BAB 19 : Bidadari?

3K 102 4
                                    

"Arisha, everything's on ready?" soal Tuan Aidil ketika aku sedang sibuk membetulkan pakaian pakaian model yang sudah bersedia beratur di belakang pentas.

"Ah yes" jawab aku ringkas. Aku menyambung kerjaku.

"Good" kata Tuan Aidil lalu beredar dari situ. Mukanya agak risau ah biarlah dia.

Setelah semuanya sudah bersedia, majlis itu dimulakan. Aku hanya memerhati dari belakang pentas dan menepuk tangan. Cantik betul model modelnya huwaa cemburunyaaa.

-------------------------------------------------------------

"Syukur kepada Allah, Terima kasih para hadirin sekalian yang sanggup meluangkan masa. Tanpa anda semua, saya tidak akan berjaya sehingga hari ini. Terima kasih yang tidak terhitung nilainya" ucap Tuan Aidil dengan senyumannya yang lebar. Orang ramai mengucapkan tahniah dan bertepuk tangan.

'seronoknya bila dah capai kejayaan' kata aku dalam hati.

Aku terus beredar ke bilik solekan untuk membantu model model yang tadinya mempamerkan pakaian.

"Eh you nampak tak Ariana tadi? Dia buat apa datang balik? Cari Tuan Aidil?" tanya seorang model kepada kawannya yang juga merupakan seorang model.

"Entahlah. Dia tu desperate agaknya" jawab kawannya itu.

'Ariana?'

-------------------------------------------------------------

"Hai Aidil. Its been a long time. How are you?"

"Fine" jawab Aidil. Sungguh, malas betul dia melayan perempuan seperti Ariana.

"That's all you can say? Tak rindu I ke?" soal Ariana lagi. Aidil hanya menayangkan muka menyampahnya.

"Straight to the point, you nak apa sebenarnya?" soal Aidil. Sakit mata melihat perempuan yang pernah menyakitkan hatinya itu.

"Aidil.. listen, I miss you so much sayang, you tak rindu I ke? I tahu I banyak buat salah kat you tapi can we just forget about the past and start over everything? Please Aidil" rayu Ariana. Dia cuba memegang tangan Aidil tetapi Aidil menepisnya.

"After what you've done? No" Aidil terus beredar meninggalkan perempuan itu. Ariana cuba mengejarnaya tetapi ditepis oleh Aidil.

Aku yang menyaksikan perbualan mereka mula timbul begitu banyak persoalan di dalam kepala.

'siapa perempuan tu?'

-------------------------------------------------------------

"Kay, nampak Arisha? PA saya?" tanya Aidil kepada salah seorang pekerjanya yang sedang menggantung baju.

"Oh, dia pergi tandas tadi. Kejap lagi datanglah tu" jawab perempuan yang bernama Kay itu. Aidil hanya mengangguk faham. Dia duduk di sofa sementara menunggu Arisha.

"Hm laparlah pulak perut ni aduh" kata aku sambil berjalan keluar dari tandas. Aku membetulkan lengan bajuku. Sedang asyik berjalan, ternanpak pula figura Tuan Aidil dihadapanku.

"Eh Tuan, kenapa Tuan duduk sini?" soal aku lalu mendekati Tuan Aidil.

"Salah ke?" soal Tuan Aidil semula.

"Tak adalah, ingatkan Tuan masih bercakap cakap dengan tetamu kat luar tu kan ramai VVIP" Kata aku. Sedetik dalam otakku, ingin juga aku bertanya tentang perempuan bernama Ariana tadi tapi.. tak apalah.

"Dia orang semua dah balik. Dah makan?" tanya Tuan Aidil. Aku menjadi serba salah untuk menjawabnya kerana masih banyak lagi kerja yang harus diselesaikan.

"Dah" jawab aku ringkas. Aku membuat muka yakin agar Tuan Aidil percaya dengan kata kataku.

"Jangan menggelabah la. Saya dengar awak cakap awak lapar tadi dah jom ikut saya" Kata Tuan Aidil lalu bingkas bangun dari sofa yang didudukinya sebentar tadi.

"Eh Tuann mana boleh kerja saya banyak lagi tak siap" kata aku. Bak kata orang tua, jangan buat kerja separuh jalan.

"Habistu apa guna saya hire banyak pekerja? Takkanlah awak sorang je buat semua. Lagipun saya boss, suka hati saya lah nak bawak lari pekerja pun" jawab Tuan Aidil. Aduh, susah jugak kalai semua benda nak ikut cakap dia saja.

"Ye.. yelah" Aku mengekori Tuan Aidil yang sudah berjalan dihadapanku.

------------------------------------------------------------

"Saya dah confirmkan" kata Tuan Aidil membuka bicara didalam keretanya.

"Tuan ni senget eh? Tiba tiba confirm. Confirm apa?" kata aku membalas.

"Oh senget. Kalau macam tu saya tarik baliklah keizinan saya nak bagi awak cuti minggu depan" Tuan Aidil mengugut. Gulp! Macam manalah aku boleh lupa pasal tu!

"Eh Tuan, saya gurau je tadi hehe sorry" kata aku cuba membodek Tuan Aidil.

"Berapa hari awak nak ambil cuti?" soal Tuan Aidil. Dia hanya memandang ke arah jalan raya dihadapannya. Fokus betul.

"Er 2 hari kut" jawab aku perlahan. Lama lama nanti dia pecat pulak aku err naya!

"K. Selamat bertunang" kata Tuan Aidil. Dia langsung tidak mengucapkan tahniah atau apapun. Mood hilang lettew.

"Terima kasih Tuan! Kita nak makan dekat ma–"

"Nampaknya mungkin kali nilah last awak keluar dengan boss awak ni" kata Tuan Aidil mencelah. Dah kenapa mamat ni

"Em mungkin sebab lepas ni saya dah jadi tunang orang. Alah, kalau Tuan rasa sunyi, Tuan ajakla staff yang lain teman Tuan makan" kata aku cuba menyedapkan hati Tuan Aidil.

"Tak sama macam awak. Dia orang tu senyap. Awak becok" Tuan Aidil memerli aku. Ewah ewahhh yang becok ni lah yang baik hati teman kau pergi makan tauu.

"Iyelah Tuan. Apa apa jelah"

-------------------------------------------------------------

"Tuan, terima kasihlah belanja makan apa semua tadi" ucap aku sebaik sahaja kami sampai di tempat parkir kereta. Aku ingin mengambil keretaku dan terus pulang ke rumah  Fuh penat.

"Sama sama. Bawak kereta tu elok elok, jangan langgar orang" perli Tuan Aidil. Tak semena mena aku teringat akan tragedi Kak Nadine. Eh tapi aku tak langgar dia!

"Baiklah Tuan. Assalammualaikum" aku terus masuk ke dalam kereta dan beredar dari situ. Malas berlama lama disitu, suka hati lah nak jawab salam aku ke tidak.

"Waalaikummusalam... bidadari"

-------------------------------------------------------------

"Aidil, umi nak cakap sikit" Datin Shifa bertanya kepada anak lelakinya itu.

"Apa dia umi?" jawab Aidil.

"Umi dengar, betul Ariana datang cari kamu?" Datin Shifa bertanya lagi.

"Biarlah dia tu. Aidil dah naik menyampah perempuan murah tu" jawab Aidil selamba. Menyakitkan mata sahaja melihat perempuan itu.

"Astaghfirullahalazim. Tak baik cakap macam tu Aidil, umi tahu kamu bencikan dia tapi umi tak ajar kamu menghina perempuan kan? bawak mengucap Aidil" tegur Datin Shifa. Aidil terus mengucap.

"Sorry umi, Aidil marah sangat tadi" jawab Aidil.

"Macam mana fashion week tadi? Lancar? Maaflah umi tak dapat datang tengok Aidil. Auntie Zaliya tu ajak pergi ke rumah dia pula" Datin Shifa meminta maaf kepada anaknya. Sepatutnya dia harus datang melihat kejayaan anak lelakinya itu.

"Tak apalah umi. Aidil tahu umi akan selalu ada belakang Aidil walaupun umi tak ada kat sebelah Aidil, kan?" Aidil senyum melihat ibunya yang ketawa.

"Iye sayang umi. Dahlah, kamu pergilah berehat, mandi apa semua. Solat maghrib jangan lupa" pesan Datin Shifa. Aidil hanya mengangguk menandakan ya.

'Bila lah aku nak dapat menantu' kata Datin Shifa daam hati.






#MrKayanganImpianku
Im so so so sorry because lambat update 😭🙏 Thankyou for keep reading! lots of love, Ddeiza ❤

Mr Kayangan Impianku!Where stories live. Discover now