BAB 22 : Ego!

3K 98 5
                                    

3 bulan kemudian..

"Arsyad, tarikh pernikahan kita dah nak dekat. Gementar pula saya"

"Janganlah cakap macam tu Arisha. Saya pun gementar juga, nak taknak kita kenalah tempuh demi bahagia" Arsyad cuba menenangkan aku. Sekian lama kami berkenalan dari zaman sekolah menengah, boleh juga dikatakan dia lah cinta pertama aku. Dan kini, aku akan mengahwini dia.

Aku terus menyedut minuman yang terletak dihadapanku. Enak sungguh rasa lagi lagi ada kekasih hati didepan mata aish!

Sedang asyik aku menikmati minumanku, aku terlihat Arsyad seperti menandang ke arah sesuatu tempat.

"Awak pandang apa sayang?" aku menolehkan kepala ku ke belakang.

"Eh tak ada apa apalah. Em, saya pergi kedai sebelah sekejap eh? Ada barang nak cari. Kejappp je" Arsyad terua bangun dari tempat duduknya dan berlalu pergi. Hairan aku dengan perangainya kebelakangan ini. Aku hanya menggelengkan kepalaku.

Mata aku tertancap kepada figura manusia yang juga sedang memerhati aku dari luar kafe. Tuan Aidil? Figura manusia itu terus masuk ke dalam kafe dan menuju ke arah aku.

"Tuan buat apa kat sini? Tuan mengintip saya dengan tunang saya eh?" bertubi tubi soalan keluar dari mulutku.

"Assalammualaikum" DUSH! Aduh deepnya! Itulah kau Risha, lain kali apa apa bagi salam dulu kan dah kena!

"Wa.. waalaikumusalam" aku menjawab sopan.

"Yang awak tiba tiba serang saya macam senapang AK7 ni kenapa? Jemput saya duduk pun belum"

"Ah Tuan jemputlah du–"

Belum sempat aku habiskan bicara, Tuan Aidil terus duduk di tempat Arsyad. Ish dia ni! Baik tak payah minta izin.

"Saya ganggu awak berdua dating ke? Tunang awak tu mana?" Tanya Tuan Aidil. Aku terus melihat sekeliling. Lamanya Arsyad ni. Pergi tandas ke betulkan paip tandas?

"Katanya pergi ke kedai sebelah tadi. Tapi entahlah, lama pulak"

------------------------------------------------------------

"Damia wait!" Arsyad mengejar perempuan berambut perang itu yang mengenakan jeans biru gelapnya dan jaket hitam.

"What else? Go on Arsyad, 3 bulan lepas, I sanggup luangkan masa untuk dengar penjelasan bodoh you tu and this is what i get?" Damia menengking Arsyad. Dia sudah penat ditipu oleh penipu seperti Arsyad yang suka melemparkan janji janji manis!

"Damia, I'm Sorry I tak berniat nak sakitkan hati you, I ingat dulu I cintakan dia but now, I Love You Damia please" Arsyad masih melemparkan kata kata manis untuk memujuk perempuan itu.

"You ingat I bodoh? Dulu you kata you nak putus tunang dengan dia and now? What happen? Kau orang berdua dah nak kahwin dah pun kan? Then let me go" Damia cuba melarikan diri lagi tetapi Arsyad masih merayu dan mengejar wanita itu.

"Arsyad!"

"Hah, baguslah your tunang pun dah datang. Just go Arsyad!" Damia menolak bahu Arsyad dan terus beredar dari tempat itu.

"Siapa perempuan tu? Awak tipu saya lagi? YaAllah saya tak tahu lah kenapa dugaan saya berat macam ni. Kita dah nak kahwin dah pun Arsyad, tapi kalau dibatalkan pun, saya bersyukur! I'm done Arsyad!" Risha terus melarikan diri dan melintas ke seberang jalan. Tak sanggup menahan air matanya, terus menitis jatuh ke muka bumi.

"Risha wait! Bagi saya explain! Nadia Arisha!" Arsyad terus mengejar tunangnya itu yang sudah pergi agak jauh dan

BUMM!!

-------------------------------------------------------------

"Risha??! Risha??!" kedengaran suara Puan Faqisha menjrit di lorong hospital itu.

"Err Auntie, Saya Aidil boss kepada Risha. Risha ada, dia pergi ke tandas tadi. Sekejap lagi balik lah tu" Aidil menyahut Puan Faqisha yang datang dan kelihatan agak cemas bersama seorang lelaki disebelahnya.

"Alhamdulillah.. keadaan Arsyad macam mana? Ibu bapa Arsyad sedang dalam perjalanan ke sini" Puan Faqisha bertanya.

"Setakat yang saya tahu, dia sedang dalam pembedahan. Sebaiknya, kita doakan yang baik baik sajalah" Aidil menerangkan keadaan satu persatu. Tidak lama kemudian, Risha datang dengan air matanya yang masih berlinangan.

"Mama.. Arsyad ma.." Risha terus memeluk ibunya dengan erat. Air matanya tetap tidak berhenti mengalir. Aidil hanya melihat adegan pilu itu.

"Yaallah Risha, macam mana boleh jadi macamni Risha?" Rish hanya mendiamkan diri. Dadanya masih sebak.

"Yaallah Faqisha, anak saya mana? Macam mana keadaan dia? Macam mana boleh terjadi macam ni?" tanya Puan Laila selaku ibu Arsyad yang datang dengan suaminya. Bertubi tubi soalan diberikan.

"Masih dalam bilik pembedahan Ila, saya pun tak tahu macam mana semua ini terjadi" Puan Faqisha menjawab pertanyaan ibu Arsyad.

"Kamu? Kamu kan yang langgar dia? Kamu kan?!" Puan Laila menunjuk nunjuk ke arah Tuan Aidil.

"Astagfirullahalazim Lalila, bawak mengucap Ila, dia nak yang tolong bawakkan Arisha dan Arsyad ke hospital" Ibu kepada Risha memberi penerangan.

"Maafkan makcik ye, siapa nama kamu?" tanya Puan Laila kepada Aidil. Aidil hanya mengangkat kedua kedua belah keningnya sebelum menjawab.

"Aa, Aidil makcik" Aidil meghadiahkan senyuman kepada Ibu Arsyad itu.

-------------------------------------------------------------

"Er, boleh saya tahu siapa ibubapa kepada mangsa?" tanya seorang doktor kepada kami semua.

"Saya. Saya penjaga dia" Ibu Arsyad menjawab pertanyaan doktor itu.

"Mangsa mendapati kecederaan yang serius di kepala iaitu pendarahan otak. Kemungkinan mangsa akan koma dan kemungkinan juga mangsa tiada harapan" doktor itu menjelaskan situasi Arsyad. Raut mukanya agak sedih untuk memberitahu perkara yang sebenar.

"YaAllah Faqisha.." ibu Arsyad terus memeluk Puan Faqisha yang berada di sebelahnya. Ibu kepada Arisha itu hanya mengusap lembut belakang ibu Arsyad untuk menenangkannya.

"Sabarlah Laila, kita doakan yang baik baik sahaja" kata Puan Faqisha.

Arisha yang duduk di kerusi menunggu hanya menangis berterusan yang ditemani oleh Aidil di sebelahnya.

"Arisha, sabar saya tahu awak sayang dia tapi kita tak boleh tukar takdir Allah. Berdoa sahaja senjata kita sekarang" Aidil cuba menenangkan aku. Sungguh pilu hati aku mendengar penjelasan doktor itu sebentar tadi.

Aku hanya terus menangis. Tidak mampu aku sebutkan apa yang aku rasa didalam hati sekarang. Semuanya salah aku. Kalau aku beri masa untuk Arsyad berikan penjelasan mungkin benda macam ni tak akan jadi. Aku ego!


#MrKayanganImpianku
Kau orang rasa apa akan jadi dengan Arsyad? Kesiannya Arisha. Arisha mula salahkan dirinya sendiri. Stay tuned! ❤

Mr Kayangan Impianku!Where stories live. Discover now