BAB 21 : Why?

2.9K 95 10
                                    

"Morning Risha. Saya dengar cerita awak dah tunang? Wah sampai hati tak jemput!" mulut Miza sudah mula berbunyi di pagi hari. Ada saja gossip gossip dia.

"Alah, sorry lah Miza. Saya terlupa sangat sangat. Maaf ya, lagipun majlis kecil kecilan je" aku meminta maaf. Selepas fashion week memang sibuk sangat sangat.

"Hm tak apalah, janji nanti awak kahwin, jemput jemputlah yaa" Miza berkata. Aku sekadar mengangguk menandakan ya. Aku terus menuju ke pantri untuk membuat Nescafe kegemaran Tuan Aidil.

"Usai minuman itu dikacau sempurna, aku terus menuju ke bilik Tuan Aidil. Aku mengetuk pintu terlebih dahulu. Nanti mengamuk pula singa ni.

Ketukanku tidak berjawab. Aik? kemana pulak Tuan Aidil ni. Takkan jam macamni masih tak datang.

"Eh Risha, saya lupa bagitahu awak, Tuan Aidil tak datang harini" tegur seorang pekerja dari belakang.

"Sebab apa pulak? Selalunya dia tak suka ponteng kerja" kata aku. Selama ni tak datang mesti dia bagitahu. Pelik, pelik.

"Em entahlah. Tak ada pulak dia cakap apa apa" kata pekerja tadi. Aku mengangguk tanda faham. Haih, Nescafe ni terpaksalah aku yang minum. Tapi.. cawan dia ni. Ah tak apalah, aku tuang dalam cawan lain.

------------------------------------------------------------

"Aidil? Tak pergi kerja ke?" tanya Datin Shifa kepada anak terunanya itu.

"Nope. Tak berapa nak sihat lah umi" kata Aidil menjawab lemah.

"Lah, kenapa tak cakap dengan umi? Aidil tak makan apa apa ubat ke?" tanya uminya lagi. Anak lelakinya ini sememangnya degil.

"Umi tahu kan Aidil tak suka ubat" kata Aidil lagi. Tengok tu, dah tahu diri sendiri tu sakit masih lagi berdegil.

"Aidil, dengar cakap umi please. Jangan degil, tunggu sekejap umi bawakkan ubat" kata Datin Shifa. Kalau dia tidak berkeras, Aidil takkan dengar.

"Em okay" jawab aidil ringkas. Dia memusingkan badannya diatas katil dan menghadap ke arah dinding sebelah kanan.

"Right now, all you have to do is rest. Mama keluar dulu" Kata Datin Shifa dan terus keluar dari bilik anaknya itu.

Aidil merenung telefon bimbitnya seketika. Dia baru sahaja teringat akan ketidakhadirannya yang langsung tiada sebab. Dia berniat untuk memberitahu Arisha, malangnya terlupa. Dia terus mendail nombor setiausahanya itu.

"Arisha here, yes?" Terdengar suara Arisha di dalam telefon. Sejenak itu, Aidil tersenyum sendiri.

"Ah ya, saya lupa bagitahu awak, harini saya tak datang. Fever I guess" Aidil membuka bicara.

"Ooo ponteng kerja ya? Baiklah Tuan. Tuan jaga kesihatan ya, nanti melarat pulak" kata Arisya menasihati Aidil. Haih minah ni, membebel lagi.

"Awak taknak jaga saya?"

"Ha Tuan ni gila ke?! Berbaloi lagi saya jaga tunang saya tau!" marah Arisha dia dalam telefon. Aidil menajuhkan telefon bimbitnya sedikit daripada telinga.

"Hahahah! Saya gurau lah yang awak serius sangat kenapa? Dekat rumah saya ni pun, ada bidadari jaga lah tak perlukan awak pun" Aidil menyindir Arisha. Suka betul dia menyakat perempuan itu.

"Whatever. I still have many works to do so, Assalammualaikum" kata Arisha dan dia terus menamatkan perbualan di telefon.

'Aik? Merajuk ke minah ni? Hahahaaha baru sergah sikit. Its better to hear your voice, beauty'

------------------------------------------------------------

"Oi Risha, awak kenapa muka marah je ni? Client call marah marah ke?" tanya Miza yang sememangnya dari tadi melihat air muka Risha.

"Ish tak ada apa apa lah. Saya okay je" jawab aku. Takkan nak cerita dekat dia pasal perangai buruk Tuan Aidil pulak kan? Apa pulak lah org mengata pasal aku nanti.

"Haiii Risha, Saya nak cakap sikit ni. Jangan cepat marah nanti cepat tua. Ops pergi duluu!" Miza terus melarikan diri. Takut kena pukul dengan aku lah tu! Eeee budak ni!

Tiba tiba ringtone telefon bimbitku berbunyi. Hah siapa pulak lah yang telefon lagi ni? Dahlah tengah panas hati ni!

"Assalammualaikum my wife to be"

"Wa.. waa.. waalaikumusalam" Tergagap gagap aku menjawab telefon. Arsyad!

"Eh, kenapa gagap ni? Taktahu pulak awak ada parkinson hahaha" Arsyad memerli aku.

"Eh tak adalah, ingatkan penjenayah mana telefon tadi, rupanya buah hati" aku berkata sambil melebarkan senyuman. Ewah Risha, dilamun cinta ye.

"Ye lah tu. Em, kita makan tengahari sama sama jom?" Arsyad mempelawa. Bukan senang nak makan tengahari dengan orang yang sibuk macam dia ni. Lawyer lah katakan.

"Eh boleh! Dekat restoran yang biasa kita pergi. Okay?" aku memilih tempat.

"Okay set. See you there sweetie" Aku menutup panggilan.

'Yes!' Jeritku dalam hati.

-------------------------------------------------------------

"Banyak ke kes hari ni?" Aku membuka bicara sementara menunggu makanan kami sampai.

"Em bolehlah, most of them kes penderaan anak" Arsyad menjawab soalanku.

"Apa nak jadi lah kan zaman sekarang ni. Anak tu macam emas tapi dibuatnya macam sampah" Aku memberi pandangan. Teruk betul mansia zaman sekarang.

"Yah that's right. Nasib boleh selesaikan cara yang afdhal" Arsyad berkata. Beberapa minit kemudian makanan kami sampai ke meja. Fuh lapar gila perut harini.

"Makan elok elok ye, awak tu suka makan comot comot" Kata Arsyad. Aku cuma ketawa mendengarnya.

"Ah sekejap ya Risha" Arsyad terus beredar dari meja sebaik sahaja telefonnya berbunyi. Tak sempat pula tengok siapa pemanggilnya. Adalah tu, orang orang kat tempat kerja dia agaknya.

------------------------------------------------------------

"Again Arsyad? Dengan perempuan lain? You ingat I ni apa? Sparepart you?"

"Look Damia, she's my friend. You jangan fikir macam macam please"

"Apa lagi Arsyad? I nampak semuanya lah!" Damia membentak di dalam telefon.

"You dekat mana? Lets talk about this?" Arsyad cuba memujuk Damia.

"Hell no" Damia terus menutup panggilan. Arsyad mengenggam tangannya.

"Arisha, saya mintak maaf saya ada hal penting" Arsyad meminta maaf dan twrus beredar dari situ meninggalkan Arisha seorang diri.

"Ha? Arsyad! Arsyad!" Arisha cuba memanggil tapi tidak diendahi oleh Arsyad.

"Yaallah, macam tu je. Tak apalah. Aku dah biasa macam ni haih" Air muka Arisha terus berubah tapi dia terus menghabiskan makanannya dan beredar dari situ.

'Kenapa dengan Arsyad'




#MrKayanganImpianku
Hah! Siapa pulak Damia? Ee takguna punya Arsyad. Agak agaknya Risha akan tahu tak semua ni? Comments below! ❤

Mr Kayangan Impianku!Where stories live. Discover now