak berkemeja biru muda dihadapanku.

"Arsyad! Awak buat apa kat sini?" jawabku dalam nada yang agak gembira. Ya, siapa tak gembira jumpa kekasih hati kan hikhikhik. Aku kenal Arsyad sejak zaman remajaku lagi. Asalanya, dialah yang banyak menoling aku dan Dina. Siapa sangka, aku terjatuh hati hihihi.

"Hehehe. Saya pun lunch dekat dekat sini tadi dengan kawan office. Lepastu, ternampak awak. Takkanlah saya dah nampak nak buat taktahu je dengan buah hati saya kan" kata Arsyad. Aww Warning nak kena diabetes ni!

"Ish awak ni, habistu macam mana dengan kawan awak tu? Sorang la dia" Kata aku agak risau dengan kawannya. Yelah, Kesian jugak kalau dia sorang sorang.

"Dia dah balik office. Dapat call penting tadi katanya" Jawab Arsyad.

"Amboiii, tak puas hari hari berdating dekat whatsapp, harini dating face to face pulak? Untunglah kau kawan, boyfriend penyayang" Kata Dina seakan memerli yang baru sahaja sampai membawa resit order sebentar tadi. Dina tu pun, bukannya tak ada peminat. Dia je taknak!

"Ish takdelah Dina. Ni pun Arsyad datang kebetulan je lah. Dia ternampak. Kau tu pun satu, Nazri yang minat dekat engkau tu taknak layan siapa suruh! Jadi anak dara tua lah kau" Kata aku memerli Dina.

"Ewahh ewahh aku pulak kena ya!" kata dina memarah aku.

"Hahahaha betul lah tu Dina. Kesian aku tengok Nazri tu. Macam orang gila terkejar kejarkan kau!" Arsyad pula bersuara. Nazri tu kawan lama Aku dan Dina dari zaman sekolah lagi. Sampai sekarang Nazri tunggu si Dina tu adoii. Arsyad tahu pasal Nazri pun dari mulut aku hihihi.

"Dahla dahla. Makan la dulu sayang sayangku sekalian" kata aku. Kami pun makan dengan berselera. Sedap sungguh makanan cafe tu! Selepas makan kami berangkat pulang ke rumah masing masing. Haiz sungguh penat hari ini. Aku terus baring di atas katil dan membuka telefonku untuk melihat mesej.

"Eh siapa pulak ni" soal aku didalam hati.

017-4782***                                               So you are not asleep yet? Better sleep Cik Arisha. Macam ni nak jadi seorang yang berdisiplin?

"Ehh ewah ewah siapa pulak ni nak mengajar aku cara cara berdisiplin? Amboi ingat kau bagus sangat ke? Dari mana dapat tahu nama aku pun taktahulah!" Marah aku. Aku terus membalas mesej tersebut.

Nadia Arisha                                           Saya kenal awak ke? Btw tak perlu mengajar saya.

Dan nombor yang tidak dikenali terus membalas mesejku.

017-4782***

Oh. Okay then Cik Arisha. We WILL SEE

Aku terus menutup telefon bimbitku dan terus tidur. Daripada layan orang gila tak kenal, baik tidur! Lagi syok, sedap dan lazat rasanya.





Sorry for any mistakes i did! Enjoyy. Lots of love, Ddeiza.

#MrKayanganImpianku

Mr Kayangan Impianku!Where stories live. Discover now