BAB 26: Bakal Isteri Mr Handsome

3.9K 133 13
                                    

"Hah?! Serius ke ni?!" Arisha menyoal dengan rasa yang tidak percaya. Macam mana Aidil boleh tanya benda yang sama?

"Hahahaha! Kuat jodoh kita kan?" Aidil menyoal pula. Dia sudah menahan sakit perutnya kerana ketawa.

"Erm, jadi betul lah ni awak setuju?"
Tanya Aidil lagi. Gelak gelak pun kena serius woi perkara macam ni!

"Erm.. awak pulak?" Ewah ewahh. Soalan dibalas soalan pulak dah.

"Saya okey je" Jawab Aidil yakin.

"Saya pun! Lagipun mama saya ada cakap yang dia em.." Arisha berhenti sejenak.

"Dia apa?" Tanya Aidil yang hairan dengan ayatnya yang tidak habis itu.

"..berkenan dengan awak. Okaylah, saya nak tidur dah ni goodnight Assalamualaikum!" Arisha cuba mengelak dari jawapan Aidil. Malu lah aku nantii!

"Lah. Cepatnya tutup" Aidil masih memegang telefonnya dan meletakkannya di dagu. Lagaknya seperti Albert Enstein pula memikir jawapan.

Aidil terus melarikan langkahnya untuk turun ke bawah. Nadine dan Uminya masing masing sedang berborak di kolam ikan, fuh nice time!

"Hello ladies, I got something to tell you guys!"

"Well, what is it anak Umi?" Datin Shifa bertanya. Muka Aidil kelihatan begitu berseri seri seperti baru lepas makan QuPuteh, Eh.

"Umi, kakak, she accept me!" jerit Aidil dengan ada yang gembira. Lelaki mana je tak gembira bila lamaran diterima kan?

"Alhamdulillah, goodjob son!" Datin Shifa terus bangkit dan memeluk anak bongsunya itu. Bangga sungguh dia apabila anak lelakinya bakal berkahwin.

"Hah? Siapa dik? Kau nak kahwin ke? Tak cakap dengan kakak pun?" Pandangan Nadine silih berganti diantara Aidil dan uminya, Datin Shifa. Wah, ini tidak adil aku tak tahu apa apa.

"Ops. Sorry kak, Aidil lupa bagitahu lah hehehehe. Aidil nak kahwin, dengan em.. cuba teka!" Aidil mula bermain teka teki.

"Ee bagi tahu jelah" Nadine cuba memujuk adiknya itu.

"Arisha, PA gua" Aidil sengajakan menggunakan ayat konon konon gansgter itu, ceh. Dia menjongketkan keningnya.

"Hah?! Dia ada tunang kan? Kau gila apa dik?" Nadine memarahi adiknya itu. Gila ke rembat tunang orang dia ni!

"Umi, Kak, let me explain. Arisha dah putus tunang dengan lelaki tu sebab ada orang mengandungkan anak lelaki tu. Arisha nak cari pengganti sebah tarikh perkahwinan pun makin dekat.

Kebetulan pula, Aidil pun dah lama minat dia, so why not kan?" Aidil menerangkan satu persatu. Sudah lama dia menaruh hati kepada perempuan itu. Selama ini dia hanya berpura pura kasar dihadapan Arisha. Dia takut untuk jatuh cinta lagi.

Nadine dan uminya saling bertaut mata. "Asalkan kau bahagia dik, Arisha tu baik. Jaga dia elok elok nanti"

-------------------------------------------------------------

Arisha masih bermundar mandir dia dalam biliknya. Betul ke apa aku buat ni? Macam perigi cari timba pulak dah aiyoyoooo! Kuss, semangat Risha!

Niat nak turun ke bawah memberitahu ahli keluarganya tersangkut. Ada panggilan yang muncul lagi. Siapa pulak ni haih.

"Assalammualaikum" kata aku. Macam biasa, memang habit tak tengok siapa pemanggilnya.

"Waalaikummusalam.. Arisha.. ni saya Arsyad.." Arisha yang tadinya elok duduk di birai katil terus bangun membulatkan mata.

Mr Kayangan Impianku!Where stories live. Discover now