"It's been a year now."
Katamu lewat petang, di bawah pokok yang menjadi teduhan kita, di atas bangku yang sudah dicat biru. Sesekali tawa riang kanak-kanak kedengaran dari arah sana.
Aku memintal-mintal hujung baju kuningku. Menanti ayat seterusnya yang bakal keluar dari celahan bibirmu. Entah apalah yang mahu kau khabarkan sehingga tidak mampu menunggu hujung minggu. Kau kata ia adalah hal mustahak.
Tepat jam 5.30 petang, aku gesa-gesa mengemas meja kerjaku, menyolek sedikit muka (iyalah, aku kan mahu ketemu kau jadi seharusnya aku lawa-lawa kan?) dan terus aku melambai rakan sekerjaku. Memandu kereta yang aku beli hasil titik peluhku ke taman rekreasi -- tempat kita selalu bertemu.
"I've been thinking about us. Aku tak tahu dengan cara apa untuk memberitahumu."
"Apa pun caranya, katakanlah. Kau buatkan aku bingung." Aku resah. Riak wajahnya tampak keliru. Entah apa yang bermain di fikirannya.
"Sungguh, aku sayangkan kau."
Ah, kenapa aku seperti dapat mengagak apa yang bakal keluar dari mulut itu dari nada suaranya?
"Kau mahu kita tamatkan semua ni, bukan?" Aku meneka. Tidak. Bukan tekaan. Aku yakin itu yang dia mahu katakan padaku.
Dia mengangguk.
Aku ketawa kecil.
"Kau sudah bertemu yang lain?"
Dia tidak mengangguk. Tidak juga bersuara. Dan aku tahu jawapan di sebalik sunyi itu.
"Terima kasih untuk semuanya."
Kecupan terakhir aku hadiahkan buatnya.
"Aku harap kau bahagia bersamanya."
Aku melangkah pergi -- meninggalkannya. Lelaki yang sudah aku tetapkan untuk terus bertakhta di hati.
YOU ARE READING
Cinta dan Janji
Romance"Harusnya kau ingat bahwa kita itu tak mungkin terpisah jauh. Selalu ada dan dekat. Hati kita saling dan selalu mendamba."