BAB 3 : Diterima?! Oh My God!

3.9K 117 0
                                    

Macam biasa, rutin harian aku selepas hari yang memenatkan. Biasalah, bangun agak lambat. Perkara normal dalam rumah. Aku terus ke bilik air dan membersihkan diri sebelum turun ke bawah.

"Morning Mama" ucap aku sebaik sahaja aku turun ke bawah.

'Aik? Mama mana?' Sebut hatiku. Aku terus bergerak ke luar rumah kot kot mama ada di halaman rumah kerana sudah biasa rutin hariannya melihat keadaan pokok pokok kesayangannya.

"Ooo kat sini mama rupanyaa. Risha ingat manalah mama pergi. Kat dapur tak ada" kata aku sebaik sahaja nampak ibuku berada di tempat yang aku katakan tadi.

"Manalah kamu nak jumpa mama kat dapur waktu macam ni Risha. Dah pukul 11 dah ni! Kamu tu bangun lambat penat sangat ke semalam? sampai tak cakap dengan mama pun pasal interview tu" Aku tahu, mama sedikit merajuk. Kerana ketika aku pulang ke rumah semalam, yang ada hanyalah kakak.

"Sorry mama humpp, haahla Risha penat sangat semalam. Interview tu okay je mama, cuma CEO dia jelah! Garang macam harimau tak cukup makan daging!" Aku mengadu kepada mama. Ya, aku anak bongsu. Faham fahamlah hihi

"Eh kenapa pulak? Dia tengking Risha ke?" Soal mama.

"Takdelah sampai tengking ma, tapi dia asyik sindir Risha je. Pasal belajar dekat Universiti dalam Malaysia pun nak nilai. Macamlah hebat sangat syarikat dia tu" jawab aku. Hugh teringat kisah semalam.

"Biasalah tu. Apa nama syarikat tu?" Soal mama kepada aku. Sememangnya aku tidak memberitahu tentang nama syarikat itu kepada mama.

"Fash.. Fashionista Holding Berhad! Ha tu la nama syarikat dia ma" jawab aku. Nama syarikat dah lawa. CEO nya je kurang lawa perangainya!

"Syarikat ternamaa tu Risha kamu biar betull? Syarikat tu diantara pengeluar terbesar fesyen di Malaysia tau!" Jawab mama.

"Yeke mama?! Risha taktahu pun pasal tu ma" jawab aku. Yaallah aku yang tidak tahu atau aku yang malas mencari info. Haizz

"Yaallah, yelah Risha anak mama sayanggg. Ternama tu! Patutlah CEOnya garang. Nak jaga prestasi kut!" Jawab mama.

"Yelah kot. Mama, Risha naik dulu lah." Kata aku.

"Ha yelah. Kalau nak makan, makanan ada kat atas meja tu" jawab mama.

Aku terus menuju ke meja makan untuk 'bersarapan'. Selepas selesai, aku naik ke atas untuk meluangkan masaku dengan mereka pakaian. Aku memang peminat fesyen dari kecil. Tak heranlah kalau sampai sekarang pun masih tergilakan fesyen.

Sedang aku khusyuk memikirkan idea, satu mesej dari Arsyad muncul.

Arsyad ❤❤
My pretty girll, how are you, love?

'Aww. Comelnya celoteh dia' kataku dalam hati

Nadia Arisha
Haiii! Im finee here dear :)

Arsyad ❤❤
Awak, lunch nanti saya jemput awak boleh? Awak teman saya makan tengahari. How?

Nadia Arisha
Nanti saya tanya mama okay :) and i'll inform you.

Arsyad ❤❤
Okay then sweetie. See you later, Inshaallah!

'Comel sungguh Arsyad ni. Haih patutlah aku tergoda hihihihi gatal ye kau Risha!

-------------------------------------------------------------

PIN PIN!
"Mama, Arsyad dah sampai tu! Risha pergi dulu tauu, Assalammualaikum" kata aku sambil menyalam ibuku lalu bergegas keluar dari rumah.

"Hati hati tauu Rishaa" kata Puan Faqisha.

'Haih budak bertuah ni. Tak pernah nak berubah. Selalu sangat kelam kabut'

Mr Kayangan Impianku!Where stories live. Discover now