BAB 4 : Benci!

3.6K 129 3
                                    

Harini, tercatatnya dalam sejarah, pertama kalinya aku menjejakkan kaki dalam dunia pekerjaan. Ya, aku tahu. Orang kata, kerja ni susah. Tak cukup masa, rehat pun kurang, stress. Macam macamlah! Tapi, aku nekad nak cuba.

Tepat pukul 6 pagi, aku sudah bangun lalu menunaikan solat subuh dan bersiap siap untuk pergi ke tempat kerja. Aku pun dah tempah teksi. Nasib baiklah ada yang sanggup datang ke rumah, fuhh. Harini, aku berseluar slack hitam, blouse putih dan bertudung biru. Harap haraplah, harini semuanya berjalan dengan lancar.

PIN PIN!
Terdengar bunyi hon di luar rumah. 'Mungkin teksi dah sampai kut'

"Mama Risha pergi dulu tau, doakan adik! Assalammualaikum!" Teriak aku dari perkarangan rumah.

"Eh tak sarapan dulu ke Risha?! Ish yaallah budak ni!" Jawab mama.

"Tak mama nanti nantilah Risha makan!" Jawabku. Aku terus menuju ke teksi yang sudah sedia dihadapan rumahku.

-------------------------------------------------------------

Jam menunjukkan pukul 7.43 pabila aku sampai didepan bangunan megah itu.

'Fuh nasib awal lagi sebelum pukul 8. Selamat aku'

'Haih, bilalah aku nak mula ambil lesen kereta. Umur dah 20! Masih takut nak bawa kereta'

"Cik Arisha?" Terdengar suara mencelah.

"Ha? Ye saya. Saya Arisha. Kenapa ye?" Jawab aku.

"Awak tak ingat saya? Saya Puan Celine." Jawab wanita itu.

"Ohhh saya mintak maaf Puan Celine. Saya betul betul lupa" aku terus memohon maaf. Macam manalah aku boleh lupa akan wanita peramah ini. Aku menggaru garu kepalaku.

"Hahah takpe. Jom ikut saya, kita naik ke pejabat kamu di Tingkat 8. Hari ini saya yang bertugas untuk mengajar kamu sebelum saya menamatkan kerjaya." kata Puan Celine dengan penuh senyuman terukir di bibir manisnya.

Aku hanya mengangguk dan membalas senyumannya. Tiba kami dia tingkat 8 itu, aku terpegun melihat suasananya yang seakan akan ceria dengan warna yang pelbagai di setiap dinding. Sungguh menepati dunia fesyen!

"Ini bilik awak untuk membuat kerja. Seperti yang dimaklumkan, awak ialah setiausaha baru untuk Tuan Aidil. Kami disini biasanya menggelar dia sebagai Tuan." kata Puan Celine lagi.

'Gilalah. Kena panggil Tuan pulak tu! Anak raja ke apa dia ni!' celoteh hatiku.

"Rutin Tuan Aidil setiap pagi selalunya, awak boleh buatkan Nescafe atau teh untuk dia. Tapi selalunya, dia akan lebih memilih Nescafe. Jadi awak harus menghantar air tersebut ke dalam biliknya. Oh, jangan lupa, ketuk pintu bilik dulu tau. Dia tu garang sangat" tambah wanita bergaya itu. Wah nampaknya, strict betul boss aku ni!

"Baik Puan, saya akan cuba yang terbaik" jawab aku selepas mendengar penjelasannya yang berjela jela sebentar tadi.

Dan Puan Celine terus memberi pengetahuan tentang selok belok pejabat tersebut malah mengenalkan diri aku kepada staf staf disitu. Katanya, jam sekarang memang mamat tu tak akan datang. Jadi aku harus bersiap sedia dengan apaaa sajaa permintaannya. Huh menyusahkan jugak kerja PA ni

-------------------------------------------------------------

Pada pukul 8.30 pagi, si harimau pun datang menunjukkan diri. Staff staff disitu semuanya berdiri dan menundukkan diri malah ada juga yang mengucap selamat pagi namun hanya dibalas dengan anggukan.

'Astaghfirullah, sombong gila!' kataku dalam hati.

"Yang awak duduk tercegat pandang saya macamni kenapa?" soal dia kepada aku. Pandai pulak guna bahasa sopan! Selalu You I je!

Mr Kayangan Impianku!Where stories live. Discover now