Laki-laki di Hentian

6 0 0
                                    

"Jika punya jodoh, kita pasti bertemu lagi." Katamu dengan senyuman. Jelas lesung pipit di pipi kirimu. Manis.

Aku tidak membalas, tidak pula mengangguk. Sekadar memandang kau — menghargai indahnya ciptaan Tuhan.

Kau menggalas beg hitammu. Letak topi di kepalamu diperbetulkan. Kau melirik sekilas ke arahku seperti menanti aku membalas atau mungkin mengatakan sesuatu.

"Kau hendak ke mana-mana?" Kau bertanya sambil matamu meliar melihat keadaan hiruk-pikuk di hentian bas ini.

Aku menggeleng. Mana mungkin aku ke mana-mana jika aku seakan terpaku di sini. Mahu terus melihat kau di hadapanku.

Kau menggaru pelipismu. Kau tampak ralat. Bibirmu seperti mahu mengatakan sesuatu. Apa yang bisa aku bantu, sayang? Wah, belum apa pun sudah aku panggil dia sayang. Jelas kau itu sudah terlalu sukakan dia.

"Jika kau tidak ke mana-mana, mungkin kau bisa temani aku?" Katamu bagaikan angin berlalu di telingaku. Aku cuba mencerna setiap bait kata yang kau tuturkan. Wajahmu bertukar merah. Ah, aku ngerti.

"Aku tidak akan menyulitkanmu?"

Kau menggeleng. "Aku senang jika kau ada." Kau membalas.

Dan hatiku yang berteriak ingin terus bersamamu sedang bersorak riang. Kau sepertinya tahu apa yang ada di hatiku. Aku mengangguk.

"Dan aku juga tidak mahu berpisah lagi."

Dan kau menarikku ke dalam pelukanmu. Membiarkan aku di situ — kejap.

Cinta dan JanjiWhere stories live. Discover now