BAB 8 : Sampai Hati Awak?

3.1K 108 0
                                    

Harini, hari kedua aku menjalani proses untuk mendapatkan lesen kereta. Tapii, harini aku pergi dengan Dina. Yeyy! No more Tuan Aidil poyo gila tu ergh menyakitkan hati.

"Pergi sarapan dulu nak?" jam menunjukkan pukul 7 setengah pagi. Hari ini aku perlu menjalani ujian berkomputer haih.. Harap haraplah apa yang aku baca dalam buku semalam tu masuk dalam otak oii. Aku terus mengangguk kepalaku tanda setuju dengan pelawaan Dina.

"Okeyy set! Mamak jelah ye hahahaha" kata Dina lagi. Aku hanya memberikan sebuah senyuman dan terus melayangkan fikiranku.

Fikiranku teringat akan Arsyad. Apa khabar dia? Sihat ke tak, wallahualam. Kami tak selalu contact pun. Masing masing busy kerja.

'Nak whatsapp dia tak?' soalku di dalam otak. Tanpa jawapan dari diriku sendiri, aku terus mecapai telefon bimbit di dalam beg tanganku. Tanganku ligat mencari nama Arsyad untuk bertanya khabar.

Nadia Arisha
Assalammualaikum. Awak apa khabar? :)

Hampir 15 minit aku menunggu jawapan. Tetapi, harapanku hancur punah. Tetap tiada jawapan. Aku terus menyimpan semula telefonku ke dalam beg.

'Kenapa dia tak reply.. Busy sangat ke'

"Kau mesej sape tu tadi Risha? Boss kau eh? Ooo dah maju sekarang" perli Dina. Aku tahu dia asyik mengerling perlakuanku dari tadi.

"Ish mana adalah. Gila ke nak ngorat boss sendiri? mengarut." jawab aku. Taknaklah cari bala atau penyakitt. Lagipun dia tu kan dah ada girlfriend.

"Hahahaha aku teka je jangan lah marah" kata Dina selepas melihat aku memuncungkan bibir.

-------------------------------------------------------------

"Risha, aku dengar cerita naan cheese dekat sini sedap gila tau" kata Dina sebaik sahaja kami sampai ke sebuah restoran mamak. Aku terus menaiki anak tangga restoran itu.

"Yeke? Nak try lah" jawab aku. Kami terus menuju ke sebuah meja yang terletak berhampiran dengan kaunter. Kami terus memesan makanan. Sebaik sahaja pelayan itu pergi, Dina terus membuka mulut.

"Risha, bos kau tu umur berapa?" tanya Dina tiba tiba.

"Kenapa? Kau nak survey dia untuk jadi menantu mak kau ke?" aku menyoal Dina. Kali ini, aku tergelak kerana soalannya itu.

"Kau ni Risha! Buat gila lah. Aku tanya je. Berapa umur dia?" soal Dina lagi.

"Manalah aku tahu Dina. Aku kerja dengan dia pun tak sampai 2 minggu lagi" jawab aku.

"Boss sendiri pun tak ambik tahu? Kau ni betul ke PA dia? Pelik ni. Macam special case" kata Dina.

"Nanti nanti je lah aku tanya orang lain umur dia. Yang pastinya dia muda lagi" jawab aku. Tak kuasa lah nak ambil tahu hal mamat gila tu.

"Ini kak naan cheese sama ruti sardeen" kata seorang pelayan bersama loghatnya yang sedang memegang dua pinggan. Nampaknya, makanan dah sampai uyeayy.

"Terima kasih. Dah jom makan dulu" kata aku. Pelayan itu terus beredar dari situ dan kami memulakan misi perut lapar kami. Hehehe

-------------------------------------------------------------

"Eh Risha, betul ke ni tempat buat lesen kereta? Lawanya!" kata Dina yang sedang meletakkan kereta di tempatnya. Setelah melahap di pagi hari, akhirnya sampai jugak dekat tempat ni

"Betullah. Dahlahh jom. Aku takut lambat nanti ujian berkomputer" kata aku. Aku terus berjalan menuju kaunter pertanyaan.

"Sabarlahh Rishaa! Japjapp" jawab Dina yang masih terkial kial di keretanya. Dia terus mengekoriku.

Mr Kayangan Impianku!Where stories live. Discover now