Aku masih juga di sini. Menghitung hari tanpa kamu di sisi. Cuba untuk menghapus segala ingatan tentangmu yang terlalu menyakitkan. Menerima hakikat rasa yang cuba aku pertahankan, semudah itu terhapus pergi. Dan hanya aku, yang sedang cuba membiasakan hati tanpa rasa yang dahulu membahagiakan.
Pada saat aku terlalu berharap mungkin nantinya kau akan kembali berpaling, aku sudah jadi terlalu lelah. Lelah membiarkan diri dibuai rasa ini. Lelah memikirkan hal-hal yang tiada penghujung. Mungkin lebih baik begini — kau dengan caramu, dan aku dengan caraku. Kita hidup dalam langkah yang berbeza. Perbedaan kita terlalu besar. Kau hanya mahu aku mengikut telunjukmu, sedang kau? Tidak pernah sekali cuba untuk memahami caraku.
Teruskanlah berada di dalam duniamu — tanpa kau hiraukan orang sekelilingmu. Pertahankan egomu, pertahankanlah apa jua yang menjadi peganganmu. Aku sudah jadi terbiasa.
Terbiasa menelan sendiri pahitnya.
YOU ARE READING
Cinta dan Janji
Romance"Harusnya kau ingat bahwa kita itu tak mungkin terpisah jauh. Selalu ada dan dekat. Hati kita saling dan selalu mendamba."