BAB 10 : 'Cutie'?

3.2K 109 0
                                    

"Morning adikkk, awal bangun harini? Selalunya lambat. Lambat sikitttt je" suara kakak memecahkan suasana di pagi hari. Sungguh, aku tiada mood pagi ini. Aku tidak tahu apa yang telah berubah pada diri aku. Fikiranku masih jelas teringatkan perbuatan Arsyad yang curang di belakangku. Ya, mungkin orang lain kata teman lelaki hanya sekadar teman lelaki. Macam cinta monyet. Tapi penghargaan dan pengorbanan? Ambil masa nak buang semua tu. Bukan senang.

"Morning" sekadar itu sahaja yang dapat aku jawab. Mujur, aku tidak menangis kerana lelaki. Hanya sebal di dada yang susah untuk hilang.

"Aik? Kau kenapa dik? Ada masalah ke? Cerita lah dengan aku. Aku boleh dengar" kata kakak lembut. Aku berfikir 2 kali untuk bercerita kepadanya. Sakit juga kalau dipendam seorang diri.

"Arsyad. Dia curang dengan aku. Tapi takpelah, aku pun tak boleh tuduh melulu. Lelaki, memang tabiat" kata aku. Sungguh, geram teringatkan peristiwa itu. Aku terus duduk di meja makan untuk bersarapan.

"Ha? Kau biar betul dik, dengan siapa? Eh mana kau tahu ni?" soal kakak bertubi tubi.

"Semalam, balik dari ujian berkomputer tu, aku nampak dia. Dengan perempuan mana entah" jawab aku dengan muka yang malas untuk mengambil tahu.

"Kau pasti ke dik.. Jangan tuduh melulu tak baik tau. Mana tahu tu kawan dia je" nasihat kak Qisya ku endahkan. Aku hanya mendiamkan diri dan menyuap nasi ke dalam mulut.

"Biarlah dia tu. Kak, kau tahu tak mana nak cari kereta murah?" Soal aku cuba menukar topik.

"Kereta murah? Kawan aku boleh je carikan kereta secondhand kalau kau nak" jawab kakak.

"Aku nak cari kereta modal murah lah kak. Alang alang dah lulus memandu. Takdelah bergantung dekat pakcik teksi je hari hari" kata aku. Habis jugak duit lama lama kalau naik teksi je.

"Nanti aku tolong carikkan dengan modal yang sesuai" jawab kakak. Nasiblah, ada kakak yang baik hati. Kalau dapat kakak yang kejam macam dalam drama tv3 setiap pukul 10 malam tu err mintak simpang lah.

-------------------------------------------------------------

Sampai sahaja di pejabat, ternampak kelibat seseorang mendekati aku. Aku memerhatinya dari jauh. Mukanya bengis dan tiada segaris senyuman ketika berjalan ke arahku. Malah dia menjeling lagi.

"Aku Azlina. Staff kat sini jugak. Tu, semalam Tuan Aidil ada letak fail atas meja kau. Siapkan" katanya ringkas dan terus beredar dari situ. Gila kerek
Perempuan ni.

'Garangnya' kataku dalam hati. Aku terus menuju ke pantri untuk membuat air terlebih dahulu. Seronoklah aku harini. Takde menghadap boss poyo tuu.

Sampai sahaja aku di pantri, ada lagi suara yang datang. Apa pulak kali ni, harap harapnya bukan staff yang garang lagi. Penat aku nak melayan.

"Risha! Azlina tu kenapa? Saya nampak dia marah marah awak tadi?" lah. Miza rupanya. Lega hati sikit.

"Entahlah Miza. Saya tak kenal pun dia tu. Tiba tiba nak marah pulak" jawab aku sambil mengacau minuman Nescafe buatku.

"Azlina tu staff untuk buat kerja kerja design. Setahu saya, dia tu dah lamaa sangat nak jadi PA Tuan Aidil. Sebab dia minat Tuan Aidil" jelas Miza. Ohhh jealous lah kiranya ni?

"Patutlah sampai nak marah marah saya pagi pagi. Siap menjeling lagi tu. Biarlah dia, saya tak minat pun dekat Tuan Aidil tu" jawab aku. Siapa yang nak mamat poyo tu. Walaupun dia macam putera kayangan impian aku, mesti ada yang lagi attractive kat luar sana tu.

'Kau kena kuat Risha. Lupakan Arsyad' otakku terimbas akan perbuatan Arsyad tiba tiba.

"Yelah kot! Dia cemburu dengan awak tu hahaha padan muka dia" kata Miza. Suara Miza yang agak kuat itu menyedarkan aku dari lamunan.

"Dahlah, saya pergi buat kerja dulu eh? Tak siap pulak nanti kang" kata aku lalu beredar dari pantri. Sebelum fikiran lagi menerawang entah ke mana mana, baik aku pergi dulu.

-------------------------------------------------------------

Tanpa aku sedar, jam menujukkan pukul 1:15 bermakna sudah masuk waktu makan tengah hari. Aku sibuk menyiapkan kerja ku sehingga terlupa akan waktu makan. Miza jugakah yang menyedarkan aku. Harini, lunch dengan Miza sajalah nampaknya. Mana ada kawan lain dah dekat pejabat ni.

"Kita nak makan dekat mana ni Miza? Saya bukan tahu sangat kawasan ni" soal aku. Ambil masa nak tahutempat tempat disini. Bukannya kecil kawasan dia.

"Staff pejabat kita, paling favourite makan dekat kedai bawah sana tu. Cendol dia sedap sangat!" jawab Miza.

"Cendol? Wahh jom lah saya nak try" kecur liur aku teringat akan cendol. Nyumnyumm kami terus berjalan menuju ke tempat itu.

"Fuhh cepatnya order sampai. Wah ni tak sabar nak rasa ni" kata aku sebaik sahaja makanan yang dipesan sudah terhidang atas meja. Aku terus mengambil sesuap cendol.

"Sedapnya Miza! Serious kawkaw!" Puji aku. Tak sia sia betuk Miza bawak aku makan dekat sini.

"Hahaha, jangan gelojoh Rishaa. Makan cepat nanti habis pulak masa" kata Miza. Aku terus merenung jam yang menunjukkan jam 1:38 tengahari.

'Lain kali nak datang sini lagi. Tak dapat makan benda lain pun takpe!' Kataku dalam hati.

-------------------------------------------------------------

"kenyangnya perut saya Miza, sedapnyaa cendol tu! Air soya dia pun wah terbaik lahhh. Terima kasih tau belanja saya" kata aku dan mengusap usap perutku yang kekenyangan.

"Hahahaha sama sama lah Risha. Awak first time makan, saya belanja lah" jawab Miza.

"Dahlah, saya pergi buat kerja dulu. Tu, fail fail Tuan Aidil tu, jangan lupa siapkan. Marah pulak nanti dia" tambah Miza lagi lalu terus beredar ke mejanya. Aku pun apa lagi, menatappp lagilah fail fail tu. Dahlah dia suruh bandingkan design baju dalam tu. Tak sampai pula hati ni.

Tiba tiba telefonku berdering menandakan ada panggilan menanti.

"Hello pekerja saya yang selekeh mambang, kerja saya dah siap?" Amboi dia niii, suka hati je panggil aku selekeh.

"Saya tak selekeh la! Tengah siapkan lah ni, nanti tak siap Tuan bising pulak" jawab aku. Dahlah bertimbun!

"Bagus bagus. Macam mana dengan ujian memandu semalam?" soal Tuan Aidil lagi.

"Okay je. Lulus" jawab aku ringkas. Dahla bagi kerja bertimbun, lepastu lagi nak melambatkan kerja ee geramnya!

"Wow, okay then. Siapkan semua tu, jangan tak siap. Tak siap, tolak gaji. Bye cutie" kata kata terakhir dari Tuan Aidil membuatkan jantungku berdegup lebih laju. Cutie? Apa maksud dia? Aku memandang semula ke skrin telefon bimbitku. Panggilan sudah dimatikan.

"Eh perempuan, kerja kau hari hari makan gaji eh? Tak sampai sebulan dekat sini dah naik lemak perangai kau kan?" sergah seorang perempuan yang tiba tiba datang ke mejaku. Azlina.

"Hah..err... Tak. Bukan macam tu Cik Azlina. Boss call saya remind pasal fail fail ni" jelas aku. Dia ni pun satu, suka hati je menuduh nuduh orang.

"Hah? Apa? Boss call? Ohh pandai kau sekarang? Nak pikat hati bos pulak? Perempuan miang!" tengkingnya lagi. Sebahagian pekerja di dalam pejabat itu sudah menjenguk jenguk ke dalam bilikku.

Azlina terus keluar dari bilikku dan sempat 'menghadiahkan' sebuah jelingan.

'Yaallah, apa salah aku'

"Rishaa! Kau okay tak? Kenapa dengan dia tuu?" soal Miza yang tiba tiba menerjah masuk ke dalam bilikku.

"Entahlah dia. Biarlah" jawab aku malas. Aku terus membuka fail faik yang berada di depan mataku. Pekerja pekerja itu terus duduk di tempat mereka semula.

"Awak sabar tau Risha. Dia tu memang macamtu. Gila agaknya. Takpelah, saya pergi dulu. Taknak ganggu awak" kata Miza. Miza berlalu pergi dari bilikku.

Suasana pejabat dan hatiku kedua duanya pilu. Sejak masuk kerja, macam macam terjadi. Air mataku hampir menitis namun aku tahan. Manusia lain lain perangai, kita siapa nak mengubah. Tabah Risha, tabah.

#MrKayanganImpianku
Hi! Sorry sebab tak update semalam. Study because exam is coming! Btww enjoy yaa! Keep voting iloveyou guys to the moon and back hahahaha 😘

Mr Kayangan Impianku!Where stories live. Discover now