BAB 23: 'GIRLFRIEND'?

3.1K 95 9
                                    

"Arisha? Kau taknak makan ke?" pertanyaan itu kekal sepi tiada jawapan.

"Dari pagi sampailah tengahari. Duduk terperap dalam ni. Makanlah sikit Arisha. Ni aku ada bawak nasi ayam untuk kau ni" pujuk Dina lagi. Tidak pernah dia lihat kawan karibnya itu sebegini.

Arisha masih mendiamkan diri. Dia hanya melihat wajah Arsyad yang pucat di hadapannya. Kepala Arsyad masih berbalut kesan pembedahan dua minggu lepas. Arsyad dikatakan koma. Mungkin sebulan dua. Jatuh rasa kasihan pabila Arisha merenung wajahnya.

Seseorang mengetuk pintu bilik wad dari luar. Dina bergerak ke pintu untuk melihat siapa yang datang melawat.

"Assalammualaikum"

Aku memalingkan wajah ke arah orang yang memberi salam. "waalaikumusalam" Terpacul wajah Tuan Aidil dan Kak Nadine. Kedua dua mereka turut memandang ke arah aku.

"Em, macam mana keaadaan Arsyad?" Nadine memulakan bicara.

"Koma. Sebulan atau dua kata doktor" Aku menjawab lemah. Apa yang mampu aku lakukan hanyalah merenung wajah Arsyad yang pucat tak terkata.

"Risha dah makan?" tanya Nadine lagi. Risau melihat muka Arisha yang juga lemah seperti orang yang tidak makan dan tidak cukup tidur.

Seraya dengan itu, aku hanya menggelengkan kepalanya menandakan aku belum makan. Hilang selera juga beberapi hari ini nak buat macam mana.

Tuan Aidil memandang ke arah Dina dan memberi isyarat untuk mengajaknya berbincang di luar. Dina hanya menurut .

"Kenapa Tuan?" Dina bertanya kepada Aidil sebaik sahaja mereka bertemu di koridor hospital.

"Er, saya bukan boss awak. Panggil Aidil je" Dina hanya menganggukkan kepalanya. Alamak, malu je.

"Dah berapa hari Arisha macam tu?" giliran Aidil bertanya pula.

"Dekat nak dua minggu jugaklah. Hari hari dia datang hospital melawat. Sampai doktor pun dah hafal pukul berapa dia akan datang. Awak bagi dia cuti kerja ke?"

"Ah macamtu. Ada, saya ada bagi notis cuti kerja untuk dia. Kebetulan pulak harini saya free, tu saya datang melawat" Aidil memberi penjelasan.

"Baguslah macamtu. Saya pun taktahu lah Aidil, hari hari muka dia monyok. Disuruh makan pun taknak. Saya taktahu dah macam mana nak pujuk" Dina berkata seakan seakan dia putus asa.

"Tak apa. Nanti saya cuba pula" kata Aidil. Dina hanya mengangguk faham.

-------------------------------------------------------------

"Arisha, saya ni. Aidil"

Kosong tiada jawapan. Arisha masih termenung melihat ke luar jendela wad itu.

"Arisha-"

"Tuan pernah rasa situasi saya sekarang ni?" aku membuka mulut. Aidil terkejut dengan perubahan mendadak itu.

"Sakit, pedih semuanya bercampur menjadi satu. Macam mana kalau saya hilang dia? Lagipun memang salah saya. Sepatutnya saya dengar dahulu penjelasan Arsyad. Dia tunang saya Tuan" Tambah aku lagi. Sungguh, aku sendiri buntu dengan apa yang aku keluarkan dari mulut. Tak terniat untuk marahkan sesiapa.

"Arisha, awak tak boleh salahkan diri awak seratus peratus. Benda yang terjadi ni mungkin ada hikmah disebaliknya Arisha. Pernah dengar tak? Lepas hujan ada pelangi, lepas derita ada bahagia? Tabah Arisha tabah, Allah beri dugaan untuk tengok berapa tabahnya awak, bukan untuk tengok awak putus asa macam ni" Aidil membalas panjang lebar. Kasihan memang kasihan, tetapi Arisha tetap menyalahkan dirinya sahaja.

"Shh. Arsyad mungkin tak selesa bila dengar bunyi bising. Awak masuk ke sini nak apa? Kalau tak ada apa apa lebih baik awak keluar" Aku hanya risau keadaan Arsyad mungkin terganggu. Rasa bersalah sedikit menyelubungi lubuk hati aku.

Mr Kayangan Impianku!Where stories live. Discover now